Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

DAH MULA SIBUK DENGAN PERSIAPAN UNTUK CUTI TAHUN BARU CINA

Minggu depan dah start cuti sekolahh. Cuti raya cina adalah dari 2hb FEBRUARY sampai 10 FEBRUARY. Cukup lama tu..

 .. Jadi minggu ni ada banyak kerja nak di siapkan..Kerja rumah, kerja blog, urusan anak-anak. Kalau boleh sebelum esok semuanya dah diuruskan sebab pagi-pagi sabtu kami dah start cuti-cuti..






Kerja-kerja blog yang paling perlu diuruskan dulu. Bukan senang nak cari duit. Jalan nya nampak senang tapi berliku jugak la. Kalau tak buat tak dapat apa. Kalau buat nampak la hasilnya.Sebab tu saya usahakan juga untuk blog ni...

Bekerja atas talian ni salah satu kebaikan nya ialah korang boleh manage masa korang sendiri. Tak de tekanan dari bos atau orang atasan kita. Korang boleh mula dengan join affliate Klikjer.Klik untuk daftar affiliate Klikjer.

Cuti lama kali ni sebab 2 dan 3 hb sibuk dengan jemputan kenduri saudara mara. Kalau kenduri kawan-kawan tu boleh la nak elak-elak sebab jauh. Tapi bila kenduri saudara mara ni kena la jugak usahakan untuk datang. Apa pun kena utamakan…

GAMBAR EMMA MAEMBONG DAN SYED ABDULLAH TERSEBAR - SYED ABDULLAH, EMMA BUAT PERMOHONAN MAAF

Gambar demi gambar milik Syed Abdullah dan Emma Maembong mula tersebar dan menjadi buah mulut netizen memandangkan imej baik Emma Maembong selama ini yang membuatkan peminat amat menyayangi pelakon cantik ini.



Selepas permohonan maaf yang dibuat oleh Emma petang tadi kini giliran Syed Abdullah pula membuat permohonan maaf kerana menjadikan keadaan sedikit huru hara. Mungkin dia juga berasa bersalah kepada Emma dan keluarganya sendiri memandangkan kedudukan adiknya Syed Saddiq yang memegang jawatan menteri.






Syed Abdullah juga di dalam IG story nya sebelum ini mendedahklan mungkin akaun nya di godam pihak tertentu sehingga menyebabkan gambar-gambar peribadi miliknya di curi dan disebarkan oleh pihak yang jelas untuk memalukan nya.




SyedAbdullah1998: Apology is not about saying I’m sorry, but its about the meaning you put behind the apology and admitting that you are the wrong part”

Today, has been a tough day for me & my family. The challenges i face today, is but a fraction of accusa…

ORANG PEREMPUAN TOLONG HATI-HATI DENGAN LELAKI YANG PANDANG KAU ATAS BAWAH - WANITA DEDAH PENGALAMAN DI GANGGU LELAKI GATAL

Walaupun wanita semakin ramai dalam dunia ni bukan bermakna kita selamat dari nafsu jahat lelaki-lelaki kat luar sana. Kalau diikutkan bab tenaga dan upaya ni orang wanita memang nampak lemah. Tapi itu bukan alasan untuk kita tak melawan dan bertindak.





Saya kagum dengan keberanian yang wanita dalam video ni tunjuk kan.Walaupun tak gunakan senjata tapi dia berani pula maki hamun lelaki yang buat perkara kurang sopan pada dia.

TOLONGG!! Kaum perempuan dekat luar sana!! Tolong hati hati dengan mana lelaki yang suspicious pandang kau atas bawah pastu dok ikut kau. Tolong pergi kat tempat yg ramai orang!! Ini dah dua kali dah jadi kat aku. Sorry sebab menyumpah. (Nervous weh) pic.twitter.com/GdtJ4pUrD9 — sarahaniesah_ (@Sarahaniesah1) January 27, 2019 Pemilik akaun twitter Sarahaniesah1 ni juga sempat menceritakan apa yang sebenarnya berlaku padanya hingga bertindak memarahi lelaki berkenaan.









Sarahaniesah juga mendakwa dia pernah diganggu sebelum ini oleh lelaki lain. Lelaki tersebut memi…

DRAGON FRUIT RM10 4 BIJI - PATUT LAH MURAH ..

Hi,,
Pergi pasar malam ni memang kena jaga la bab mata.Kalau boleh semua benda nampak sedap dan perlu beli. Baru-baru ni pergi pasar malam yang dekat dengan rumah ni. Bukan jauh pun..Tepi rumah je. 

Tiba-tiba nampak orang jual buah naga. Murah pulak tu. 4 biji harganya cuma rm10. Saya memang suka dragon fruit ni. Selalunya beli kat kedai cina jual buah di tepi-tepi jalan. Tak pernah beli buah naga kat pasar malam.







Selalunya beli pun setakat 1-2 biji je sebab saya sorang je yang makan buah ni.Anak-anak kurang suka sebab ada biji2 hitam tu.
Mikhail pun makan la jugak buah ni. Tapi tengok mood jugak. kadang-kadang sebiji tu dia boleh habiskan.. seminggu sekali je. Jadi Tak payah la ibu berebut-rebut nak makan buah sedap.ahahha.. Harga biasa yang saya beli , 1 biji tu rm3 lebih..
Balik je dari pasar malam terus potong sebiji..
Errrmm... Tak manis pun rupanya.. Ikutkan hati nak je pergi pulangkan semula buah tu kat dia  memandangkan bukan jauh pun. Tapi fikir-fikir boleh buat jus je la. T…

PERCUTIAN BAJET KE LOST WORLD OF TAMBUN BERSAMA KELUARGA

Pintu masuk Lost World Of Tambun

What’s up? What’s up? Hi korang ! Lama betul aku tak menulis. Tapi kali ni apa yang membuatkan aku terlintas untuk nak menulis adalah tidak lain tidak bukan untuk aku kongsi pengalaman percutian bajet aku. Suka aku berkongsi percutian-percutian bajet ni dengan korang supaya korang tahu macam mana nak berjimat semasa cuti, nak plan percutian dengan bajet yang lebih rendah dan untuk korang juga dapat membahagiakan seisi keluarga seperti mana orang-orang diluar sana. Ada banyak best places to go in Malaysia kalau korang nak tahu.  Tidak semestinya nak membahagiakan keluarga dengan hanya pergi melancong ke luar negara. Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu silakan, kalau tak mampu jangan risau, our country itself is rich with attraction spots. And for this entry, aku nak share tentang aku bawa keluarga bercuti ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.


Pemandangan dari atas Lost Eorld Of Tambun

Sebelum tu, biar aku briefly introduce pasal tempat ni dulu. Lost …

BELUM CUKUP SEBULAN BUKU DAH HILANG. INI CARA IBU BUAT SUPAYA BUKU ANAK TAK HILANG

Hi..



Nak cerita pasal buku-buku teks budak Mikhail ni. Buku teks dapat masa hari orientasi nak masuk darjah satu hari tu. Maknanya tak sampai sebulan dapat buku. Last-last minggu lepas 1 buku dah hilang. Tak tahu la kemana buku tu pergi.Tiba-tiba saja ghaib.

Memang dah cari merata-rata kat rumah ni tapi tak jumpa. Kakak nya sendiri dah masuk kelas dan pergi check kat bahagian buku di belakang kelas dan cari namanya tak jumpa pun. Mana lah tahu kalau ada terselit bukunya di situ..Tapi tak de...

Bertuah betul budak Mikhail ni. Awal tahun dah hilang buku. Cemana nak tempuh lagi 10 bulan ni tak tahulah.






Jadi pergi la kami mencari buku yang hilang tu kat kedai buku. Bukan mahal pun buku nya. Cuma harga rm4. Tapi bukan soal harga yang kami kesahkan. Ianya soal tanggungjawab. Nak mendidik anak supaya jaga barang yang dia pinjam ni bukan senang.

Kami pun tahu dia tak sengaja hilangkan buku tu. Dia sendiri tak tahu macam mana buku tu hilang. Kami tanya juga beberapa kali kalau-kalau buku tu c…

SUKA TAYANG KEMEWAHAN , INSTAFAMOUS DITAHAN KERANA MENJUAL BEG TANGAN YANG DIBUAT DARI KULIT ULAR

Zaman sekarang ni bila kita terlalu menunjuk kan kemewahan di laman sosial, mesti apa yang kita buat, kemana kita pergi akan menjadi perhatian ramai orang. Dalam ramai-ramai tu pula bukan semuanya yang sekadar memerhati malah ada juga yang mula menyiasat latar belakang dan aktiviti kita seharian.





Nasib buruk, terdedahlah segala keburukan kita. Dan mungkin jika kita pernah melanggar undang-undang pasti ianya akan menjadi bualan hangat di sosial media.

Seperti yang berlaku pada instafamous dari London ini, Stephanie Scolaro atau lebih dikenali sebagai Rich Kids Of Instagram, beliau di tahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan menjual bag tangan yang dibuat dari kulit ular



Stephanie Scolaro sangat popular di Instagram. Beliau memiliki lebih dari 100 ribu followers. Wanita ini diberi gelaran Rich Kids of Instagram kerana kerap mempamerkan kekayaannya.

Dipetik dari The Sun, Stephanie ditahan pihak berkuasa di rumahnya di Marylebone, London, selepas kegiatan nya mengimport barangan mewah bern…

BAYI 13 BULAN MAUT DI KELAR IBU KANDUNG

Tidak diketahui apa sebenarnya ada dalam fikiran seorang ibu yang berusia 36 tahun ini apabila dia ditahan polis kerana  telah mengelar leher bayi nya sendiri hingga mati.

Kejadian berlaku di Lombok Timur pada jam 4 petang waktu Indonesia tadi mengakibatkan bayi lelaki nya, Muhammad Ridwan Maulana yang berusia 13 bulan mati di tempat kejadian






kejadian tersebut turut disahkan sendiri oleh pihak polis.

"Iya benar. Kejadiannya pada hari Rabu 23 Januari 2019 sekira pukul 04.00, telah terjadi kasus pembunuhan seorang anak balita berumur 13 bulan atas nama Muhammad Ridwan Maulana. Alamat Dusun Tunjang Utara, Desa Paokmotong yang dilakukan oleh ibu kandung sendiri,"



Polis juga mendedahkan mangsa dibunuh dengan cara di pangku kemudian lehernya dikelar menggunakan sebilah parang. Selepas melakukan perbuatan kejam tersebut , suspek kemudian nya meletak kan anaknya diatas lantai di bilik bahagian tengah dan suspek terus menuju kerumah kakak nya , Johariah yang berada bersebelahan deng…

PAK CHAA CHAR KUE TIAW : SATEY AYAM YANG PATUT KORANG CUBA

Hi..

Hari ahad lepas rasa macam nak makan Char Kue Tiaw pulak. Memandangkan Mikhail pun jemu dah makan nasik jadi lepas fikir punya fikir kami pilih untuk makan di Pak Chaa Char Kue Tiaw je. Dah lama kami tak makan kat sini sebab selalunya anAk-anak nak makan makanan Thai.







Kedai ni terletak di Simpang Ampat. Bersebelah dengan jalan besar menuju ke Batu Kawan. Dekat dengan masjid Al-Ihsaniah .Kalau dah sampai dekat Traffic Light simpang empat tu , nampak bangunan Maybank, dah dekat sangat la tu. Dekat je dengan rumah kami


Dah sampai.... Jom makan!!! Kedai dia biasa2 je..Tak de la segan sangat kalau masuk dengan pakai tudung awning je..hahahah..

Menu utama kat kedai ni ialah Cha Kue Tiaw. Diaorang ada juga sediakan menu lain seperti Kue Tiaw kerang, Nasi goreng udang, Nasi goreng chicken chop, Chicken chop, Meatball & french fries dan Sate ayam & daging.

Lain kali nak try Chicken Chop pulak..

Untuk kali ni saya dengan ayah bebudak ni makan Char Kue Tiaw dan Mikhail pilih Satey …

DAH BERIBU HABIS UNTUK RAWAT KAKAK TAPI ALLAH BELUM IZINKAN." PENDEDAHAN KISAH KAHWIN LARI DENGAN SUAMI ORANG

Ramai rakyat Malaysia yang ambik keputusan menikah di Tahiland. Tak tahu la apa alasan mereka. Tapi ada satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Diyana Zahari tentang pengalaman keluarganya yang berdepan dengan masalah ahli keluarga nya yang berkahwin lari dengan seorang lelaki tempatan.

Lelaki tersebut dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai latar belakang yang mencurigakan. Kisah ni memang sedih sebab melibatkan perasan ibu dan ayah mereka. :-

Tengah malam macam ni best jugak nak taip buat thread kisah kakak aku yang kahwin lari dekat thailand.

Sampai sekarang kakak tak balik ke pangkuan keluarga dan dia merupakan kakak yang paling baik dalam family aku :') Dia kahwin lari dengan lelaki yang dia paling benci.


Benda ni awalnya terjadi beberapa tahun lepas. Waktu kakak aku mula bekerja di kedai hardware sebagai kerani & boleh dikatakan buat kerja all in 1 la.

Kakak aku ni lembut orangnya dan jenis suka pendam masalah. Dialah adik beradik paling lembut dan baik gila.

B…

GAMBAR 60 ARTIS MALAYSIA SAHUT CABARAN #10YEARSCHALLENGE

Media sosial meriah dengan perkongsian ramai netizen yang berkongsi gambar peribada 10 tahun lepas dalam cabaran  #10yearschallenge . Rata-rata berkongsi gambar peribadi di facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #10yearschallenge.





Golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar mereka 1o tahun lalu untuk tatapa peminat.
Jom kita tengok 60 artis Malaysia yang memeriahkan #10yearschallenge.
1; Hael Husaini

 2: Khai Bahar


3: Waris


4:Syamel

5:Baby Shima


6: Didie Alias
7: Abam 
8:Ali Puteh
9: Raja Iliya
10: Azhar Sulaiman
11: Hisyam hamid
12: Alvin Chong
13: Amalina