Skip to main content

BELUM CUKUP SEBULAN BUKU DAH HILANG. INI CARA IBU BUAT SUPAYA BUKU ANAK TAK HILANG

Hi..



Nak cerita pasal buku-buku teks budak Mikhail ni. Buku teks dapat masa hari orientasi nak masuk darjah satu hari tu. Maknanya tak sampai sebulan dapat buku. Last-last minggu lepas 1 buku dah hilang. Tak tahu la kemana buku tu pergi.Tiba-tiba saja ghaib.

Memang dah cari merata-rata kat rumah ni tapi tak jumpa. Kakak nya sendiri dah masuk kelas dan pergi check kat bahagian buku di belakang kelas dan cari namanya tak jumpa pun. Mana lah tahu kalau ada terselit bukunya di situ..Tapi tak de...

Bertuah betul budak Mikhail ni. Awal tahun dah hilang buku. Cemana nak tempuh lagi 10 bulan ni tak tahulah.






Jadi pergi la kami mencari buku yang hilang tu kat kedai buku. Bukan mahal pun buku nya. Cuma harga rm4. Tapi bukan soal harga yang kami kesahkan. Ianya soal tanggungjawab. Nak mendidik anak supaya jaga barang yang dia pinjam ni bukan senang.

Kami pun tahu dia tak sengaja hilangkan buku tu. Dia sendiri tak tahu macam mana buku tu hilang. Kami tanya juga beberapa kali kalau-kalau buku tu cikgu ambil atau dia tinggal kat sekolah.tapi katanya tak ingat.

Tu la, masa tadika dulu semua buku cikgu simpan di tadika.Tak de pun buku yang di bawa balik. jadi mungkin menjaga buku sendiri ni sesuatu yang baru pada Mikhail. Selapas kena bebel dengan ibu dan ayah dia , harapharap dia serik dan lebih berjaga-jaga dengan setiap barang-barang dia.



Oleh sebab saya risau bukunya akan hilang lagi jadi saya buat keputusan letak nama besar-besar kat bahagian pembalut luar buku. Kalau buat gini , kawan-kawan dan cikgu akan nampak buku ni siapa yang punya. Mana lah tahu kalau buku ni tercicir atau kawan-kawan tak sengaja terambil..

Bahagian dalam memang dah ada nama cuma bila dia dok bahagian dalam kadang-kadang bebudak tak perasan.

Harap-harap tak de dah berlaku hilang barang. Saya ni gelabah sikit kalau barang sekolah anak hilang.Takut nanti bila nak guna tak de dan terpaksa pinjam kawan punya.






Pinjam-pinjam ni tak best la.. Saya ni masa sekolah rendah  dulu, orang miskin .. Pensil warna pun tak de. Terpaksa pinjam kawan punya. Mujur kawan-kawan sekelas baik. Tak kedekut nak bagi pinjam. Tapi masa tu saya sendiri rasa tak seronok nak pinjam barang kawan-kawan..

Sebab tu setiap malam, mesti saya check alat tulis dan buku anak-anak. Kalau tak de bukunya saya tanya dia,  cikgu ambik ke, atau dia tertinggal?? Kena tanya semua tu supaya anak akan sentiasa ingat dan bersedia untuk jawab apa yang kita tanya.

Lepas ni harap Mikhail lebih beringat..Jangan main-main sebab ibu dia ni garang bukan main2..

hahaha..



Comments

  1. hehehehe comel !! besar sungguh tu tulis nama. lepas ni insyallah okay da dia akan jaga buku2 dia =)

    ReplyDelete
  2. tak sengaja mikhail hlgkn bukunya tu mujur ibunya bijak n tau jln selesai
    nya

    ReplyDelete
  3. setuju ngn cara nih, biar kwn2 , cikgu atau ibu bapa alert, kadang tkt kwn2 terambil... bila nampak nama dia dh bsr gitu... msti perasan kan... nk buang pun ssh jgk kan...
    moga lps ni tak hilang dh la buku mikhail, teringat aiyan klu color dia takde dlm beg kita tanya mmg mlt dia laju je jwb, tertinggal , kadang kwn pinjam tp kita rujuk balik kt cikgu n selalunya ada... sbb mmg color tu satu2 apap dia tulis nama dia

    ReplyDelete
  4. ada kawan yang terambik bukunya tu, inshaAllah semoga bertemu semula buku yang hilang itu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …