Thursday, 28 February 2019

BERTUKAR STATUS PERKAHWINAN DALAM SEKELIP MATA . BERSEDIAKAH AKU?

Ada 1 post paid review yang saya kena siapkan minggu ni. baru ambik gambar dan tulis 2,3 perenggan tapi tak boleh fokus . Ada sesuatu yang meresahkan saya. Saya selalu memikirkan tentang keluarga saya.



TIADA SATU CINTA PUN DALAM DUNIA INI YANG KAMU DAPAT PERTAHANKAN HINGGA KE ALAM AKHIRAT KECUALI SATU IAITU CINTA KEPADA ALLAH DAN TIADA SATU PUN DIDUNIA INI YANG MAMPU SELAMATKAN KAMU DI HARI AKHIRAT KECUALI CINTA PADA ALLAH DAN RASUL-NYA - DA'I WAN

Kelmarin saya terbaca satu 1 blog. Perkongsian blogger ni tentang status diri dia sekarang. Dia kata dia dah bertukar status jadi single. Segalanya hilang pergi dari hidup dia. Hilang sebuah keluarga yang dia bina.

Semua nya terjadi dalam hanya beberapa tahun. Dan dari cerita dia saya dapat agak puncanya adalah masalah kewangan.




Sebak dan sayu saya baca entry tu. Hidup kita ni boleh berubah dalam sekelip mata sahaja hanya dengan satu tindakan kecil kita.

Bayangkan kalau perkara tu terjadi pada saya. Saya tak bekerja, umur makin meningkat, saya tak de harta yang banyak dan tiba-tiba status saya bertukar.

Fuhh!!! boleh hilang arah rasanya..

Saya tahu setiap manusia akan melalui perpisahan. Tak semua yang ada dengan kita ni akan kekal abadi dengan kita. Mungkin cara perpisahan setiap dari kita ni je yang berbeza.

Tapi bersedia kah kita?? Saya memang tak bersedia apa pun. Saya hanya lalui saja hidup ni ikut apa yang telah diaturkan Allah.

Perjalanan hidup saya pernah berliku dan banyak buat saya menangis. Tapi selepas berkahwin segalanya jadi lancar dan saya rasa bahagia.

Bila saya dah rasa bahagia macam ni, ada juga terselit rasa sampai bila agaknya semua ni akan ada dengan saya, Berdebar weh!!!




Bangun pagi benda yang saya  fikir, "apa benda la nak jadi hari ni.. Ya Allah..permudah kan lah perjalanan hidup aku.."

Lepas tu bila nak tidur benda yang saya fikir ialah.." Entah apa la akan jadi esok.. takut nya aku dengan kehidupan ni Ya Allah.. Mudah kan lah perjalanan hidup aku esok."

Macam tu la saya setiap hari. Saya jadi risau dan takut dengan kehidupan ni. Sebab kita bukan nya boleh ramal masa depan kita..Kan??

Sedikit je tindakan kita akan mengubah seluruh kehidupan kita. Tapi buat masa sekarang saya hanya mampu berdoa dan menjaga keluarga saya ni sebaik mungkin..

Bye..

5 comments:

  1. setiap pagi, edy yg akan antar aiyan ke sekolah naik motor, setiap kali itu sya sentiasa panjatkan doa moga Allah lindungi mereka ber2 dlm perjalanan, walaupun sekolah tu takdelah jauh mana dr opis tp kita ttp risau, kadang pikir mcm2...

    ReplyDelete
  2. kita mmg x boleh lawan takdir tp kita boleh minta hadirkan takdir yg baik2

    ReplyDelete
  3. hidup adalah ujian.

    tak perlu fikir yang bukan-bukan kerana setiap ujian yang kita terima sudah dipakejkan dengan hikmah yang begitu indah..

    kerana Allah amat sayangkan hambaNya tetapi kita pulak selalu lalai untuk mengingatiNya setiap masa dan ketika..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();