Skip to main content

6 TANDA DIA BUKAN KAWAN YANG BAIK DAN ANDA PATUT ELAK KAN

Hi ..



Korang tahu tak ada ramai kawan yang baik dalam dunia ni. Kawan yang sanggup bersusah payah demi kita dan sedia berada di samping kita tak kira apa pun yang berlaku. Tapi adakah kita menjadi kawan yang baik pada dia??

Banyak hubungan kawan yang hanya di sebelah pihak je yang baik.Tapi di pihak yang satu lagi asyik mengambil kesempatan dan hinggakan ada yang sanggup menganiaya kawan nya sendiri. Pada tahap ni kalau yang teraniaya masih kekal setia dengan kawan nya, itu memang tak boleh di terima. Memang patut kita nasihatkan dia supaya menjauhkan diri dari kawan nya tu.





Macam mana kita nak tahu tanda-tanda kita patut jauhkan diri atau memutuskan persahabatan yang dah terjalin?

Macam saya sendiri, saya tak suka cuma saya saja yang konsisten menjaga hubungan , kalau itu berlaku, sudah masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal. Tak kira lah dalan hubungan yang familial atau pun hubungan yang romantis sekalipun saya akan perlahan-lahan undur diri.

Apatah lagi jika ianya hanya hubungan sebagai "kawan"

Contohnya jika saya sedang hadapi masalah dan mengharapkan kata-kata semangat dari dia sebagaimana saya selalu prihatin dengan masalah dia, tapi dia tak peduli pun dengan masalah saya. Kalau jadi macam tu , saya dengan senang hati tak kan berhubung dengan dia lagi.



Satu lagi jika kawan saya tu suka memandang  rendah pada saya. Saya ni kalau berbeza pandangan dan pendapat saya ok je.. Tapi kalau dia berani-berani merendah-rendah kan saya dan menghina saya , itu adalah masanya untuk saya lepaskan kawan saya pergi.

Walaupun hubungan tu cuma di media sosial, saya akan block dia dan lupakan dia terus. Saya tak perlukan rakan yang suka memandang rendah pada orang lain. Lebih teruk lagi jika dia menghasut orang lain untuk bercakap yang bukan-bukan pada saya.

Kawan yang paling perlu dielak kan ialah kawan yang tak tau nak simpan rahsia kita. Bila kita bercerita perkara yang menjadi rahsia pada kawan kita, tentu kita mengharapkan dia menjaga amanah tersebut. Tapi jika dia ceritakan rahsia tu pada orang lain itu bermakna dia bukan lah kawan yang baik.

Ada baiknya jika kita menjauhkan diri dari kawan seperti itu. Lepas ni korang cuba lah ceritakan satu perkara yang koranng maklumkan pada dia sebagai "rahsia" kemudian lihat sama ada dia boleh memegang amanah tersebut ataupun tidak.

Kawan yang suka memandang banyak perkara negatif pada diri korang juga perlu di elak kan dan dijauhkan. Setiap kali jumpa dia, cuba korang perhatikan berapa kerap dia mengkritik korang. Mungkin dari segi korang berfesyen, bentuk badan korang atau pun tentang pendapat-pendapat korang.

Korang kena tahu membezakan antara komen yang membina dengan komen yang ingin menjatuhkan korang. Dia mungkin akan kata "aku cakap ni supaya kau jadi terbaik.." padahal komen dia pada kita hanya berniat untuk buat kita rasa down.





Biasanya bila kita dengan kawan mesti akan ada banyak perkara untuk kita bual kan. Tapi macam mana jika korang selalu rasa tak tahu nak sembang apa dengan kawan korang tu. Bila berjumpa korang dan dia lebih banyak diam dan main phone.

Itu juga satu tanda yang kawan tu bukan lah kawan yang sesuai dengan kita. Tak salah rasanya jika kita jarak kan sikit kehadiran kita dalam hidup dia. Mungkin dengan cara ni akan membuatkan korang akan ada banyak benda nak dibual kan bila sesekali bertemu.

Kawan yang selalu mengambil kesempatan atas kebaikan kita adalah kawan yang tak patut korang simpan lama-lama. Cukup sekali terkena dan jangan rasa ianya tak kan berlaku lagi. Bila sekali kita bagi peluang, dia mesti akan ambil kesempatan lagi.

Berkawan biarlah seribu..Bukan sebab senang nak minta tolong.. Tapi sebab mudah kita nak bandingkan mana satu yang betul-betul kawan dan yang mana satu lawan kita. Hati-hati memilih kawan.

Bye..


Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …