Tuesday, 12 February 2019

SUASANA BEST DAN TENANG SAMBIL MAKAN CENDOL BULUH , PADANG TEMBAK , LUMUT

Hye Semua..

Panas-panas macam ni kalau dapat cendol semangkuk memang sedap la. Teringat minggu lepas masa jalan-jalan kat Lumut dengan family ternampak kedai jual cendol ni. Namanya Cendol Buluh. Terletak di Padang tembak Lumut. Kalau jalan nak balik dari Teluk Batik atau Marina Island tu boleh nampak kedai ni kat tepi jalan je. 



Tapi sedap ke Cendol Buluh ni??

Masa mula-mula nampak papan tanda Cendol Buluh ni kami agak mungkin cendol ni ada kena mengena dengan buluh.Mana la tahu kalau dihidangkan dalam buluh atau ada buluh dalam cendol..hahaha..








Tapi sangkaan tu meleset ye tuan puan.. Tak de buluh langsung yang sampai pada kami. Cendol nya hanya di hidangkan dalam mangkuk biasa je. Gambar buluh pun tak de kat mangkuk tu..

Mungkin sejarah kedai ni ada kaitan dengan buluh tak pula kami tanyakan pada tuan punya kedai..next time la..hahhaha


Macam ni la Cendol yang kami pesan..Kami order Cendol Pulut 11 mangkuk. Semua makan 1 mangkuk sorang je memandangkan sebelum tu masing-masing dah bedal KFC.hahahh..

Dalam cendol ni dia letak jagung , pulut, kacang merah, air gula merah dan kacang tanah.



Tak de apa yang istimewa pun dalam cendol ni. Rasa santan nya juga kurang. Tak rasa santan Original. Lagi sedap kalau cendol ni guna santan asli. Saya lebih suka cendol yang guna santan asli. 

Saya pernah makan satu cendol yang sedap.Tak ingat dimana saya beli tapi dalam cendol , hiasan atas nya ditaburkan kacang tanah yang di hancur kan . kacang tanah yang tak dihancurkan juga diletak kan di bahagian bawah cendol.. Bila makan terasa ada bau kacang dan rasa kacang yang sedap dalam setiap suapan cendol nya..








Yang best nya cendol buluh ni ialah aisnya di kisar. kalau korang mencari cendol di Malaysia ni  susah nak jumpa Cendol yang aisnya di kisar. Mungkin peniaga tak de modal nak beli mesin pengisar. Tepuk dahi!! 

Itu je la yang apa saya boleh katakan tentang rasa Cendol Buluh nI. Saya bagi 2.5 bintang saja la..



Bagi yang tak suka Cendol korang boleh order makanan lain kat sini. Ada Mee kari, Mee rebus, laksa dan bihun sup juga. Datang awal-awal sikit sebab biasanya kalau hari ahad banyak makanan dah habis lewat petang dan diorang dah siap-siap nak tutup kedai.


Susana kat Cendol Buluh ni tenang je.Jarak antara meja ke meja tu jauh2 jadi kita nak sembang2 sambil makan pun tak la segan sangat. Tempat duduk untuk budak kecil disediakan. Makanan pun cepat sampai. Ruang kedai dia pun luas dan selesa walaupun di tepi jalan je, kereta lalu lalang tapi selesa..



Ini lah sebahagian wajah-wajah penunggu cendol yang kehausan.. hahaha.. Ni sebahagian nya saja ye tuan puan.. Maklum la, 11 orang punya rombongan cik kiah memang suasana meriah kalau kemana-mana..

Korang yang nak try cendol Buluh ni boleh la singgah kedai ni. harga berpatutan, servis cepat dan selesa. Kedai pun bersih..  Letak nya di Lumut perak.

10 comments:

  1. Mari. Cendol Kat Kuantan ni Ada Satu yang sangat best

    ReplyDelete
  2. kedainya banyak pokok buluh mungkin itu yang nama cendol buluh agaknya. kalau kedai cendol mesti ada menu lain yang sedap kan.

    ReplyDelete
  3. Sedap pulak nampak cendol ni nak2 lagi bila cuaca panas kan.

    ReplyDelete
  4. aduh melelh tengok cendol..dah la suka makan cendol dengan abc sekrg ni..

    ReplyDelete
  5. Seronok ni makan sambip sembang santai kt situ.. Redup dan best je tgk suasana

    ReplyDelete
  6. Sekali tengok signboard cendol buluh ok dalam kepala terbayang2 cendol dihidangkan dgn unik dalam buluh..tpi sangkaan tak betul bila baca entri ni .hehehe ..

    ReplyDelete
  7. wah.. uniknya nama.. cendol buluh? mesti sedap ni kan...nampak banyak gak isi dia tu

    ReplyDelete
  8. time panas2 ni mmg sesuai sgtla mkn cendol nih kan...

    ReplyDelete
  9. Panas panas ni dapat makan cendol memang sedap. .nyaman je tekak

    ReplyDelete
  10. Musim panas memang sedap minum cendol..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();