Monday, 17 December 2018

SERAM : PENGALAMAN DIGANGGU PENANGGAL

hi semua..

Dah lama tak share kisah seram. Kali ni saya nak kongsikan kisah pasal penanggal. Kisah dikongsikan oleh saudara Jaja Rasid di tempat dimana dia sedang belajar. Tak dinyatakan di mana tapi kalau siapa yang tahu mesti boleh agak dimana sebab Jaja ada kongsikan beberapa hint untuk korang yang bijak meneka.




Thread bermula...
*buka tingkap sikit kasi sejuk malam masuk*

PENANGGAL PART 1

Sixth sense ni antara sense yang special tak semua orang ada dan boleh jadi sebab keturunan ataupun anugerah sejak kecil. Sesetengah masyrakat kita selalu fikir, orang yang ada sixth sense ni 'sakit' ataupun ada 'mental illness'.

Aku tak setuju dgn persepsi masyarakat yg menghukum org macamni seolah-olah menghamba dirikan pada tahyul. Khurafat kan diri dan tiada pegangan agama. Paling sedih, dituduh sebagai ahli sihir yang setuju untuk memutarbelitkan agama. Jauh sama sekali tidak.

Ada beza antara pengamal dan mangsa. Pengamal ni mestilah arif dalam ilmu perubatan Islam dengan niat baik untuk memulihkan mangsa sebagai salah satu IKHTIAR. Semua orang tahu kan? Aku tak nak cerita pasal pengamal, sebab aku bukan pengamal tapi aku ni mangsa.

Cakap pasal mangsa ni aku yakin  dalam kalangan kita ni mangsa juga kan?
Kena kacau, kena rasuk, kena tindih, badan lebam-lebam, tak sihat memanjang, nak solat pun kena ganggu masa lepas bacaan Al-Fatihah. 'Aminnnn...' suara bergogar gogar macam ada saf kat belakang! Aku kena

Alang-alang, aku bagi nasihat. Kalau tengah solat ada rasa tak 'senang' , pergilah ambil wuduk balik dan solat dekat sudut rumah lain. Aku syorkan, dalam setiap rumah ada ruangan khas untuk kita beribadat. Yang stay kolej, pergi solat jemaah kat surau ataupun dengan member.

Haaa aku tau semua dah meronta-ronta nak tahu pasal Penanggal kan? Ok ok, aku terus story. Huh aku pun berdebar ni. Macam ada benda tengah jeling kat aku .  Femes kau jahh, ramai orang nak tahu pasal kau. Untung lerr.

Penanggal momok jenis apa?
 Penanggal = tanggal (buka).

Penanggal ni kalau bahasa budak-budak dorang cakap 'momok berusus yang suka terapung'. Kennot brain kan, kenapa penanggal duduk kat Bumi tapi boleh terapung dgn keadaan macam tu? Ishh! Teori sains pun tak dapat explain. Hehehe jangan stress ok, kita santai.

Pengalaman aku dua kali je dapat jumpa penanggal. Dua kali pun dah rasa serem yakmat. Aku jumpa penanggal ni masa aku study kat matrikulasi dulu. Ahh! Tak nak bagitau matrik mana, ada yang tak dapat terima kangg takpun call mak ayah nak stop study. Mampoihh gue.

Pada satu malam..

Pada satu malam yang agak hening serta bunyi cengkerik krik krik.
Member aku wasap, dia nak buat meeting event sebab masa tu aku emcee so kena join lah kan. Tengok jam, pukul 9 malam! Alahai malas sungguh. Memang salah timing sungguh. Aku dah rasa something akan jadi...

Dia kata nak buat meeting kat blok baru tau. Batch aku tu, batch kedua yang rasmi blok tu. Aku dah tepuk dahi. Aku dah suggest tempat lain tapi tak nak dengar cakap. Hati aku dah berdebar-debar. Blok tu dekat kawasan tasik.
*hint.

Masa otw nak pergi blok tu, aku lambat sikit. Lewat 30 minutes kot sebab aku takut hahaha!! Bilik aku tingkat 4, jalan pun lembab so lambat lah sampai.
 Matrik aku pukul 11 malam pun masih bising. Jadi ada je orang lalu lalang..  So aku pun berjalan lah sesorang ke situ..

Kaki aku berat. Aku rasa ada orang tarik jangan bagi pergi situ. Macam ada magnetic field. Hahaha! Yass,.kekadang aku rasa macam 'dijaga' senang cakap ada bodyguard alam maya.. Korang tak ada. Eleh.
Masa ni aku ikut kata hati, teruskan je pergi. Lawan perasaan takut

Aku yakin, masa aku berjalan ni tak ada sesiapa pun join aku. Siapa nak pergi blok tu memalam? Member aku semua dah ada kat tempat meeting.
Malam tu nice juga langit. Siap ada bintang-bintang. Aku pun tengok lah kat atap..

Yelah, nak tengok langit. Dongak kan kepala kat atas kan. Masa ni aku tak masuk lagi dalam blok tempat meeting, ni kat luar lagi.
Aku nampak cahaya yang terang ala-ala fireworks. Merepek apa ada fireworks kan? Aku pun ish.. Aku stop lah kan. Jakun. Nak make sure mende apa

Kalau korang nak tahu, 'fireworks' ni melantun lantun tau. Aku dah kaget. Siapa pula ni. Ada yang nak bunuh diri ke. Tinggi bona ekau panjat!
Aku perhatikan je. Aku yakin aku nampak PENANGGAL! MERAH MUBARA SEMANGAT WAJA WARNANYA ATE MENGIGIL LE TEMAN NI

Size dia? Agak kecik. Memang nampak lah mengerbang sikit rambut kusut masai. Macam berjuntai ke bawah. Aku syak itulah usus terapung. Eh korang tau tak? Kalau badan kita kena 'darah' penanggal, badan korang yang feloles akan melecur. Macam acid! pH berapa aku taktahu

Then, time ni juga aku kena sergah dengan benda lain. Padiaaa laaa depa ni nak keluaq soqhang-soqhang.
Kan aku bagitau tadi, aku pergi alone?
Ni bukan hantu, dia macam jelmaan perempuan bertudung litup. Dia usik bahu aku dari belakang, aku guna ekor mata je ni pandang dia.

Dia pesan..Suara tu tak husky pun, suara mak-mak gitu. Lembut dan perlahan, cukup untuk aku sorang  dengar dengan jelas.

Dia cakap Bahasa Malaysia.

'Maju langkah kalau nampak'

Berderau darah aku memula sebab stuck in between, nak buat-buat pengsan ke apa ni .

Aku balas simple. No kbkk explanations.

' Baiklah'

Hello uols, lidah korang tak kan mampu recite surah dalam keadaan macam ni.
Aku baca bismillah sambil  tengok penanggal tu melantun, terhuyun-hayang. Lapar agaknya. Macam kita lah juga memalam asyik lapar je.

Aku pun berjalan macam biasa, masuk dalam blok tu jumpa member aku, ajak semualah. Berdebar aku hanya Tuhan yang tahu masa ni.  Meeting punya meeting, aku ingat tak ada benda dah. Line clearrr dah. Tetiba aku rasa ada benda lain nak jadi. Alahaiii merecik peluh

Aku nak warning juga ni. Bila memalam korang dalam bangunan baru. Mostly 'keras' tau. Jadi jangan overexcited, gelak kuat-kuat ataupun jangan celupar. Babap kangg!
Nak jadi kan situasi, ada member aku ni suka bergurau tak kena tempat.

Tengah bergurau tu, gelak dorang tuh memang happening lah. Masa ni aku tak bagitau dorang pun aku jumpa penanggal.
Aku suruh la dorang stop gelak, bahaya! Nanti benda buruk jadi. Hmm tak nak ikut.... Pastu kerusi kat satu sudut bergerak.  Kret..kret...Kuat okay! Hahahahaha

Menggelabah semuaorang. Aku pun nak bangun masa ni, nak keluar!! Aku penat tau. Lepastu kan salah sorang member kitaorg ni kena rasuk. Dia menghadap cermin. Orang semua nak berlari, dia mencangkung lat situ. Tetiba menangis. Time ni aku tak tahu punca apa. Aku tak ada ilmu

Dalam bilik tu dah tak terkawal, member lelaki aku azan 4 penjuru sebab member perempuan aku kata 'kat mana nak keluar weiii'

Aku nampak je, jalan keluar tapi aku tak boleh tolong. Member aku call, ustaz (felo) so ustaz naik. Nasib ada line telefon ok tak macam dalam drama tu

Yang melawak orang lain, yang kena orang lain. Ikut nasib! Pastu kan membe yg kena rasuk ni demam berhari-hari.
Dia dapat pelepasan seminggu. Masa ni baru tahu punca, dia nampak penanggal kat tingkap bilik meeting kitaorang 😂
Kena rasuk sebab tokojottt lepas disergah

Itulah kisah penanggal part 1 daripada aku. Rupa bentuk lebih kurang dalam google (cek sendiri! Eheheh)

Penanggal ni ada orang kata mitos, kononnya nak takutkan budak tak merayau waktu malam   tapi kenapa aku nampak? Bukan mitos tapi benar-benar wujud.

PENANGGAL PART 2

Alkisah Penanggal part kedua ni, pengalaman di matrik juga tapi plot twist sikit daripada tadi.
Kali ni, aku terserempak bukan kat atas atap, tapi aku nampak dia bertenggek.
Tak melantun. Penat agaknya. Haahahah kasi can rehat

Masa aku matrik dulu, aku tak balik rumah sangat. Jadi kalau cuti sehari dua, buang masa aku balik. Tiket bas lagi. Kali ni jadi masa nak dekat PSPM. Member aku dah ponteng dah time ni, memasing nak balik rumah  minta restu sebelum exam. Aku stay sesorg dalam bilik je

Actually, aku ni lone ranger masa sem 1 & sem 2 . Aku matrik program dua tahun, total 4 sem.
So untuk sem 1 & sem 2 aku sangat lifeless. Tak rapat dengan budak praktikum, tak rapat dengan roomate. Aku tak dapat adapt lagi. That is why aku selalu seseorang.

Dapat pula bilik tingkat 4, hujung dekat dengan pokok mangga. *hint.
Pokok mangga ada bunian jaga pula tu, betul-betul depan bilik aku.
Sampai sekarang, aku tidur tingkap buka. Syok ooo angin malem.

Nak jadikan kisah, aras aku tak ada orang sangat. 4-5 ketul manusia je ada.

Macam biasa, tingkap buka.
 Tingkap aku jarang tutup kecuali hujan, so memalam je mestilah bau mangga tu kuat kan?
Dalam pukul 1-2 pagi macamtu aku masih tak boleh lelap. Tiba-tiba lah aku bau hancing

Aku ingat aku memang 'dah lelap' tapi aku tak sedar. Macam dalam dua alam.  Pernah tahu tak? Kekadang time tidur aku confuse, aku kat mana???? Pelik tapi benar.
Masa tu memang aku yakin yang aku belum lelap. Bau hancing kuat tau. Aku bangun lah. Switch on lampu

Aku ingat kucing ke kencing depan bilik, ada manusia tak sempat ke tandas lalu terkucil. Aku ni suka nak make sure benda yang tak pasti. Lampu dah on, aku buka pintu. Eh tak ada pula kan air kencing. Tutup pintu. Aku pergilah meja study. Meja study aku menghadap tingkap.

Aku tak tahu lah kenapa kat kawasan pokok mangga bau hancing?? Bau hancing vs bau masam mangga. I kennot brain, what happened dude!
Lepastu aku punyalah berani, aku hala kepala aku keluar. Btw, tingkap matrik tu tak ada jeriji pun.

Aitttt! Toleh kiri kanan, tak ada apa-apa. Kalau korang nak tahu, aku bukan jenis 'nampak' setiap masa. Kali ni bau. Instinct aku kuat masa ni, aku yakin benda tu ada kat pokok mangga. Hahaahahahah! Tapi aku tak 'nampak'. Aku dah takut masa ni, meremang bulu romasss

Aku pun ajak menyembang.

'Patik sesorang ni, kenapa tuan hamba? Janganlah kacau.  Cakap pasal bahasa, dengan hantu aku gunakan bahasa ala ala istana ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Benda tu tak menyahut. Senyap je.

Then, aku rasa pokok mangga bergoyang.  Pastu dah tak ada. Ingat kan tupai ke, musang ke kan husnuzon kahkahkah padahal badan aku sejuk dah.
Aku pun macam alah tak apalah, perasaan sendiri kot ni.. Aku duduk je kat meja study tu.. Tiba-tiba..

Aku nampak ada penanggal tengah bertenggek?
Penanggal tak ada badan tau. Tapi dia kat
'kat celah-celah dahan'. Ya auloh jaaaahh kau nak main hide and seek agak-agak lah! Hahahhha

Aku rasa, nak nangis dah sebab aku sesorang kottt kalau terbang kat kau maca mana? Aku dah tawakkal. Ya Allah, tolonglah aku.
Allah tolong. Benda tu ghaib terus daripada pandangan. Kalini, tak ada api. Aku rasa kuasa dia dah habis ahhahahahah

Aku rasa penat sangat bila nampak benda-benda ni. Malam tu aku tidur tutup tingkap, on lampu. Masa ni aku mimpi pasal keturunan aku. Ada benda yang aku tak dapat cerita in details pasal mimpi ni. Cuma dalam mimpi tu, aku mimpi..

Aku dalam istana. Bahasa apa aku tak faham? Cuma dalam mimpi tu firasat aku pasal penanggal (kat pokok mangga) adalah wanita dalam mimpi aku. Macam orang dulu-dulu. Istana emas. Dia senyum kat aku lepastu dia nak bagi 'gelang'

Aku tak ambil gelang tu. Aku geleng lah sebab aku was-was. Sebenarnya, bila aku ambil gelang atau ambil barang dalam mimpi, bermaksud aku dah setuju untuk 'buat perjanjian'.
Sama ada penanggal itu utusan? Orang tengah? Aku tak pasti. Aku rujuk dengan saudara aku.

Saudara aku memang  'pengamal'. Aku tanya dia kenapa aku mimpi pelik-pelik. Aku curious.
Saudara aku kata,
'Kalau kau ambil gelang, 7  keturunan kau akan kaya raya. Kalau tak ambil, miskin dan tidak berkuasa'

Saudara aku ambil gelang tu. Dia sangat kaya raya ok!

Jadi, penanggal malam tu memang orang istana dalam mimpi aku tu.
Aku tak decribe pun dekat saudara aku pasal 'rupa' perempuan tu. Tapi dia tahu.
Maka aku tak terima dan tak buat perjanjian untuk kekayaan keturunan aku. Rugi ke tak rugi?

Gangguan yg korang dapat, boleh jadi 'orang lama daripada beribu tahun dulu' yg datang untuk jumpa keturunan korang yg sekarang ni. Pelbagai cara benda tu akan buat untuk   membinasakan korang bila perjanjian terlanggar. Aku nasihat, jangan taksub.

Lagi satu, aku nak nasihat pada kawan perempuan aku ni. Dalam mimpi, jangan sesekali terima apa-apa.
Beras ke, gelang ke atau apa-apa pertukaran. Apa-apa pun cek balik keturunan korang, sebab perempuan berkuasa di alam sana. Jadi, anak perempuan 'selalu' kena attack.

Sumber: Twitter.com//_JajaRasid

4 comments:

  1. walaupun tkt ttp ku baca jgk... baca yg last tu mcm best je klu terima glg tu jd kaya raya keturunan kita... tp tkt di sebalik kaya raya tu ada benda lain yg menumpang huhuhuhuhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)