Skip to main content

DAH MULA SIBUK DENGAN PERSIAPAN UNTUK CUTI TAHUN BARU CINA



Minggu depan dah start cuti sekolahh. Cuti raya cina adalah dari 2hb FEBRUARY sampai 10 FEBRUARY. Cukup lama tu..

 .. Jadi minggu ni ada banyak kerja nak di siapkan..Kerja rumah, kerja blog, urusan anak-anak. Kalau boleh sebelum esok semuanya dah diuruskan sebab pagi-pagi sabtu kami dah start cuti-cuti..






Kerja-kerja blog yang paling perlu diuruskan dulu. Bukan senang nak cari duit. Jalan nya nampak senang tapi berliku jugak la. Kalau tak buat tak dapat apa. Kalau buat nampak la hasilnya.Sebab tu saya usahakan juga untuk blog ni...

Bekerja atas talian ni salah satu kebaikan nya ialah korang boleh manage masa korang sendiri. Tak de tekanan dari bos atau orang atasan kita. Korang boleh mula dengan join affliate Klikjer. Klik untuk daftar affiliate Klikjer.

Cuti lama kali ni sebab 2 dan 3 hb sibuk dengan jemputan kenduri saudara mara. Kalau kenduri kawan-kawan tu boleh la nak elak-elak sebab jauh. Tapi bila kenduri saudara mara ni kena la jugak usahakan untuk datang. Apa pun kena utamakan ahli keluarga sendiri dulu.

Kemudian lepas habis kenduri baru lah jalan-jalan dengan anak-anak ni. Sebab tu diaorang kena siapkan kerja sekolah sebelum cuti. Nati bila dah cuti memang lupa terus kat kerja-kerja sekolah. Tak kan dah nak start sekolah baru nak pulun siapkan..

Macam tu la bila dah berkahwin ni.Tak sama macam bujang. Tapi ikutkan pengalamn hidup saya ni , masa dah berkahwin dan ada anak ni pergi kemana-mana pun semuanya best. Semua tempat rasa menarik.







Masa bujang dulu walaupun seronok berjalan dengan kawan-kawan tapi tak seseronok bersama dengan keluarga sendiri. keseronokan tu di tahap yang berbeza.

Saya rasa kehidupan saya pun lebih baik selepas berkahwin ni. Hidup lebih tenang dan gembira. Walaupun tak kaya raya, tak de dapat bantuan apa-apa tapi kami ok je. heheh..

Ok lah..tu je la nak cerita..Jom siapkan apa yang patut,.

Bye..Selamat Bercuti


Comments

  1. Tinggal 2 hari je persekolahn sebelum anak-anak mula bercuti untuk Chinese new year ini,..

    ReplyDelete
  2. WAH BNYAK PROGRAM CUTI DH DIRANCANG TU...SLMT BERCUTI CNY

    ReplyDelete
  3. sekejap jer dah masuk penghujung bulan feb kan

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …