Skip to main content

MENU SIMPLE UNTUK BEKAL ANAK DI SEKOLAH : AYAM MASAK HALIA

Hye semua..







Bekal si kakak untuk hari ni..Nasi putih dan ayam masak halia. Ayam masak halia tu cara masaknya senang je.. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah di kisar. Lepas tu masuk kan halia yang dihiris2. Masuk kan sos tiram dan sedikit air. Last sekali masuk kan ayam yang dah di goreng. ( gaul ayam dengan garam kunyit lepas tu goreng). Tak perlu garam sebab sos tiram tu dah cukup sebagai persa.

Hari rabu biasanya ada kokorikulum kat sekolah rendah. Jadi kena siapkan bekal anak untuk makan tengahari dia. Biasanya kalau ayah bebudak ni kerja petang ,bekal untuk tengahari ni saya masak dalam jam 11 pagi.

Nanti jam 12 setengah tengahari, ayah diaorang akan hantar bekal pada anak kat sekolah.

Setiap rabu jam 12;30 tenghari ayah dia akan pergi ambil si adik ni kat sekolah. Jadi kakak akan tunggu ayah kat pagar  untuk ambik bekal.

Jam 1:30 petang nanti , waktu tamat sekolah dapat la dia makan nasi panas-panas. Lepas tu bersedia untuk Koko.

Tapi kalau ayahnya kerja pagi tak dapatla sediakan bekal nasi panas-panas untuk kakak. Sebab ayahnya akan ambil adik kat sekolah selepas keluar dari tempat kerja.

Jadi dia akan makan roti ikan bilis atau pun nuget yang dah siap dia bawak dari pagi. Kurang la sikit selera makan nya bila tak de nasi panas.

Selalunya makan roti pun tak habis. Makan nuget pun tak habis..Nuget sejuk mana la sedap.





Untuk bekal makan di waktu rehat pulak biasanya saya goreng nasik dan lauk ayam goreng. Kadang-kadang buat megi goreng, roti sosej, burger, nasi putih dan ayam masak merah. Itu lah senarai menu bekal anak saya setiap hari.

Kalau korang punya anak tak memilih makan macam anak saya mesti lagi banyak menu boleh buat. Untuk hari ni , saya sediakan ayam masak Halia dan nasi putih saja.\

Harap kakak berselera makan. Saya  sekarang tengah kontrol diet si kakak ni . Sebab dia ni cepat tinggi . Sekarang dah sama tinggi dengan saya padahal baru darjah 5. Bila badan cepat tinggi makan pun kena kawal la.Tak boleh la nak makan macam kawan-kawan dia yang lain.

sekian






Comments

  1. uishh..sedapnya ayam masak halia. menu simple tapi sedap ya amat

    ReplyDelete
  2. el hari2 masak untuk menu tenghari..so diorg balik sekolah singgah rumah sekejap untuk mkn tenghari n ready utk sra pula..itu kalau babah diorg ada..kalau babah diorg kerja..terpaksa bw bekal sekali ke ofis heat up then amik budak2 semua..terus ke sra..later diorg makan kat sana

    ReplyDelete
  3. sedap nih....

    cepat tinggi ok jgn cepat naik badan mcm si aiyan ni.... skrg ni dh tak bg dia amik aiskrim hari2... jln kaki jauh sikit tiap hari... hrpnya dptlah kurang sikit berat dia tu

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka ayam masak halia and kalau boleh tambah sedikit sayur lagi best.

    ReplyDelete
  5. Bekal ni utk mknn tengahari ke.. Sbb sllu nmpk parents bg bekal breakfast je.. Hehee..ayam halia pon sdp kan

    ReplyDelete
  6. Sekarang selalu tengok parent buat bekal dekat anak, sebab lagi senang hati bila diorang ada makanan. Sebab budak2 ni suka beli benda lain mcm qnak buah iday. Habis duit belanja sbb pergi belanja kawan. Pastu balik lapar hahaha

    Senang resepi ayam halia ni, feveret jugak hehe

    ReplyDelete
  7. Walaupun simpke macam ni.. Tapikat sekolah kalau dah lapar mesti mkan punya sampai habis.. Heehe.. Lagi air tangan mak dia.. Nyum.. Nyumm

    ReplyDelete
  8. Sedapnya bekalan g sekolah, lbh sedap tau dari makanan yg ada kat kantin skolah tu.

    ReplyDelete
  9. Walaupun simple tapi sedap tau kak menu ni

    ReplyDelete
  10. Dulu masa sekolah pun zira suka bawa bekal sebab nak simpan duit Kadang bawa bekal lauk telur je dgn nasi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …