PESANAN UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA BERITA ARTIS TAPI FOLLOW, BACA DAN SIAP SHARE.

Hi korang..



Tadi ada tengok live facebook kumpulan Fortenn dan Izue Islam di konti Suria FM. Nak cerita sikit pasal komen2 dari penonton live tersebut..

Korang yang baca berita hiburan ni, berita pasal artis keluar dari group band diaorang. artis bercinta lepas tu putus, artis layan peminat cam sampah..dan macam-macam lagi..

Korang mungkin rasa berita macam tu tak penting...

Kadang aku baca jugak komen cam ni.. " penting ke untuk kitaorang.."

"perlu ke aku menggelabah.."



Tapi bagi artis tu, benda2 macam tu berkait rapat dengan periuk nasi diaorang. Kena la faham kerjaya diaorang tu memang macam tu. BENDA TU PENTING BAGI DIAORANG .

Wartawan memang kena  keluarkan cerita pasal diaorang ni. Siapa nak tengok drama , filem atau nak dengar lagu penyanyi atau artis yang orang tak kenal, yang setahun sekali keluar suratkabar??

Sedikit cerita  buruk dan baik pasal diaorang akan bagi kesan pada periuk nasi diaorang. Dari situ orang boleh nilai mereka ni baik ke tidak. Elok ke artis ni untuk golongan muda follow..

Korang kerja pun mesti nak bos dan kawan sekerja tahu cerita baik-baik pasal korang..kan?? Bos dan kawan sekerja pun mesti nak tahu korang punya personal life korang macam macam mana. Korang ingat cerita baik dan buruk pasal korang tak bagi kesan pada kerjaya korang ke??

Sama la dengan artis-artis ni.. Bezanya kau bukan artis..Kau keluar tv pun tidak. Paling kuat upload video sendiri kat IG dengan harapan jadi viral.

So pesan aku, bila baca berita2 pasal artis ni jangan la komen macam tak berapa cerdik. Memalukan tau. Kalau tak suka, nampak je berita pasal artis terus unfollow page2 begitu..

Aku bukan nak menyokong artis-artis ni .. Cerita pasal diaorang memang tak menarik pun. Tapi kadang-kadang rasa macam malu bila baca komen yang menunjuk kan kebodohan. Kita ada pilihan untuk tak baca cerita-cerita tentang diaorang.

Korang punya kerja pun orang lain bukan berminat nak ambik tahu. Apa masalah kau kat tempat kerja pun ramai yang malas nak tahu.


Jadi letak kan diri korang kat tempat artis2 tu.. Baru korang akan  faham.

Ni tidak...kata tak suka tapi tengok dan baca jugak. Siap share lagi..

Kalau aku la, tak kuasa nak layan benda yang aku tak minat.

bye.
PESANAN UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA BERITA ARTIS TAPI FOLLOW, BACA DAN SIAP SHARE. PESANAN UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA BERITA ARTIS TAPI FOLLOW, BACA DAN SIAP SHARE. Reviewed by Diana Rashid on 19:18:00 Rating: 5

3 comments:

  1. YANG MINAT SGT DGN ARTIS MSTI SUKA BCA KISAH MRK

    ReplyDelete
  2. kadang2 je folow tu pun kalau viral. tapi kadang takleh percaya sngat kisah yang viral ni sbb kita tak tau sahih ke tidak

    ReplyDelete
  3. setuju, kadang pelik ngn komen2 netizen kt gambar artis2 yg diaorg tak suka tu mcm apa... mcm salah bsr... kadang benda tu simple pun takde apa pun tp diaorg ni mcm terlalu sgt la... pelik kadang

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.