Monday, 11 February 2019

SEBELUM TINGGALKAN KOMEN ANGGAP ORANG TU ADA DEPAN MATA KITA

Hi semua..



Hari ni saya scroll IG nampak la luhan hati Nabila huda tentang netizen sekarang yang sesuka hati tinggalkan komen melampau tanpa fikirkan perasaan rakan artis di sosial media.







Memang betul apa yang diluahkan oleh Nabila huda tu. Saya sendiri baca komen-komen netizen ni macam orang tak de adab dan rasa hormat. Kurang ajar dan sangat memalukan. Apalagi bila ianya ditulis oleh mereka yang dewasa, berakal dan nampak baik.

Ada yang guna gambar profile dengan nampak biji mata je. berjubah labuh , berniqab . Gambar profile bersama anak dan isteri. Gambar bersama ahli keluarga..Tapi rupanya gambar profile tu semata-mata nak tutup busuk hapak dia

Bila tulis komen dah macam puaka lagaknya. Langsung tak de rasa malu. Dia fikir komen puaka yang dia tulis tu cuma dibawa oleh orang yang dia tuju. Padahal semua orang baca. Kemudian orang view details sosial media nya,.

Terpampang jelas anak siapa, isteri siapa, anak nya sekolah dimana, rumahnya di mana.. Malu la sikit dengan peranagi buruk sendiri tu.

Tak de siapa akan anggap kita baik bila kita tulis komen kasar dengan bahasa kesat. Apa lagi bila kita tinggalkan koemn berunsur fitnah pada orang lain. terus orang cop kita ni kaki fitnah dan mulut jahat.

Itu bab artis .. Di ruangan komen orang biasa macam kita2 ni pun  mereka tak ada rasa hormat. Sesuka hati je menyindir, melabel orang dengan gelaran tak baik, menghasut orang lain untuk benci kita seolah-oleh mereka tu kebal api neraka.





Orang yang dilabel jahat, hati busuk  dan sebagainya tu tak pernah pun bercakap buruk pada dia tapi dia pulak asyik mencanang keburukan orang Siap menghasut dengan post-post yang mengundang rakan lain untuk komen negatif..

Saya ni pun bukan nya baik..Manusia biasa je tapi bila saya nak tinggalkan komen tu saya akan anggap orang tu ada depan mata saya. Bayangkan bila dia didepan mata kita , apa perasaan dia bila mendengar segala kritikan kasar kita pada dia.

Dah tentu dia pun akan berkasar dengan kita. silap2 kena saman.

Boleh je kita nak menulis di sosial media kita tentang artis itu ini cuma jangan melampau dan menfitnah,.. Jangan berkata kesat, maki hamun dan sebagainya.  dan kalau nak menuduh pastikan ada sumber. Jangan serkap jarang je..


Bye..

2 comments:

  1. mintak dijauhkan benda2 negatif ni... keyboard warrior makin ramai skng ni..

    ReplyDelete
  2. betul, netizen skrg ni terlalu cpt menghukum, salah sikit kutuk kaw2 sampaikan kadang blh bt org stress...
    mcm diri mereka malaikat, sempurna tanpa buat dosa... geram betul kadang
    kalau marah ke tak suka ka, simpan dlm hati dhla, tak pyhla nk kutuk2 ke apa kan... kita pun bkn baik sgt

    mereka artis tu pun manusia jgk mcm kita2 nih... aduhai

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();