Skip to main content

PESANAN UNTUK IBU BAPA YANG ANAK BARU MASUK SEKOLAH: JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU ANAK-ANAK

Hi..

Anak baru masuk sekolah rendah memang macam-macam perangai. Ada yang tak nak sekolah, ada juga yang tak nak balik sekolah. Memang menghiburkan betul video-video yang saya tonton tentang anak-anak yang baru masuk ke alam persekolah.

Sekolah di tadika memang berbeza dengan sekolah Kebangsaan. kalau di tadika , ada guru yang akan pantau anak kita. Tu pun macam-macam masalah juga. Ada je ibu bapa yang tak puas hati..



Di sekolah kebangsaan anak-anak perlu berdikari untuk banyak perkara. Ini supaya anak mampu menguruskan diri nya sindiri. Dah tentu akan timbul beberapa masalah pada anak. tapi percayalah, ianya cuma sementara .. Bila anak dah biasa dengan persekitaran disekolah tu lambat laun dia akan mampu mengawal keadaan. Walau apa pun keadaan ibu bapa jangan lah risau dan terus menyalahkan pihak sekolah.




Sangat penting untuk mak ayah jaga hubungan dengan guru anak-anak. Zaman sekarang ada guru kelas yang buat group Whatsapp untuk berhubung dengan mak ayah murid. Tapi ada mak ayah yang gunakan nya untuk terus meluahkan perasaan tak puas hati pada guru.

Saya memang tak bersetuju kalau ada guru kelas nak buat group whatsapp ni. Lebih baik kalau mak ayah contact guru secara personal saja. Kalau buat group ni benda yang kecik pun boleh jadi besar.

 Saya sendiri sejak anak bersekolah, apa saja perkara yang saya nak tahu, saya terus hubungi guru anak saya secara personal. Lebih mudah  nak berbincang. Kalau ada orang ketiga ni , lebih ramai yang suka jadi batu api berbanding yang nak menyelesaikan masalah.

Soalan ringkas pun nanti jadi punca bergaduh dan kat situ dah nampak kita tak hormat pada guru anak kita.



Ibu bapa juga jangan lah terburu-buru buat tindakan. Jangan fikir mentang-mentang kita bayar duit buku, duit PIBG, dan sebagainya terus kita rasa kita boleh sesuka hati nak cakap apa saja pada guru anak kita.

Ada juga mak ayah yang berani pi terus ke sekolah dan marah-marah pada cikgu. Kalau dah sampai marah dan menyalahkan guru, rasa-rasa apa pandangan guru tu pada anak murid dia?

Cikgu tu pun insan biasa.. Jangan disebabkan perangai mak ayah yang suka bertindak terburu-buru buat cikgu pun rasa meluat dan malas nak ambil tahu hal anak kita. Tak mustahil kalau diaorang akan rasa macam tu.

Lepas tu jangan nak bising pulak bila anak jadi nakal dan prestasi pelajaran menurun. Tapi saya percaya ramai guru-guru yang tak ambil hati dengan anak murid nya walaupun mak ayah murid tu pernah bersikap tak de adab dengan nya.

Perkara biasa bila ank-anak kita balik dan mengadu macam-macam tentang hal di sekolah. Ada perkara yang diceritakan tu tak la wow sangat . Tapi sebab alam persekolahan ni masih baru pada dia, dia rasa banyak perkara yang "besar" berlaku pada dia.

Kemudian cara dia bercerita tu pulak macam hebat sangat, dasyat sangat, melampau sangat... Kita yang dengar ni jangan la terus bayangkan apa yang jadi pada dia tu seperti mana yang dia cerita. Dia cerita berdasarkan dunia dia yang masih baru tu.

Macam hari ni anak saya balik sekolah dan terus cakap." Ibu..Banyak nya buku kena bawak..patah la tangan adik nanti.." .. dalam hati saya terfikir juga, " yela..banyak nya buku..kesian dia..patah tangan cemana nanti??"

Padahal kalau dilihat pada jadual nya bukan banyak pun matapelajaran untuk 1 hari tu. Dia je yang lebih-lebih menggambarkan betapa banyak nya buku yang dia kena bawak. Masuk sebulan dua nanti biasa lah dia.

So kat sini kita tak payah terikut-ikut sangat dengan cerita anak kita.





Macam tu juga bila anak balik cerita yang cikgu marah dia. Mungkin selama ni dia tak pernah kena marah. Sekali cikgu marah , terus balik mengadu kat mak sambil menangis dan tak mau makan. Kita pulak rasa benda tu melampau hanya berdasarkan dari cerita dia.

Terus kita marah dan menyalah kan cikgu.. Itu memang tak patut. Tak pasal-pasal kita buat cikgu kecil hati . Nanti masa mesyuarat PIBG atau hari anugerah pelajar, nak bertentang mata dengan cikgu pun kita rasa tak best.

Jadi jagalah hubungan dengan cikgu tu baik-baik. Apa-apa hal baik berbincang dengan guru dulu. Tak payah la sampai nak terus report polis atau jumpa YB itu ini... Lain la kalau kes yang besar dan pihgak sekolah tak bagi kerja sama. Tu lain la cerita nya..

bye..


Comments

  1. Sekali sekali cikgu marah anak kita...takde hal sangat. Sebab maknya ni hari2 marah anak

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …