Skip to main content

PAK CHAA CHAR KUE TIAW : SATEY AYAM YANG PATUT KORANG CUBA

Hi..

Hari ahad lepas rasa macam nak makan Char Kue Tiaw pulak. Memandangkan Mikhail pun jemu dah makan nasik jadi lepas fikir punya fikir kami pilih untuk makan di Pak Chaa Char Kue Tiaw je. Dah lama kami tak makan kat sini sebab selalunya anAk-anak nak makan makanan Thai.







Kedai ni terletak di Simpang Ampat. Bersebelah dengan jalan besar menuju ke Batu Kawan. Dekat dengan masjid Al-Ihsaniah .Kalau dah sampai dekat Traffic Light simpang empat tu , nampak bangunan Maybank, dah dekat sangat la tu. Dekat je dengan rumah kami


Dah sampai.... Jom makan!!! Kedai dia biasa2 je..Tak de la segan sangat kalau masuk dengan pakai tudung awning je..hahahah..

Menu utama kat kedai ni ialah Cha Kue Tiaw. Diaorang ada juga sediakan menu lain seperti Kue Tiaw kerang, Nasi goreng udang, Nasi goreng chicken chop, Chicken chop, Meatball & french fries dan Sate ayam & daging.

Lain kali nak try Chicken Chop pulak..

Untuk kali ni saya dengan ayah bebudak ni makan Char Kue Tiaw dan Mikhail pilih Satey ayam je. Dia memang suka satey. Jadi kalau satey yang tak sedap tu memang dia jujur  akan bagitau sama ada sedap atau pun tidak.


Sebenaranya dah banyak kali kami beli satey kat sini.Sebab menepati selera dan sangat sedap. Kuah kacang dia tu rasa pedas dan rasa serai dia.


Kuah tak cair dan kalau untuk budak2 yang tak suka pedas tak sesuai la makan kuah kacang ni. Anak-anak saya memang suka pedas dan diaorang suka. Tapi kalau makan satey saja pun dah cukup best. 








Secucuk satey tu harga nya saya tak berapa ingat. Kalau tak salah saya untuk satey ayam harga rm0.70 dan satey daging harga rm0.90 .


Bagi saya Char Kue Tiaw dia tak de la wow sangat..Ok la..tak la sampai tak boleh makan. Cuma saya suka Chae Kue Tiaw yang rasanya lebih kuat. Kalau korang nak yang ada kerang kena bagitau dia. Kalu tidak Char Kue tiaw korang ada udang je. Tak de kerang ok..

Saya pernah mAkan char Kue tiaw yang lebih sedap dari ni.. Kat Permatang Pauh. Tapi kedai tu dah tutup. Susah dah nak jumpa Char Kue Tiaw macam tu. Tapi yang ni sedap jugak. Bukan tak sedap cuma tak sedap sangat..hahah...paham ke tidak.


Saya dan suami order yang saiz biasa je. Ni pun dah cukup kenyang. Kalau korang nak yang saiz besar pun boleh. Mana tahu nak order sepinggan makan berdua sesuai la order yang saiz besar.



Nak tunggu order sampai pun tak lama. Kejap je dah sampai. Char kue tiaw ni kan masaknya kejap je. Orang ramai pun order sampai cepat. Macam tu la kalau lelaki buat kerja..kan?hantar air pun pantas. Sebab tu saya lebih suka makan kat kedai yang pelayan nya lelaki.

Kalau korang suka Char Kue tiaw dan satey boleh singgah kedai ni ok..

bye.




Comments

  1. ckt ni best layan panas2 kan... klu dh sejuk tak berapa ngam gitu...
    tp naper sate tu nampak mengooda sgt lahai

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …