Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

GADIS DEDAH PENGALAMAN DI TIPU PENGASAS PRODUK KECANTIKAN KETIKA BEKERJA DI MOOD REPUBLIK

Dah banyak kita dengar tentang pengasas produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata sampai tahap menganiaya orang lain. Kalau sebelum ni cerita pasal produk timbang kilo yang dikeluarkan oleh pengasas-pengasas produk menjadi perhatian tapi kali ni lain pula apabila seorang gadis mendedahkan dia dan beberapa rakan nya di tipu oleh seorang pengasas produk kecantikan berkaitan bayaran ketika bekerja di Mood Republik.





Dalam tweet nya gadis tersebut meluahkan rasa kecewa apabila pengasas produk tersebut bukan sahaja tidak membayar seperti yang dijanjikan malah ,mereka juga di kerah bekerja 14 jam tanpa henti dan tidak dibenarkan duduk.

Jika mereka ingkar mereka akan dimarah dan ada juga yang dipukul.

Berikut pendedahan gadis tersebut yang hanya dikenali sebagai Tjasyaa:




Aku kerja under satu produk local jual foundation dekat mood republik. Start kerja hari khamis, masa tu dia kira gaji. Dia cakap sehari rm70. First time dengar mmg down tp dia cakap dia sediakan hotel. So yeah oka…

HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS SAMBUTAN KRISMAS

Hi semua..


HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS SAMBUTAN KRISMAS
Bila dah dekat2 Krismas ni teringat kes masa zaman muda-mudi dengan blog ni. Ada sorang blogger adik2 yang punya beribu follower dia letak gambar kat post dia untuk meraikan rakan-rakan kristian dia. Salah satu gambar yang dia post ada satu ucapan yang seolah-olah berdoa kepada santa.. Saya pun tak berapa ingat cemana ucapan nya.. tapi masa tu ramai la pengikut blogger tu yang hentam saya sebab saya pertikaikan benda tu.



Tak salah pun kalau kita nak beri ucapan untuk mengembirakan rakan kita demi menjaga keamanan dunia. Tapi berhati-hati dengan tindakan kita,  apa yang kita tulis dan apa yang kita perkatakan.

Ini sedikit petikan yang saya copy dari laman web rasmi  Mufti Wilayah Persekuatuan , Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri .

Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas

Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, seba…

BELI YAKULT DAPAT KALENDER BERMAGNET PERCUMA

Hari Yakult Lady datang hantar Yakult macam biasa,  Setiap hari isnin dia akan datang hantar Yakult ke rumah. Saya memang ambil perkhidmtan Yakult Lady ni sejak beberapa tahun lalu.Saya pun dah tak  ingat.

Setiap kali ada perayaan mesti Yakult tak lupa menghargai setiap pengguna setia nya. Tu yang best tu. Kalau hari raya atau Tahun baru Cina , Yakult akan bagi angpau atau sampul duit raya yang comel-comel.





Kalau tahun baru, Yakult akan bagi kalender . Hari ni dapat kalender 2019.

Istimewanya kalendar dari yaklut ni ialah dia ada magnet. So kita boleh la letak kat cermin, kat peti sejuk atau pun white board.


Design kalender ni sama je macam kalender lain. Tapi kecil dan mudah nak letak kat mana sebab saiz dia tu yang tak makan banyak ruang.

Bila dah habis guna kalender ni korang boleh guna magnet tu untuk buat benda lain. Tampal gambar comel2 kat magnet tu dan boleh jadikan Fridge magnet.






Kalau potong kecil2 magnet tu boleh dapat 9-10 fm tau..hahah..Tapi kena kreatif la.
Kalau sendu …

SERAM : PENGALAMAN DIGANGGU PENANGGAL

hi semua..

Dah lama tak share kisah seram. Kali ni saya nak kongsikan kisah pasal penanggal. Kisah dikongsikan oleh saudara Jaja Rasid di tempat dimana dia sedang belajar. Tak dinyatakan di mana tapi kalau siapa yang tahu mesti boleh agak dimana sebab Jaja ada kongsikan beberapa hint untuk korang yang bijak meneka.




Thread bermula...
*buka tingkap sikit kasi sejuk malam masuk*

PENANGGAL PART 1

Sixth sense ni antara sense yang special tak semua orang ada dan boleh jadi sebab keturunan ataupun anugerah sejak kecil. Sesetengah masyrakat kita selalu fikir, orang yang ada sixth sense ni 'sakit' ataupun ada 'mental illness'.

Aku tak setuju dgn persepsi masyarakat yg menghukum org macamni seolah-olah menghamba dirikan pada tahyul. Khurafat kan diri dan tiada pegangan agama. Paling sedih, dituduh sebagai ahli sihir yang setuju untuk memutarbelitkan agama. Jauh sama sekali tidak.

Ada beza antara pengamal dan mangsa. Pengamal ni mestilah arif dalam ilmu perubatan Islam dengan nia…

DEKORASI DAPUR DENGAN HANYA BERMODALKAN RM100

Hi..


Saya suka baca tips-tips dekorasi . kalau ada yang sesuai boleh la cuba. Macam-macam idea yang dikongsikan. Dalam tak sedar membantu kita untuk berjimat juga sebab tips dekorasi yang dikongsikan kebanyakan nya hanya mengeluarkan belanja yang murah dan tidak membebankan.






Cuma dalam bab dekorasi ni korang perlu gunakan bahan yang berkualiti dan kalau korang memang jenis suka susun atur rumah korang sebulan sekali atau 2 bulan sekali tak kisah nak guna barang dan bahan yang kualiti rendah.
Kalau untuk jangka masa panjang baik gunakan bahan yang berkualiti.
Hari ni saya nak kongsikan tips dekorasi dan makeover dapur yang dikongsikan oleh Saudara Nur Diyana . Tips ni dikongsikan di laman twitter oleh Tojimato. 



SEBELUM


SELEPAS
“Saya makeover sorang jer dapur saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan, tak mampu nak beli barang mahal. Pada saya, kemas dan bersih dah cukup” 


"Table top saya balut dengan wallpaper PVC Kaison. Bukan plain tau, ada corak tim…

KASUT SEKOLAH YANG BAGUS DAN TAHAN LAMA TAK PAYAH BELI 3,4 KALI

Hi..

Dah siap ke persiapan untuk anak-anak masuk sekolah tahun 2019 nanti? Saya ada dua orang anak. Yang si kakak tu tak banyak barang nak beli sebab semuanya dia dah ada. Cuma belikan baju sekolah sehelai dan kasut sekolah.Yang lain masih boleh di pakai.



Cuma adiknya saja yang beli banyak barang sebab nak masuk darjah 1. Tak la banyak sangat pun. Uniform 2 helai, beg sekolah, dan kasut sahaja. Alat tulis pun tak payah beli sebab memang ada banyak kat rumah ni.

Kebanyakan alat tulis , si kakak dan adik dapat masa aktiviti dan program kat sekolah dan tadika diaorang dulu.Memang simpan untuk kegunaan bila perlu. Jadi tak payah beli dah.

Baru-baru ni saya baca di facebook ramai yang merungut dengan harga kasut sekolah yang sangat mahal. kebanyakan nya berharga rm30 ke atas untuk sepasang kasut sekolah.




Saya ni pun bukan lah orang senang. Tapi bagi saya sejak dulu lagi macam tu lah harga kasut sekolah. Tak de beza pun. Lain la kalau korang memang nak kasut yang memang dari jenama mahal-…

BELI DONUT SEDAP LEMBUT DAN GEBU UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA

Halu Puliss!

Ni ada orang baru nak update blog. Tolong Tangkap..

seronok  bebudak ni bila sesekali berkumpul . 

Amboih.. bukan main lama tak update blog.Seminggu bercuti sebab anak-anak pun dalam mood cuti sekolah. Jadi bawak la anak-anak balik ke kampung. Seronok la diaorang dapat jumpa sepupu-sepupu yang memang dah berjanji nak bercuti kat kampung.

Pening la kepala opah nya bila ank cucu ramai kat rumah.




Masa balik kampung hari tu saya tak berapa sihat sebab batuk dan tekak ni rasa perit,. Selalunya bila balik kampung ada je buah tangan saya masak sendiri untuk anak-anak saudara. Tapi kali ni tak berdaya dah badan so saya order je buah tangan untuk diaorang.

Kali ni saya bawak balik donut. Donut ala-ala Big Epal kata bebudak.. Hahah..



Donut ni saya order dari Nurul Atin. Dia ni mak kepada kawan sekelas Mikhail masa kat Tadika. Jadi malas la saya nak cari seller lain. Donut dari Atin ni pun ramai penggemarnya. So saya memang percaya Donut dia memang sedap dan lembut walaupun saya ta…