Thursday, 28 February 2019

APA NAK BUAT KALAU DAPAT KAWAN YANG LEMBIK DAN SUKA MENGALAH

Hye semua..



Ok... sekarang kat Pulau Pinang dah Malam tau.Sekarang dah jam 12 malam.. Tempat korang pulak sekarang dah jam berapa??

Soalan tu macam pembaca blog ni 4 juta datang nya dari Dubai dan Afrika Selatan. Habuk!!!

Sebenarnya malam-malam macam ni saya selalunya dok melangut tengok drama korea. Tapi sebab Drama korea yang nak di tengok tu masih dalam proses mendownlod so sempat la saya merapu sikit kat blog ni untuk tatapan pembaca-pembaca  seluruh dunia..

Sekali lagi perasan macam pembaca dia dari Dubai dan Afrika Selatan.

Korang pernah tak berdepan dengan kawan yang lembik dan macam tak de upaya ?

Contohnya bila orang buat dia ke, orang buli-buli dia, dia diam je.. Dia biarkan je. Kita sebagai kawan dia mesti lah rasa geram macam nak tolong tampar-tampar je orang yang buat kawan kita tu..kan??




Tapi kawan korang ni cuma kata.. "jangan buat dia.. Dia tak sengaja.. Dia tu baik sebenarnya,.. "

Geram tak??Geram tak??

Selalunya apa tindakan korang supaya kawan korang ni sedar yang mereka-mereka tu sedang buli dan kena kan dia?

Bagi saya sebagai kawan saya hormat lah pandangan kawan saya tu. Mungkin bagi dia, apa yang kawan2 buat kat dia tu benda kecil je. Dia mungkin tak mahu bermusuh dengan sesiapa walaupun cara nya tu akan buat si pembuli lagi sedap membuli.

Saya juga akan duduk berbincang dengan kawan saya tu.Tanya dia "kau ok ke diaorang buat macam tu kat kau?"

Tanya dia baik..Mungkin masa tu dia akan berterus terang tentang perasaan sebenar dia.




kalau dia kata "Aku ok je.. diaorang tu tak de buat apa2 pun.."

korang percaya dan terima je la .. Dalam pada tu korang kena juga perhati2 kan kawan tu. Mana la tau kalau sampai satu tahap mereka cederakan dia ke..kan??

Ok..tu je.. kalau ada pandangan meh la kongsi2

Bye.


2 comments:

  1. Makcik pun akan buat yg sama.... Kalau kawan baik lah. Tanya dia and kalau dia kata "ok ja" tak kan kita nak over "tak ok" pulak kannnn, tapi sambil2 perhati juga la kot kot dia simpan "down" dia tu and cry somewhere sorang2. Kita boleh support tapi tak boleh over-protective

    ReplyDelete
  2. sama lah, rasanya pilih utk bt camtu jgk

    sbb walaupun kita geram ke marah tp tuan punya diri kata ok, takpe, biarlah... biarkan jelah
    yg penting sebagai kwn kita dh tanya apa yg ptt

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();