Skip to main content

ALIFF AZIZ BUAT HAL LAGI - BELLA DEDAH ALIFF AZIZ MULA BERUBAH SELEPAS SHOOT DRAMA TERBARU

Tak serik-serik Aliff Aziz ni. Tak cukup di kecam oleh netizen satu masa dulu selepas kes dia bersama seorang pelakon di sebuah pusat hiburan kali ni sekali lagi dia buat hal.\



Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isterinya Bella Astillah di instagram nya. Bella mendakwa sikap Aliff mula berubah ketika pengambaran drama terbaru lakonan Aliff.

Selepas mendapat mesej dari seseorang yang mendakwa melihat Aliff di sebuah pusat hiburan bersama seorang pelakon wanita yang dalam keadaan mabuk, Bella dapat merasakan lelaki di pusat hiburan tersebut adalah benar suaminya.







Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN. .
.
Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. 

Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu. 2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu. 

Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya 

“Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ 

Rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2. 

Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. 

Terima kasih kepada Insan yg dm saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. 

Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.













Pendedahan Bella itu mengundang berbagai komen dan reaksi dari netizen. namun ramai yang merasakan Bella sepatutnya menyiasat terlebih dahulu video tersebut dan sumber nya.

Kesian betul dengan nasib Bella ni. Tapi mesej yang diterima Bella tu sebenarnya menguatkan lagi bukti bahawa Aliff memang sudah berubah kerana Bella sendiri mengakui Aliff berubah laku sejak 2 hari sebelum pengambaran drama tersebut tamat.



Pelakon yang dikaitkan dengan Aliff Aziz, Oktovia Manrose tidak berdiam diri dan menjawab tuduhan tersebut mendakwa hubungan nya dengan Aliff hanyalah sebagai rakan sahaja. Malah dia juga menafikan yang dia sedang mabuk ketika itu.


Dia juga mendakwa ketika itu mereka turut keluar bersama teman lain untuk mengelak kan fitnah..

Jalan cerita nya masih sama macam dulu dan nampaknya kaum wanita seperti Oktovia Manrose belum ambil pengajaran. Jangan sesekali keluar dengan suami orang walaupun ada teman lain lebih-lebih lagi anda berdua adalah orang yang dikenali ramai.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah dan kemelut yang dihadapi dalam rumahtangga Bella dan Aliff.


Comments

  1. aritu dh buat kes tp bini dia backup , pastu ni bt hal lg, kalau kali ni bini dia redho jgk... mmm mmg jenis laki tak berubah kot

    dia mmg pelakon bermasalah la si alif nih

    ReplyDelete
  2. Wah...masih aktif lagi yer menulis blog? Dah lama tak menyinggah sini.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …