RESEPI CUCUR TAUHU: MENU DIET YANG SIHAT DAN MUDAH

Hi..

cucur tauhu


Semalam saya puasa ganti. merangkap nak turungkan berat badan jugak. Berat dah nak dekat 70kg dah ni. Risau pulak sebab dah rasa termengah-mengah bila naik tangga dan rasa sakit tumit bila berjalan. Jadi buka puasa semalam saya buat la Cucur Tauhu.



Sebelum melarat jadi penyakit lain baik lah saya usahakan untuk turunkan berat badan ni. Kebetulan puasa pun belum habis ganti jadi molek sangat lah saya sekalikan je kedua-dua misi saya ni . Cucur tauhu yang saya buat ni boleh dikatakan sebagai menu sihat sebab saya tak gunakan tepung.

Biasanya mereka yang amalkan diet atkins akan makan cucur tauhu sebagai salah satu menu diet mereka. Saya tak buat atkins sebab badan dah tak berapa mampu. Sekarang ni saya cuma kawal jumlah pengambilan makanan je.

Kalau sebelum ni makan nasik 3 kali sehari,  saya kurangkan kepada tak ambik langsung..hahah.. Yang ada tepung pun saya kurang kan. Sebab tu saya buat cucur tauhu je sebab cucur tauhu ni tak guna tepung.  

Cucur tauhu ni memang sedap sebab kita campur bahan-bahan yang biasa kita gunakan untuk buat cucur udang.

Jom tengok resepi dan cara membuat nya.

Hidangan untuk 2 orang.

Bahan-Bahan:

2 keping tauhu putih\
1 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji cili padi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
segenggam udang
sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara Mmebuatnya:

Hancurkan tauhu guna tangan atau garfu je.
Kemudian masuk kan telur, bawang , cili, daun sup, daun bawang, udang dan garam.

Panas kan minyak.

Bentuk2 kan tahu jadi bulat.

Bila minyak dah panas, goreng tauhu hingga keperang-perangan.



Kalau korang ada alahan dengan makanan laut korang boleh gantikan udang dengan ayam yang dah dicincang atau pun daging.

Selamat mencuba.
RESEPI CUCUR TAUHU: MENU DIET YANG SIHAT DAN MUDAH RESEPI CUCUR TAUHU: MENU DIET YANG SIHAT DAN MUDAH Reviewed by Diana Rashid on 12:11:00 Rating: 5

7 comments:

  1. sedapnya... kt cafe opis ni pun ada bt cucur tahu tp tahu nya dia hancurkan... mmg layan betul, lembut je

    ReplyDelete
  2. Betul, Kalau nak diet ni kena makan makanan berkhasiat tapi jangan tak makan langsung. Ni Kalau mkn time ptg mesti sedap

    ReplyDelete
  3. Boleh try lah buat ni kalau adik beradik lain balik sbb tauhu zaza xberapa mkn

    ReplyDelete
  4. ohh...ada telur patut boleh melekat...hehehe...thanks kak share...nak buat jugak laa...kadang bosan makan cekodok tepung..hihihi

    ReplyDelete
  5. bolehla cuba juga.. memang tengah nak berdiet.. kadang-kadang tak ada idea nak masak apa.

    ReplyDelete
  6. Oh ini memang sedap, i pernah buat kat rumah and one more thing the sambal mesti pedas baru best.

    ReplyDelete
  7. Ok yg ni boleh cuba buat coz cara penyediaannya tak rumit.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.