Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE YANG DAH BUAT RAMAI PENIAGA UNTUNG BESAR

Hi semua..



Zaman sekarang dah ramai yang lebih memilih untuk membeli melalui online terutamanya di Shopee. Dulu saya sendiri agak was-was kalau nak beli barang melalui online. Susah kita nak percaya pada peniaga online ni memandangkan dulu kita tak banyak sumber untuk tahu sama ada peniaga tersebut adalah scameer ataupun peniaga yang benar-benar boleh dipercayai.






Kebanyakan website beli belah pada ketika itu juga tak de cara dan jaminan untuk mengesan scammer. Tapi sekarang dah lain. Website seperti Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi akan memastikan peniaga yang menyertai mereka mempunyai rekod yang bersih dan boleh dipercayai.

Sebab itu semakin ramai yang memilih untuk membeli belah melalui Online. Salah satu website yang menjadi pilihan ramai sudah tentu lah Shopee. Jadi apa kata korang mula mengembangkan perniagaan korang dengan menyertai Shopee.



Telah ramai yang berjaya mengaut keungtungan dengan menjual barangan mereka di Shopee.Bayangkan dalam masa sebulan je Shopee dikunju…

AN OPEN LETTER TO MY BROTHER ,FRASER ANNING - DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Kalau korang semua follow Senator Fraser Anning di twitter korang mesti tahu yang dia sangat membenci orang islam terutamannya orang islam yang datang ke Australia. Banyak post-post dia di twitter yang meminta agar menyekat kedatangan orang islam ke negara tersebut,



Baru-baru ni , atas komen nya berkaitan insiden di New Zealand, seorang ramaja lelaki mencuri tumpuan dunia apabila remaja tersebut menyerang senator tersebut dengan sebiji telur.
Ramai yang menganggap tindakan remaja terbabit sebagi berani dan dia dianggap hero dunia. Banyak komen dan kecaman juga diterima Fraser Anning berkaitan komen nya itu.




Malaysia juga mengutuk keras komen yang dilontarkan oleh Fraser Anning yang mendakwa kejadian tersebut berpunca dari kehadiran orang Islam yang semakin meningkat dan menjadi punca serangan di Canberra yang menyebabkan 49 orang mati.
Anning turut dikritik oleh ahli partinya sendiri yang kebanyakannya melahirkan simpati terhadap mangsa serangan pengganas berkenaan.
Hari ini Mufti Wi…

BACA PENJELASAN LELAKI INI TENTANG ISU PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM: ISTIHAR DARURAT ATAU PUN TIDAK

Rrtikel ini dipetik dari tweet saudara Adrian Lim Chee En di laman twitter nya.

PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM: ISYTIHAR DARURAT ATAU TIDAK?








Ada yang desak perisytiharan darurat, ada yang tolak. Tapi berapa ramai yang faham apa yang didesak atau ditolak ni?

Fahamkan dulu "darurat" sebelum capai kesimpulan nak desak atau tolak perisytiharan darurat.

Ada 2 jenis darurat.

A. Darurat Keselamatan:
-Diisytihar oleh YDPA di bwh Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

B. Darurat Bencana:
-Diisytihar oleh PM secara pentadbiran & eksekutif di bawah Perkara 25 Arahan No.20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN

Contoh Darurat Keselamatan:
-Darurat Komunis PKM 1948
-Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kjaan negeri & Persekutuan)
-Darurat Mei 1969
-Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri Pas & kerajaan Persekutuan Umno)

Contih Darurat Bencana:
-Darurat Jerebu Sarawak 1997 (API lebih 600)
-Darurat Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500)
-Darurat Jereb…

ANAK TAK NAK MASUK SEKOLAH SEBAB NAK TENGOK LORI BOMBA..APA YANG DILAKUKAN SI AYAH BUAT NETIZEN TERHARU

Macam-macam karenah anak-anak yang kita terpaksa hadap lagi-lagi bagi anak yang dah mula ke sekolah. Setiap pagi nak menghadapi mood mereka yang tak menentu bukan nya perkara mudah.



Kalau tak pandai kawal , kita sendiri pun boleh naik angin juga. Tapi kita perlu ingat anak-anak kecil ini hanya inginkan perhatian kita.Tak salah jika kita memberi apa yang mereka mahu asalkan ianya tidak melampau batas.

Seperti yang berlaku pada anak kecil ini, tindakan nya yang tidak mahu masuk sekolah gara-gara ingin melihat lori bomba yang lalu dihadapan sekolah membuatkan siayah sanggup membaca ank kecil ini ke balai bomba bagi merasai pengalaman menaiki lori bomba.









jelas tergambar kegembiraan pada wajah sianak apabila dapat merasai pengalaman menaiki lori bomba.

Saudara Zulhelmi atau dikenali sebagi Amy Madusa yang juga merupakan seorang jurugambar berkongsi beberapa gambar yang diambil ketika bersama anknya di Balai Bomba Pandan Indah.




Tindakan nya itu juga mendapat pujian ramai dan and yang mengg…

"CIKGU, KAMI TAK PERNAH MAKAN PIZZA" LIHAT APA YANG DILAKUKAN GURU INI AGAR ANAK MURIDNYA DAPAT MAKAN PIZZA

Kerjaya sebagai guru memerlukan seseorang tu perlu dekat dengan pelajar mereka. Guru ni dekat nya seperti ibu dan ayah. sebab itulah ianya dianggap kerjaya yang sangat mulia.






Seorang guru mendapat pujian ramai selepas beliau berkongsi satu pengalaman sewaktu mengajar mengajar disebuah sekolah di Daro, Sarawak.

Kisah Alia Nadiera itu bukan sahaja mendapat pujian netizen malah pihak Pizza Hut sendiri yang sanggup menghantar Pizza untuk santapan anak-anak di sekolah tersebut.





Haritu ajar tajuk makanan dgn year 2. Then i ask,  siapa pernah makan pizza?  Nobody raised their hand.  Then, sorang budak ni 'cikgu, kami tak pernah makan, tu dia sorang ja pernah rasa pizza'

Pizza is like something realllllyyyy high end for them.  Mcm kita beli makeup la.  Kalau ada yg high end punya tu mmg jaga gila gila macam baby baru lahir.  Gituuuu 

I terdiam and was like seriously kids 

I feel very sorry for them. But yeah man,  pizza hut is 2 hours away la paling dekat.  So,  i bgtau my mum. Luckily m…

SUHAIMI SAAD ADALAH CONTOH TOXIC PEOPLE YANG SEMUA ORANG PATUT ELAK KAN

Hye semua..



Sebenarnya saya malas nak menulis tentang isu Suhaimi Saad ni. Tapi bila ramai yang bagi terlalu banyak perhatian pada dia, tergerak juga la jari ni nak menulis sesuatu sebagai teguran untuk korang yang membaca ni.

Jelas Suhaimi Saad ni antara toxic people yang  yang kita patut elak kan. Bila kata "perlu dielak " kan tu bermakna kita tak payah pedulikan dia. Biarkan dia dengan pendapat-pendapatnya.

Bila kita sebarkan apa yang dia luahkan sedikit sebanyak dia berjaya menyampaikan rasa hati dia kepada umum.

Kita nak sekat dia dari meluahkan pendapat-pendapat bodoh tapi dalam masa yang sama kita membantu dia menyebarkan fahaman dia.

Bila difikir-fikir siapa yang paling  bijak??






So lepas ni elak kan berkongsi pendapat toxic people di sosial media. Kalau kita takut fahaman mereka menular pada orang lain, kita yang patut berhenti dulu menyebarkan nya.

Contoh toxic people yang patut korang elak kan ialah mereka yang semua isu dia nak ulas walaupun pendapat nya tu tak d…

LIHAT APA YANG ANAK-ANAK LELAKI INI BUAT UNTUK MENCERIAKAN AYAH MEREKA SEMPENA HARIJADI KE 62

Seorang lelaki dari New Jersey pasti tidak akan melupakan hari jadi ke-62 nya selepas anak-anaknya mencatatkan nombor telefonnya di sebuah papan tanda di pinggir jalan besar yang membuatkan orang ramai membuat panggilan dan  mengucapkan selamat kepadanya. Setakat ini Chris Ferry telah mendapat lebih daripada 15,000 panggilan dan teks daripada orang ramai di seluruh dunia.



Setiap kali sambutan harijadinya anak-anak nya akan membawanya ke restoran dan kemudian memaklum kan kepada pelayan bahawa hari tersebut adalah harijadinya. Anak-anak nya suka mengusiknya dan dia akan tersipu malu dan tidak selesa apabila pelayan membawa kek ke meja mereka.

Pada tahun ini, mereka membuat sesuatu yang baru dengan menyewa papan iklan di luar Linwood dan meletak kan nombor telefon ayahnya diatas papan tanda tersebut.

Awalnya mereka fikir ia akan menjadi satu jenaka namun lama kelamaan ianya mula tidak dapat dikawal apabila  Chris Ferry mendapat beberapa panggilan daripada orang asing secara rawak selep…

APA YANG BOLEH IBU MENGANDUNG LAKUKAN SEPANJANG MENANTI HARI UNTUK BERSALIN

Hello...helloo..ada orang ke yang nak baca ni??



Tahun 2006 when i was pregnant anak pertama, rasa lambat sangat baby nak keluar. Sepanjang 9 bulan tu saya lalui dengan rasa bosan yang tak tahu nak buat apa.
Maklum la, anak pertama . Kalau anak dah 3,4 orang mungkin tak timbul pun isu bosan nih..Hahah.. Tapi sebab anak pertama dan masa tu saya tak bekerja dan  setiap hari tunggu suami balik kerja pun saya rasa cukup lama.




Bila orang tanya pasal kandungan je mesti saya kata "lambatnya nak bersalin.." sampai orang menyampah dah dengar.
Untuk bakal-bakal ibu mungkin korang pun sedang melalui apa yang saya pernah lalui. So hari ni lets me share some tips untuk korang lalui tempoh kehamilan korang tanpa rasa bosan menunggu.
Berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara mara.
Mungkin ada ibu mengandung yang moodnya tak menentu. Selalu rasa nak marah dan rimas. Korang boleh keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan atau pergi melawat saudara mara. 
Saya sendiri pernah pulang sekejap ke kamp…

INI LAH WANITA YANG AKAN DIPAKAIKAN 2 GELANG DARI API NERAKA

Assalamualaikum..



Saya ni tak banyak barang kemas. Barang kemas yang rosak dan dah tak boleh di patri semula atau yang memang tak boleh dibaiki semuanya saya dah jual. Sayang memang sayang sebab setiap satu barang kemas tu ada kenangan nya.

Bukan senang nak dapatkan seurat emas bagi rakyat marhaen macam saya. kena kerja kuat, menyimpan, tahan selera nak itu ini. Main kutu pulak..Fuhh!!! mencabar..

Tapi bila dah dapat lepas tu rosak , rasa sedih la jugak.Saya ni ganas tau /Walaupun duduk rumah cuma buat kerja-kerja rumah tapi boleh rosak juga barang kemas tu.





Ada yang putus sebab tersangkut kat benang pakaian, tersangkut kat hanger , tu pasal rosak. Bila dah 2,3 kali dipatri makin lama makin tak boleh disambung lagi. So kita jual je la. dah jual, nampak duit hilang la sedih tu..Hahaha..

Bercakap pasal barang kemas ni saya kongsikan sesuatu khas untuk para wanita tentang wanita yang dipakaikan 2 gelang dari api neraka? Tahu tak siapa wanita tu?

Wanita tersebut ialah wanita yang gemar m…

RESEPI PISANG GORENG RANGUP DAN SEDAP

Hye ..

Malam tadi anak-anak request nak sarapan pisang goreng. Kebetulan ada pisang masih berbaki dalam peti sejuk. So dapat buat pisang goreng  untuk diaorang la pagi ni.



Anak-anak saya ni bukan jenis makan banyak. Jadi pisang 5 biji pun dah cukup untuk diaorang berdua.

Selalunya kalau buat pisang goreng mesti tak jadi. Melekat kat kuali la, pisang lembik la, adunan tak melekat kat pisang la, macam-macam masalah..

Tapi kali ni saya buat ikut resepi dari blog kak Azie Kitchen. Dia siap buatvideo  disini.Sebab tu yakin mesti jadi. Dan pisang goreng tu rangup sangat dan sedap. Anak pun suka siap bawak bekal pi sekolah.

Untuk resepi ni saya kurangkan bahan-bahan nya sebab pisang tak banyak.





Bahan-Bahan Pisang Goreng

5-6 biji pisang

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
air secukup nya.

2 cawan Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara nya.

Panaskan minyak dalam kuali.

Masuk kan semua bahan kecuali pisang kedalam 1 beka…

DENGAN KAWAN CAKAP KASAR. DENGAN SUAMI DAN KEKASIH PUN CAKAP KASAR. DIMANA ISTIMEWANYA HUBUNGAN ANDA BERDUA

Hye semua..



Saya ni bukan lah lemah lembut sangat orang nya. Tapi kalau dengan orang yang kita sayang dan hormat, susah sangat nak keluar perkataan tak baik dari mulut ni. Semulajadi kita akan jaga percakapan kita dengan mereka

(tapi kalau tengah marah hilang sabar bagai tu lain cerita ye.hahahah)



Saya perhatikan zaman sekarang ada pasangan yang masing-masing bercakap kasar antara satu sama lain. Katanya dah terbiasa sebab dari berkawan, kemudian bercinta dah cakap kasar-kasar .

Katanya tu buat hubungan lebih mesra.

Saya terpanggil nak tulis pasal ni sikit la. ..I beg to differ!

Setakat cakap aku dan kau tu ok lagi la.Tapi kalau bergurau-gurau pun keluar perkataan sial, bodoh dengan mencarut bagai , apa bezanya hubungan korang dengan hubungan kawan-kawan lain.?

Tak nampak special pun hubungan korang tu.





Kita ni kalau boleh nak la hubungan perkahwinan ni diletak kan pada satu tahap yang sangat tinggi dan hubungan tu sangat special tak sama macam hubungan dengan kawan-kawan atau adik be…

PENSIL TEKAN NI BUKTI BUDAYA MEMBULI DIKALANGAN BUDAK DARJAH SATU

Rosak sudah pensil tekan si Mikhail. Belum merasa guna dah rosak. Geram pulak bila difikir-fikirkan. Disebabkan budak nakal yang mak pak nya tak perhatikan apa ada dalam bag sekolah anak, anak orang lain pula yang jadi mangsa.

Pensil tekan ini Mikhail dapat hari rabu minggu lepas. Hadiah hari sukan. Dapat satu set dengan buku.

Hari Khamis dia bawa ke sekolah.Tengaharinya balik dengan muka masam dia bagitau yang salah seorang budak nakal dalam kelas dia dah ambil pensil ni dan tak nak pulangkan.

Dia dah minta tapi budak tu ambik jugak.

Kita kat rumah ni dah mendidih je dengar. Tak suka betul jadi benda-benda gini. Ni satu contoh buli jugak ni.





Hari jumaat Mikhail ada temujanji untuk check gigi so Mikhail tak pergi sekolah. Saya telefon ke sekolah untuk bagitau yang Mikhail tak dapat pi sekolah sebab ada temujanji.

Dasar mak mak yang tak suka buli disekolah terus saya cerita kan pada kerani yang jawab phone tu tentang kes kawan sekelas dia yang rampas pensil Mikahil ni.

Saya suruh kera…

AIR NESTUM AIS KEGEMARAN SUAMI UNTUK SARAPAN PAGI

Hye semua..

Pagi ni kita sarapan mee goreng dan telur separuh. Goreng sebiji telur lepas tu bahagi dua dengan suami.Ala romantiknya lahai..



Tak de romantik2 nya.. Ni jimat namanya./Hahahah.. Rasa macam besar sangat telur goreng tu.jadi kena kongsi dua la.





Bersama dengan air nestum ais. pagi2 dah minum ais..kan.. Awal pagi dan pecah peluh jadi buat ais la baru nyaman dan segar.

Siapa suka minum air nestum macam ni?



Masa baru-baru kawen suami bagitau yang dia suka sangat minum air nestum. Saya macam pelik sebab biasanya lelaki suka teh tarik kopi o tapi dia suka air nestum.

Heheh..Ala nampak comel sangat tau!

Tapi kopi dan teh tarik pun dia minum jugak. Cuma tak special macam nestum ais la..

Kalau di kampung suami saya , ada kedai yang jual air nestum macam ni. Tapi di Pulau Pinang tak de jumpa lagi yang jual.

Suami saya kata masa mula-mula datang ke Pulau Pinang dia order nestum ais, taukey kedai tu ketawa je dengar.hahah.





Sejak tu kalau nak minum nestum dia buat sendiri je.

Saya pun …

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

Hye Semua..


Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Muka cepat kusam dan kering.  Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.

Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.

Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream. 

 Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta.






Aqua Whitening Cream 

Cream ni bukan cream yang berminyak macam cream biasa.  Cream ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..

Part  yang best nya : Korang ambik sikit dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu  keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun…

SERBA TAK KENA BILA SKRIN KOMPUTER ROSAK

Hye semua..



Mood nak menulis agak kelaut sikit gara-gara skrin komputer rosak. Tiba-tiba je skrin dah tak jelas. Macam keluar wap air pada skrin komputer saya.

 Terpaksa pakai skrin yang kecil dan rendah ni. Jenuh jugak la nak kena tunduk bila nak membaca apa-apa berita. Lepas tu paparan nya pun tak penuh..Kena kurangkan jadi 80% je. Tu pun keluar tulisan kecik2 pulak.

Skrin yang kecil ni pun rosal juga sebenarnya tapi masih boleh digunakan . Yang rosak cuma ada macam keluar belang biru dibahagian kiri skrin.






Nampak nya bulan depan la baru dapat skrin baru. Tabung tak penuh lagi. Huhu..

Tak pun tolak mur mur je 2 skrin ni kat kedai, Tambah duit sikit ambik skrin baru. Tapi ada harga ke skrin rosak ni. Hahah.. Daripada duduk buat semak je kat rumah ni baik la dijual je kan??



Komputer sangat penting di rumah saya ni memandangkan anak-anak juga menggunakan komputer kalau nak belajar. Saya juga selalu ambil contoh-contoh soalan untuk latihan anak-anak saya.

Bukan tak boleh guna phone tap…

APA BARANGAN YANG KITA PATUT LETAK DALAM GOODIES BAG

Hye Semua...

Saya suka kalau dapat goodies bag bila pergi kenduri . Tapi tak berapa suka kalau dalam goodies bag ada junkfood. Kalau untuk budak-budak ok la kot letak junkfoof. Tapi kalau orang dewasa pun dapat junkfood macam tak best pulak rasa.



Budak-budak pun bukan semuanya suka junkfood tau. Jadi daripada bagi junkfood baik la bagi sesuatu yang boleh digunakan.Contohnya kalau untuk budak-budak bagi lah sapu tangan atau alat tulis

Alat tulis pun bukan mahal. Kadang-kadang tengok junkfood banyak sangat.Bila dikira-kira kos untuk semua junkfood dalam 1 goodies bag tu cecah 4-5 ringgit. padahal dengan jumlah wang rm5 tu dah boleh dapat pensil warna sekotak.

Kan lagi bagus bagi sesuatu yang baik untuk kanak-kanak..

Banyak kenduri yang saya pergi, selalu sediakan gula-gula untuk anak-anak. Kadang-kadang sampai terlalu banyak , budak-budak buang je kat tanah. Sayang tau.. Duit semua tu. Bukan nya turun dari langit. Hahah.

Antara barang yang murah sesuai untuk diletak kan dalam goodies b…