Tuesday, 26 February 2019

SAYA BUKAN PEJUANG - CEPAT JEMU DAN MUDAH MOVE ON

Hye semua..



Hari ni saya rasa rasa macam semua benda tak menjadi la. Cari barang pun tak jumpa. Badan rasa tak sedap. line internet pun slow. Makan tak berselera (ok..yang ni tipu --- Sarapan nasi goreng telur mata dan sosej 1.)

Terpaksa la hadap juga benda-benda yang tak best ni. Bukan selalu pun tapi bila sekali ianya terjadi rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.

Hahah..

Bayangkan lah, pagi ni patutnya ada satu paid review yang saya kena post kat IG tapi tak boleh post. Entah apa tak kena dengan phone saya ni. Bila post guna web version boleh pulak.

Nanti nak kena update IG la agak nya nih.





Kemudian buka sosial media terus rasa semua cerita tak best. Tak habis lagi dengan topik Doula dan suhaimi Saad. Saya pun tak paham cemana netizen suka sangat bercakap dan layan benda yang sama sampai berhari-hari.tak jemu ke??

Hahahah..

So saya pilih untuk stop dulu dari layan facebook tu. Kita buka twitter dan layan Quora je la. Cari topik-topik best dan segar.

Saya ni kalau layan topik-topik viral ni sekadar untuk pengetahuan sahaja. Sekadar baca dan ambil tahu. tapi kalau dah sampai seminggu , dan komen-komen pun semua sama je saya rasa baik saya beralih ke topik lain.

Kalau nak suruh saya post setiap masa supaya pemikiran orang lain sama macam saya , itu bukan saya la kot. Tapi saya respect la kat pengguna sosial media yang layan topik sama setiap hari. Bagi saya mereka macam pejuang. Selagi tak selesai mereka tetap bersuara.





Saya pula jenis cepat jemu dan tak suka cakap banyak. jadi apa-apa isu pun saya bagi komen 1, 2 post di status media sosial , saya dah rasa cukup. Lepas tu boleh move on .

Ok.. tu je.. Nampak nya february bulan yang tak produktif untuk saya. Entry pun sikit je..hehe..

Bye..

2 comments:

  1. kalau jemu cuba la offline selama seminggu...

    cubalah rasa bagaimana

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();