Sunday, 6 January 2019

YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: : Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.




Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakkan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.






"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

"Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.






“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera, amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Sumber: awani/bharian

1 comment:

  1. agak memeranjatkan tp akak lagi terperanjat ngn komen2 netizen n makcik2 bawang yg kadang2... aduhai

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)