Skip to main content

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEYBOARD AND MOUSE FOR ANDROID

Hi..


Cerita lama dan mungkin dah basi sebab dah berbulan beli android keyboard dan mouse ni ,.. Baru hari ni nak cerita kat blog. Bila tengok kawan-kawan blogger cerita pasal android keyboard yang diaorang beli terus teringat kita punya pengalaman tak cerita pun lagi kat blog. Hahhaha.. Harus la tak boleh ketinggalan..kan?




Padahal dah ambik gambar semua dulu masa baru-baru barang ni sampai..Tapi terperam je dalam phone tu. So hari ni saya nak cerita sikit tentang android keyboard dan mouse ni. Mungkin boleh jadi panduan sebelum korang beli . Sebab ada beberapa perkara tertentu yang korang kena tahu.

Kelebihan  Keyboard and Mouse For Android
Saya beli dua keyboard ni.Satu untuk saya dan satu untuk Maisara. Biasala.. Anak beranak dah jadi blogger harus la beli dua.

Harga nya tak sampai rm30 . Memang murah sebab barang ni dari China. Kalau korang nak beli dari seller tempatan kebanyakan nya harga cecah rm40. Jadi nak jimat beli la dari China. Tapi lambat sikit sampainya. Dalam masa 10 hari barang dah sampai.

Tak de la lama sangat pun. Lagipun bukan terdesak sangat nak pakai.


Beli android keybord ni disertakan dengan mouse juga. Saya beli android keyboard gambar Hello Kitty Pink dan Doraemon,. Yang Doraemon tu dapat mouse putih dan hello kitty mpuse pink. 

Korang boleh letak phone korang secara melintang atau menegak. sebab dia punya holder phone tu boleh dicabut dan di ubah ikut kesesuaian penggunaan phone korang.


Boleh letak menegak macam ni jugak..

Keyboard dia pun lembut je dan tak bising. Tak de pun bunyi 'tap..tap..tap.." bila kita menaip.  Sesuai kalau nak bawak keluar. Tak la mengganggu orang lain bila korang nak hantar email atau nak tulis blog.

Kelemahan Keyboard and Mouse For Android 
Kelemahan  Keyboard dan Mouse Android ni pulak ialah tak support semua phone.Phone anak saya tak sesuai dengan android keyboard ni. Anak saya guna Lenovo Vibe. Mungkin ada beberapa jenis phone lain yang tak support jugak.

Korang boleh tanya seller sendiri tentang ni sama ada phone korang sesuai guna keybord ni atau tak. Nanti dah beli rugi je sebab tak boleh guna.

Kemudian dia nya tak boleh copy and paste, Walaupun ada mouse tapi korang tetap kena guna jari comel korang kalau nak copy and paste.




Yang ketiga nya korang juga kena cabut cabel pada phone kalau berlaku error pada keyboard. Ada masanya bila korang tekan butang Shift , mula la keyboard jadi pening. Kejap keluar nombor, kejap keluar huruf .. Korang cabut dan pasang semula cable pada phone dan ianya boleh berfungsi semula dengan baik.

Tapi bagi saya kelemahan nya ni bukan lah masalah besar sangat pun.

Ianya tetap memudahkan kerja-kerja kita tanpa perlu membawa laptop. Terutamanya untuk draft entry, untuk balas email, update facebook atau pun streaming. Kalau nak buat live kat luar pun bagus juga sebab tak payah nak sendal phone kat botol sos.Hahahh.

Ok.. tu je..Semoga bermanfaat untuk semua.

Bye,



Comments

  1. nampak menarik dan sgt memudahkan nak taip entry blog..

    ReplyDelete
  2. ada plan nak beli tapi tp tu la takut tak support kita punya phone.

    ReplyDelete
  3. ramai yang share keybord ni. haritu rasa nak beli. tapi fikir balik, macam malas pula nak sambung-sambung, tu yang tak jadi beli. hihi

    ReplyDelete
  4. teringin nak gak beli satu bila tengok ramai blogger sharing.. tak terbeli pun lagi hahhaha

    ReplyDelete
  5. Senang ada keyboard android ni. mudah nak buat kerja menaip dengan pantas.

    ReplyDelete
  6. Beli kat mana ni, saya beli tak ada tempat cucuk mouse, sedih sangat

    ReplyDelete
  7. memang bgus ada benda ni..boleh update dekat mana-mana je..tapinya bila phone penuh baru boleh guna ni..kalau bateri phone dh habis tak boleh guna..hehee

    ReplyDelete
  8. Kita teringin nk guna yg keyboard android tu tp asik terlupa je.. Sebab senang nk guna xyh bwk laptop kan..

    ReplyDelete
  9. Sally ada jugak satu...beli kalau nak g mana-mana dalam jangka masa yg lama tapi malas nak bawak laptop...hehehe...rasanya semua phone dia support kak tp ade yg kena setting sendiri kat bhgn keybord, ade yg auto-detect...sbb kawan Sally yg guna OPPO, kena setting sendiri

    ReplyDelete
  10. De gk tgk.. bru nk cuba tp de kelemahan dia.. pe2 pon thanks info

    ReplyDelete
  11. Oh ok, thanks for the review, I thought of buying one also but looks like it's not that user friendly yet.

    ReplyDelete
  12. Comelnya case tu hehe, dulu pakai tab memang mencari jugak keyboard ni. Tapi sekarang dah tukar phone. Plan nak beli tab untuk buat kerja masa travel, boleh beli ni hehehe

    ReplyDelete
  13. TB pun dah beli tapi x sempat nak up kat blog.. best gak guna ni kan...tapi itulah.. TB punya takde mouse.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kalau jnis yang tak biasa nak menaip kat fon, sebab dah biasa guna Pc, kena la beli ni kan.
    Mcm kita dh biasa menaip kat fon, tak terpikir lagi nak beli yang ni. Risau nti ank yng nak. Kita x dapat nak guna.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…