Saturday, 9 February 2019

BILA KALI PERTAMA ANDA BERHIJAB SEPENUHNYA

Hye semua..

Kecoh juga seminggu ni dengan kisah artis cantik manis Emma Maembong yang buat keputusan untuk melepaskan hijab nya selepas gambar-gambar nya tidak berhijab bersama seorang abang menteri tersebar.



Tak tahu lah kenapa sampai buat keputusan untuk berhenti berhijab. Sebenarnya benda ni biasa bagi dunia artis. Dah ramai yang buat sama macam Emma maembong buat.

Kita lupakan je lah cerita pasal Emma Tu.Sendiri buat sendiri lah tanggung. Bab aurat ni sebenarnya tak payah pun nak di bincangkan sebab benda ni wajib.Kau punya hati nak buat ke tak nak buat ke, kau tetap KENA buat.

Saya sendiri berhijab sepenuh nya masa dah kahwin. Sebelum tu memang tak berhijab. Nak kemana-mana pun memang free hair. bersusun-susun produk untuk rambut sebab nak  nampak cantik. Boleh kata bertukar-tukar kaler rambut tu memang dah biasa.




Tapi bila dah kahwin jadi malas nak menguruskan rambut, setakat syampoo cukup lah. Lepas tu yang tak bestnya bila kita free hair ni, rambut suka sangat masuk dalam telinga. tengah duduk saja2 buat kerja tetiba kau macam kena kejutan elektrik.. Geli hoi bila rambut masuk telinga nih.. hahahh

Terkejut member kat sebelah tengok kita dah macam kena karen. haha.. Tu juga salah satu sebab saya mula berhijab on off masa bujang dulu. Kalau sebelum nya memang tak pernah berhijab tapi sedikit2 saya mula beli tudung bawal sehelai dua untuk pakai masa mood berhijab tu datang..hahha

Kalau rasa nak pakai, saya pakai,.. Bila tak nak pakai, saya tak pakai. Lagipun masa tu tak de siapa pun yang tegur.

Kita pulak duduk jauh dari keluarga.. Alah!!kalau balik kampung pun tak berhijab..

Tapi yang menguatkan saya untuk berhijab semuanya bermula dari selepas berkahwin. Suami paksa suruh pakai. tak de berlembut-lembut bagi pilihan nak pakai ke tidak. Dia bukan lelaki jenis tu.Hahah..

Dan sekarang saya berhijab sepenuh nya..Sampai tak ingat bila semuanya bermula. Tapi apa yang saya pasti ada banyak kelebihan selepas saya berhijab.




Saya baru sedar yang saya lebih cantik lepas berhijab..hahah.. serius la weh!! bila tengok muka tanpa hijab ni rasa tak mau keluar rumah. nampak dahi jendul nya lahai.. Pipi pun kembung, nampak dagu berlipat..

Dan yang paling rimas sekali bila tak berhijab ni , rambut suka sangat terkena muka.Dah rasa macam ada serangga merayap kat muka .hahaha.. Koraang pun mesti ada sebab bermula nya untuk berhijab..kan?

Ada yang bermula dari ikut peraturan sekolah yang tetapkan semua kena berhijab.. Atau mungkin juga memang dari kecik mak ayah dah suruh berhijab..

Bila kali pertama anda berhijab sepenuhnya?

3 comments:

  1. full berhijab masa sekolah menengah form 1, tu pun ikut kawan-kawan pada mulanya. Pastu dah terbiasa, jadi malu pulak nak buka tudung. Bertudung sampai sekarang.

    ReplyDelete
  2. entah, sama jugak tak berapa ingat bila :D

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();