Friday, 15 March 2019

ANAK TAK NAK MASUK SEKOLAH SEBAB NAK TENGOK LORI BOMBA..APA YANG DILAKUKAN SI AYAH BUAT NETIZEN TERHARU

Macam-macam karenah anak-anak yang kita terpaksa hadap lagi-lagi bagi anak yang dah mula ke sekolah. Setiap pagi nak menghadapi mood mereka yang tak menentu bukan nya perkara mudah.



Kalau tak pandai kawal , kita sendiri pun boleh naik angin juga. Tapi kita perlu ingat anak-anak kecil ini hanya inginkan perhatian kita.Tak salah jika kita memberi apa yang mereka mahu asalkan ianya tidak melampau batas.

Seperti yang berlaku pada anak kecil ini, tindakan nya yang tidak mahu masuk sekolah gara-gara ingin melihat lori bomba yang lalu dihadapan sekolah membuatkan siayah sanggup membaca ank kecil ini ke balai bomba bagi merasai pengalaman menaiki lori bomba.









jelas tergambar kegembiraan pada wajah sianak apabila dapat merasai pengalaman menaiki lori bomba.

Saudara Zulhelmi atau dikenali sebagi Amy Madusa yang juga merupakan seorang jurugambar berkongsi beberapa gambar yang diambil ketika bersama anknya di Balai Bomba Pandan Indah.




Tindakan nya itu juga mendapat pujian ramai dan and yang menggelarnya sebagai Father Of The Year.






Untuk pengetahuan semua staf-staf bomba sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat kecil ni sebagai memberi pendedahan kepada mereka agar mereka juga mempunyai minat untuk menjadi anggota keselamatan.

Kalau korang ada anak yang minat nak jadi ahli bomba boleh la bawa mereka ke balai bomba berdekatan.

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();