Tuesday, 26 February 2019

WANITA INI MAKAN KUMBANG CINA HIDUP SETIAP HARI UNTUK CEGAH PERTUMBUHAN KANSER

Seorang wanita California makan kira-kira lima Kumbang Cina setiap hari sebagai cara untuk mencegah pertumbuhan tumor kanser dan meningkatkan sistem imunnya.



Marcela Iglesias, ibu dari Los Angeles, California, percaya bahawa memakan Kumbang Cina hidup-hidup setiap hari adalah cara terbaik untuk mencegah kanser, merawat sakit kronik, arthritis dan pelbagai masalah pencernaan.

Kumbang Cina ini didakwa melepaskan toksin yang dipanggil "coleotoxin" apabila mereka mati, Teori ini disokong pada tahun 2011 dalam satu kajian yang mendapati bahawa coleotoxin mengurangkan pertumbuhan sel tumor lebih daripada 70 peratus.






Penyelidikan itu banyak diperdebatkan oleh ramai dalam komuniti saintifik, tetapi Iglesias tidak begitu peduli, mengatakan bahawa walaupun serangga itu sebenarnya tidak membantu mencegah kanser, ianya masih merupakan sumber protein yang hebat.

Wanita kelahiran Argentina ini berpindah ke California 20 tahun yang lalu dan membiak kan kumbang Cina di ruang tamu dan mendakwa bahawa kos membiak kan kumbang tersebut adalah sangat rendah.



Serangga ini hidup dalam bekas kecil, dan apa yang perlu dilakukan ialah menggantikan kepingan roti, gandum dan salad di dalam bekas makanan. Ianya membiak dengan banyak, jadi sangat penting untuk sentiasa memastikan bekalan makanan cukup.

Marcela mengatakan dia belajar tentang manfaat menelan kumbang hidup dari teman rapat yang mengidap kanser. selepas beberapa kali menjalani kemotrapi, rakan nya itu menolak dan enggan meneruskan rawatan kerana ia berasa sangat menyakitkan.

Sebaliknya, dia mula makan kira-kira 40-50 kumbang Cina setiap hari, dan dia telah bebas kanser selama enam tahun. Marcela menelan dos yang lebih kecil kerana dia tidak mengalami sebarang penyakit, jadi dia tidak perlu mengambil terlalu banyak.

Walaupun Marcela mengakui bahawa ramai yang menganggap apa yang dilakukan nya menjijik kan namun dia mendakwa dia langsung tidak berasa ianya jijik atau kotor, Setiap kali makan kumbang dia dapat merasa kan kumbang-kumbang itu bergerak di lidahnya namun ianya tidak memberi masalah kepadanya. Selepas makan dia akan minum jus saderi untuk mencuci mulutnya.



"serangga ini  mempunyai banyak manfaat kesihatan, bukan sahaja untuk merawat kanser tetapi arthritis, sakit kronik, masalah pencernaan dan banyak lagi - Makan serangga sangat popular di beberapa negara di Asia" kata Marcela Iglesias

Marcela mula makan Kumbang Cina sejak dua bulan lalu, jadi terlalu awal baginya untuk mengatakan jika ianya benar-benar berkesan,

 Dia juga menganggap makan kumbang Cina kurang menjijikan berbanding makan daging. serangga ini lebih mudah dicerna, mengandungi banyak protein dan anda tidak perlu bimbang tentang aspek etika, seperti bagaimana haiwan itu dianiaya atau bagaimana ia diuruskan ketika menyembelih.






Makan Kumbang Cina untuk manfaat kesihatan  sangat popular di negara asal Iglesias 'Argentina, serta beberapa negara Amerika Selatan yang lain selama bertahun-tahun, dan anda sebenarnya boleh menemui banyak artikel dan video mengenai nya di dalam taliann. Walau bagaimanapun, kajian saintifik masih belum mengesahkan kesahihan dakwaan ini.


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();