Wednesday, 27 February 2019

CEPAT SANGAT MASA BERLALU SAMPAI RASA TAK SEMPAT NAK BUAT BANYAK PERKARA

Hye semua...

Sekarang ni saya rasa macam masa berlalu dengan cepat sangat. Bila buat satu perkara tu , saya rasa macam tertinggal atau terabaikan benda yang lain. Buat A, terabai yang B.. Buat B, baru teringat C belum buat.

Fuhh!!!lap peluh..





Dengan usia yang dah makin meningkat ni rasanya saya perlu lebih cepat mengejar masa. Saya ni belum umur 40 tapi ada banyak benda yang saya rancang masih belum tercapai.

Ni la susahnya kalau banyak sangat keinginan. Tak tercapai dah rasanya. Hahah.. Tapi tak pe la kita buat mana yang termampu dulu. Yang penting kita usaha.



Untuk 2 minggu ni saya sibuk mengajar Mikhail untuk hafal 3 Qul. Anak lelaki saya ni sekolah aliran biasa saja. Bukan aliran agama jadi benda-benda ni semua atas bahu saya sendiri la.

Sekolah agama pun dia belum masuk lagi.Saya fikir tahun depan baru saya nak hantar dia ke KAFA. Pertama nya sebab nak dia mahir dengan bacaan al-quran. Yang kedua nak dia fokus dan perbaiki solat.

Sebab tu la untuk 2 minggu ni saya fokus pada Mikhail untuk menghafal 3 qul supaya solatnya lebih sempurna. Sebelum ni dia solat kita kena dok sebelah dan perbetul kan bacaan nya..

Saya harap dalam masa beberapa bulan lagi dia dah boleh solat tanpa di pantau. Bulan
9 nanti dah cukup 7 tahun. Risau sangat kalau dia tak mampu nak solat sendiri.

Maknanya bila dia masuk KAFA tahun depa basic tu dia ada ada. Dah boleh mengaji dan solat. So saya tak risau sangat .





Tapi 2 minggu ni saya rasa macam terabai pulak pelajaran yang lain. Terutamanya bacaan buku bahasa Inggeris. Seingat saya  dalam 2 minggu ni cuma 2 kali dia berlatih membaca buku English. Lepas tu matematik tambah dan tolak pun tak buat,.

Kalau sebelum ni memang saya suruh dia buat tambah dan tolak untuk latih dia. Membaca setiap hari .Tapi tetiba macam tak sempat. Ditambah pulak dengan anak saya sekarang tengah minat animasi Bayblade . Ada masa-masanya dia nak tonton Bayblade.

Waktu petang pun saya dah benarkan dia bermain kat taman permainan dengan kawan-kawan. Risau juga kalau anak terperuk dalam rumah. Nanti jadi lembik. hahah


Doakan saya lebih bijak menguruskan masa dan dipermudahkan saya untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik.

Bye..

2 comments:

  1. ye, memang masa sekarang cepat betul

    ReplyDelete
  2. Mmg cpt sgt masa berlalu skrg. Moga dpermudahkan urusan akak. Aminnn...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();