Monday, 28 January 2019

DRAGON FRUIT RM10 4 BIJI - PATUT LAH MURAH ..

Hi,,

Pergi pasar malam ni memang kena jaga la bab mata.Kalau boleh semua benda nampak sedap dan perlu beli. Baru-baru ni pergi pasar malam yang dekat dengan rumah ni. Bukan jauh pun..Tepi rumah je. 


Tiba-tiba nampak orang jual buah naga. Murah pulak tu. 4 biji harganya cuma rm10. Saya memang suka dragon fruit ni. Selalunya beli kat kedai cina jual buah di tepi-tepi jalan. Tak pernah beli buah naga kat pasar malam.








Selalunya beli pun setakat 1-2 biji je sebab saya sorang je yang makan buah ni.Anak-anak kurang suka sebab ada biji2 hitam tu.

Mikhail pun makan la jugak buah ni. Tapi tengok mood jugak. kadang-kadang sebiji tu dia boleh habiskan.. seminggu sekali je. Jadi Tak payah la ibu berebut-rebut nak makan buah sedap.ahahha.. Harga biasa yang saya beli , 1 biji tu rm3 lebih..

Balik je dari pasar malam terus potong sebiji..

Errrmm... Tak manis pun rupanya.. Ikutkan hati nak je pergi pulangkan semula buah tu kat dia  memandangkan bukan jauh pun. Tapi fikir-fikir boleh buat jus je la. Tambah gula sikit nanti manis la.hahaha..Dasar makcik gemuk suka sangat benda manis..ahahah..




Lepas ni kena beringat lah..Kalau nak beli buah naga , beli je la kat kedai buah. Malas dah nak beli kat pasar malam. Setakat epal, oren, buah langsat boleh la beli kat pasar malam..kan?? Buah naga ni kalau yang tawar memang tak sedap. Rasanya kosong je..Kalau malang dapat pulak yang masam.






Sebenarnya saya pernah beli anggur juga kat pasar malam ni. gerai yang sama, memang buah anggur tu masam. Dah la anak saya ni memang makan anggur tiap hari. Buah lain diaorang kurang sikit. Sekali terbeli anggur masam, terpaksa la saya makan sorang-sorang. Dekat seminggu jugak nak habis kan anggur tu sorang-sorang.

Serik nya rasa..membazir betul.. Padahal sebelum beli dah rasa sebiji.. Ok je tekak ni rasa..Sampai rumah jadi rasa lain pulak.




12 comments:

  1. Nampak gayanya memang kena boikotlah peniaga tu.. Dua kali dah terkena ye sis..

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan buat naga ni.. Memang pasar malam jarang nak jumla buah yang manis.. Selalu anggur la hahahah

    ReplyDelete
  3. kalau beli kt psr buah chowkit mmg biasa harga tu 4biji rm10, buah bsr n manis... anggur sekilo rm15 pun dpt yg seedless lg...
    mungkin sbb tempat dia n banyak pilihan kan... klu kt psr mlm mmg kadang ada yg jual masam atau buah yg dh di peram

    ReplyDelete
  4. Ehh murahlah gk ek kak.. Tempat kita ada je ladang buah naga ni tp dh lama xpi beli situ.. Xtau harga skrg brpe.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni buah naga tapi lama jugak lah tak beli.. Tgk akk mkn rasa terliur pun ada hehe

    ReplyDelete
  6. Kalau murah 4biji RM10 Fiza pun beli juga. jarang jumpa yang murah sekarang ni.Dahlah buah naga besar-besar.

    ReplyDelete
  7. Fevret jugak ni..kalau mkn mmg x simpan dah..mkn semua sekali haha

    ReplyDelete
  8. alahai.. patutla lebih murah. sebab rasanya tu tak manis. ruginya.. kalau makan macam tu je kurang sedaplah kan. apa kata, buat air koktail. sedap tu.

    ReplyDelete
  9. Nad jarang makan buah dargon ni.. Sebb tu la tak tau pilih, takut dapt tak manis tak sedp.. Ta0i betul gak kak boleh buat jus tambah gula.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan, bukan musim kot sebelum ni senang nak cari kat pasar harga pun murah

    ReplyDelete
  11. Dragon fruit ni memang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. 4 biji RM10 memang murah la.

    ReplyDelete
  12. 4 biji rm10 memang murah kak .Favourite buah ni suka makan

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();