SAHABAT TAMPIL DEDAH SIKAP SEBENAR EDI REJANG, LELAKI YANG DIKATAKAN MENGHINA PROMOTER CARLSBERG

Hi..



Baru-baru ni tersebar satu video seorang lelaki yang memarahi seorang promoter Carlsberg kerana menawarkan sample minuman keras di bahagian non halal di Pasar Besar Giant. Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman ramai apabila  tindakan nya itu dianggap sebagai memalukan dan "mencari pasal"



Video yang dimuat naik ke sosial media dengan menggunakan akaun bernama Edi Rejang menjadi tular dalam masa 1 hari sahaja. Dia dianggap racist dan sengaja mencetuskan huru hara. Kata-katanya terhadap gadis promoter tersebut juga agak kasar dan tidak sopan.

Selepas mendapat berbagai kecaman dari video yang mengundang kemarahan orang ramai itu Edi Rejang dikatakan telah dibuang kerja akibat tindakan melulunya itu. Seorang sahabat yang tinggal di kawasan flat dimana Edi Rejang tinggal mendedahkan juga sikap sebenar Edi Rejang.




Dipetik dari laman twitter milik @fiqsunny

"Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan. Cuba tak masuk campur. 
Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak.

Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.

Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.

Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta.

Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.

Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia.

Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.

Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi.

Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain.

Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini."





Melalui komen balas ramai yang menggesa Edi Rejang agar membuat permohonan maaf agar dapat menjernihkan suasana dan mungkin dengan cara tersebut orang ramai dapat memaafkan dan melupakan tindakan nya itu.

Amat penting bagi kita agar berhati-hati dalam memuat naik status atau video di sosial media. Tidak semua pendapat kita perlu di hebahkan dan dirasakan betul. Lagi-lagi apabila kita tinggal di negara yang mempunyai berbilang bangsa kaum dan agama seharusnya kita semua saling bertolak ansur dan memahami cara hidup orang lain.

Semoga Edi Rejang dan kita semua menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dimasa hadapan agar sentiasa berhati-hati.





SAHABAT TAMPIL DEDAH SIKAP SEBENAR EDI REJANG, LELAKI YANG DIKATAKAN MENGHINA PROMOTER CARLSBERG SAHABAT TAMPIL DEDAH SIKAP SEBENAR EDI REJANG, LELAKI YANG DIKATAKAN MENGHINA PROMOTER CARLSBERG Reviewed by Diana Rashid on 01:00:00 Rating: 5

6 comments:

  1. Jenis ini tak akan mengaku salah atau minta maaf...nak panggil manusia jenis apa tak tahulah....

    ReplyDelete
  2. aduhai, sbb tu lah kita ni kene berpada2 kalau nk up apa2 di social media kan

    ReplyDelete
  3. bak kata pepatah dah terhantuk baru terngadah.

    ReplyDelete
  4. Eloknya perangai kata org anak babi, ppuan keturunan babi. Sbb generally org cina mkn dgg babi ke? Pastinya si Edi mkn dgg lembu. Biasa org sebut bodoh mcm lembu..tu pasal dia punya perangai dan komen tak brp cerdik kot? Nangis pn tak guna dah la ni..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.