Skip to main content

BELI DONUT SEDAP LEMBUT DAN GEBU UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA

Halu Puliss!

Ni ada orang baru nak update blog. Tolong Tangkap..

seronok  bebudak ni bila sesekali berkumpul . 


Amboih.. bukan main lama tak update blog.Seminggu bercuti sebab anak-anak pun dalam mood cuti sekolah. Jadi bawak la anak-anak balik ke kampung. Seronok la diaorang dapat jumpa sepupu-sepupu yang memang dah berjanji nak bercuti kat kampung.

Pening la kepala opah nya bila ank cucu ramai kat rumah.




Masa balik kampung hari tu saya tak berapa sihat sebab batuk dan tekak ni rasa perit,. Selalunya bila balik kampung ada je buah tangan saya masak sendiri untuk anak-anak saudara. Tapi kali ni tak berdaya dah badan so saya order je buah tangan untuk diaorang.

Kali ni saya bawak balik donut. Donut ala-ala Big Epal kata bebudak.. Hahah..



Donut ni saya order dari Nurul Atin. Dia ni mak kepada kawan sekelas Mikhail masa kat Tadika. Jadi malas la saya nak cari seller lain. Donut dari Atin ni pun ramai penggemarnya. So saya memang percaya Donut dia memang sedap dan lembut walaupun saya tak pernah order pun sebelum ni.

Ni la donut yang saya order. Dua kotak Donut campuran. Sekotak tu harganya cuma rm10 je.Murah ..kan??

Tengok la topping nya tu bukan main banyak dan ada macam-macam rasa. Sekali letajk je dah licin donut tu.



Saya pun tak perasan topping apa yang ada tapi ada kacang, kuaci, oreo , coklat dan macam-macam lagi. Patut lah ramai yang order sebab memang lembut dan gebu.

Kalau korang nak order baiklah order lebih dari sekotak sebab kalau order sekotak je memang tak cukup. Berebut-rebut nanti. Sebab topping dia campur-campur tu yang rasa macam nak makan semuanya,.


Tapi kalau korang tak suka topping campur-campur macam ni korang boleh request nak topping yang korang suka je.




Sesuai sangat kalau nak hidang untuk jamuan ringan atau ada party kat rumah. Anak-anak kata nanti balik kampung kita bawak balik donut lagi . Ha..kena order lagi la nampaknya nanti..

Kalau korang nak order boleh klik sini :

Facebook: Nurul Atin

whatsap: http://www.wasap.my/+60175051390

(Untuk Kawasan sekitar simpang Ampat Pulau Pinang dan yang berhampiran sahaja)


sekian..

Comments

  1. Seronok betuk diorang nak2 dapat donut yg ada pelbagai toping

    ReplyDelete
  2. Budak budak kalau donut macam ni memang dorang suka sangat.

    ReplyDelete
  3. donut bukan budak je suka. kita yang dewass pun suka. hihi. cumanya kalau yang ada topping macam ni, memang happylah budak-budak kan

    ReplyDelete
  4. Anak2 buah saya pun dah start berkumpul tu, tp kali ni bukan kat kampung tp kat rumah ciklong dia. Tak sabar nak join sekakiii, nenek dgn atok pun dah smpai tuuu. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Donut mcm ni mmg sedap..yg selalu beli ank buah dgn ibu dia lah sbb mmg minat

    ReplyDelete
  6. Lapar pulak bila I baca entry ini, i memang suka donut. Murah lah, 9 biji baru RM10 berbaloi sangat.

    ReplyDelete
  7. Wow.. Terus teringat kat big apple. Tapi big apple takleh makan selalu. Manissss..

    ReplyDelete
  8. Tengok ohn tahu sedap. Nasib lah saya tengah eatclean kalau tak dah lama cari donut jugak

    ReplyDelete
  9. sedapnya... skrg dh ramai yg blh bt donat sedap lembut isi gebus mcm kt big apple tu n harga sgt berpatutan...
    bdk2 mana ada yg tak suka donat kan

    ReplyDelete
  10. Yes, nampak sedap dan lembut dan wajah pun da ala-ala big epal punya donut jugak hehe.

    ReplyDelete
  11. Zira pun suka makan donut. Kalau yang lembut lagi sedap kan

    ReplyDelete
  12. Alaaaa baru terasa nak order tapi tengok2 jauh pulak. adoi .. terliur tengok.. murah lak tu.. rm10 je?

    ReplyDelete
  13. Perkongsian makanan selalu boleh rapatkan hubungan antara satu sama lain. Mesti sedap donut ni.
    Just Unique

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …