Saturday, 5 January 2019

PELAJAR DITEMUI MATI DALAM KERETA : POLIS PERCAYA TIADA UNSUR JENAYAH



Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di belakang bangunan rumah kedai dua tingkat di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu yang diturunkan manakala enjin kenderaannya masih hidup.



Menurut Shafee, pemeriksaan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.

Katanya, polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.

Siasatan yang dilakukan pasukan Forensik mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

Mayat kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER: AWANI

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)