Sunday, 27 January 2019

PERCUTIAN BAJET KE LOST WORLD OF TAMBUN BERSAMA KELUARGA



Pintu masuk Lost World Of Tambun


What’s up? What’s up? Hi korang ! Lama betul aku tak menulis. Tapi kali ni apa yang membuatkan aku terlintas untuk nak menulis adalah tidak lain tidak bukan untuk aku kongsi pengalaman percutian bajet aku. Suka aku berkongsi percutian-percutian bajet ni dengan korang supaya korang tahu macam mana nak berjimat semasa cuti, nak plan percutian dengan bajet yang lebih rendah dan untuk korang juga dapat membahagiakan seisi keluarga seperti mana orang-orang diluar sana. Ada banyak best places to go in Malaysia kalau korang nak tahu.  Tidak semestinya nak membahagiakan keluarga dengan hanya pergi melancong ke luar negara. Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu silakan, kalau tak mampu jangan risau, our country itself is rich with attraction spots. And for this entry, aku nak share tentang aku bawa keluarga bercuti ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.


Pemandangan dari atas Lost Eorld Of Tambun


Sebelum tu, biar aku briefly introduce pasal tempat ni dulu. Lost World of Tambun ni merupakan sebuah taman tema yang terkenal dengan pelbagai tunggangan mainan air yang menarik dan mencabar, habitat kepada hidupan liar yang dijaga dan selamat dikunjungi dan turut terkenal dengan kolam air panas semulajadi yang distrukturkan semula supaya lebih cantik dan bersih. Ia terletak di Bandar Sunway Ipoh, Perak. Terbina di sebuah kawasan seluas 40 ekar, taman tema ini diuruskan oleh Syarikat Sunway dan dibuka pada 11 November 2004. Dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, ia merupakan kembar bagi taman tema Sunway Lagoon. Konsepnya tidak jauh beza dengan taman tema Sunway Lagoon kerana kedua-dua taman tema ini dibina dan diuruskan oleh syarikat terkemuka yang sama.


Hots Spring & Night Park


So, korang rasa sedikit lebih mengenali taman tema ini? Jom aku bawa korang kenal lebih rapat pula. What does it have behind the huge wall of the entrance? Nama pun pusat percutian kan, mestilah yang ada dalam ni hanya yang menghiburkan agar korang rasa terhibur dan berpuas hati spend duit bercuti di sini. Ada 2 main attractions called; Theme Parks dan Night Park. Theme Parks adalah hiburan di waktu siang hari dimana ia terdiri daripada 6 bahagian taman tema. Antaranya adalah; Water Park, Amusement Park, Tin Valley, Tiger Valley, Petting Zoo dan Adventure Park. Dalam Water Park ada kolam ombak, papan gelongsor air yang tinggi dan mencabar, kolam ala-ala pantai dan beberapa lagi.



Rumah Hantu


Dalam Amusement Park ada rumah hantu, kapal lanun, buaian, roller coaster yang pastinya buat anda menjerit dalam kegembiraan dan ketakutan. Haha ! Move on to Tin Valley, sini korang boleh belajar lebih tentang sejarah dan cara-cara mendapatkan bijih timah. Di Tiger Valley pula korang boleh melihat dan berinteraksi dengan lebih dekat dengan hidupan liar, harimau. Petting Zoo adalah kawasan yang lebih kids-friendly di mana korang boleh dedahkan anak-anak dengan burung, kura-kura, arnab, zirafah dan beberapa haiwan jinak lain lagi. Lastly is Adventure Park. Dah nama pun adventure kan so apa yang ada di sini adalah abseiling, kayaking, jungle race, meneroka gua dan beberapa lagi yang pasti mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi. Then, kita tengok Night Park pula mempunyai Hot Spring Park, Hot Spring and Spa dan Luminous Forest di mana terdapat pelbagai persembahan yang menghiburkan. Basically aktiviti-aktivit untuk Night Park semua ini lebih menenangkan.


Adventure River


Siap bercerita tentang Lost World of Tambuh, sekarang tibanya masa aku share macam mana nak enjoy percutian bersama keluarga dengan bajet yang mampu milik ukur baju di badan sendiri. Haha ! Firstly, masa aku mula-mula terlintas dan berkira-kira untuk jadikan Lost World of Tambun sebagai destinasi pilihan aku, terus aku search and type Lost World of Tambun booking online di telefon mudah alih. Naik banyak results and aku survey dari official website sampailah thru agent punya seperti book dengan hotel sunway. Disebabkan aku nak tidur di sana tetapi aku pilih hotel bajet, aku book hotel Suns Inn dan book sekali tiket masuk siang dan malam untuk kesemua ahli keluargaku. Guess what? Termasuk hotel dan semua tiket (2 dewasa dan 3 kanak-kanak), tak lebih RM1000. So senang cakap, dengan RM1000 aku dapat membahagiakan 5 jiwa dan hidup selesa.

Sekian saja dari aku, Bye !

7 comments:

  1. Alot of blogs I see these days don't really provide anything that I'm interested in, but I'm most definitely interested in this one. Just thought that I would post and let you know. Nice! thank you so much! Thank you for sharing.
    Website Development company in Delhi
    Website Designing Company in Delhi

    ReplyDelete
  2. wow, syoknya bercuti dengan family. Time ni la nak spend quality time dgn dorang kan..

    ReplyDelete
  3. bercuti tempat macam ni bersama family memang meriah dan seronok lah sebab banyak aktiviti boleh buat kat sini

    ReplyDelete
  4. Sally belum sempat lagi nak ke sini.. Tapi bawah 1K mmg jimat kak

    ReplyDelete
  5. Teringin nak kesini tp tak kesampaian lg... Harap lps ni dptla ke sini... Sbb adk ipar cite best katanya kat sini...

    ReplyDelete
  6. Dah lama teringin nak pergi ke sana, mungkin time cuti CNY boleh pergi with family kot

    ReplyDelete
  7. best Lost World. panas2 redup tempatnya sebab terlindung dengan bukit =)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();