BARU 2 MINGGU BERDIET DARI BERAT 70KG SEKARANG DAH 65KG

Hi semua..


Terima kasih Mikhail sebab ambik gamba ibu tido dengan gaya hensem..hahaha

Last blog ni berupdate pada 23 11 2018. Gara-gara tak sihat . Balik je dari jamuan tabika hari tu terus rasa lain macam. Rupanya batuk. selsema dan demam datang menyerang. Tak tahu la dapat dari siapa virus tu.

Mikhail pun tak sihat juga tapi budak-budak melasak je kerja nya. Walaupun selsema dan batuk dia tak meragam pun. Tak la saya penat sangat nak melayan nya. Agaknya dia pun faham ibu tak sihat ni.

Saya memang tak suka sakit. Lagi2 batuk dan selsema. Demam tak pe lagi, sakit kepala pun boleh tahan lagi tapi bila batuk dan selsema memang saya tak mau dan sedaya upaya nak elak kan.

Sebab tu saya suka bila saya banyak berpeluh, Tak suka kalau cuaca terlalu sejuk .. Sebab biasanya kalau sejuk ni la yang nak buat mudah jadi batuk dan selsema.

Nasib baik la saya ni lahir kat Malaysia. Hahahha..



Alhamdulilllah, ini hari ke 5 dan selsema dan tak de sejak semalam, sakit kepala pun dah hilang, demam pun dah kebag.. Cuma batuk sahaja lagi yang mengganggu saya.

Batuk memang bukan boleh hilang dalam masa yang singkat.Ada orang yang batuk sampai berbulan-bulan.

Sebab tu saya ni kalau batuk akan berpantang makan. Saya tak makan makanan berminyak dan ada kacang.Sikit minyak pun akan saya elak kan.

Gara-gara tak sihat ni jugak berat dah turun sikit.

Kalau yang tahu la, saya memang tengah berdiet. Saya diet sejak 9 11 2018 yang lepas. Masa tu awal berat saya ialah 70kg.




Dekat seminggu juga saya perasan berat tak turun banyak. setakat 1kg je dalam masa seminggu lebih. Frust jugak la. Tapi salah saya juga sebab makan banyak walaupun bersenam tiap hari, tak ambik karbo dan gula. Heheh..

Tapi sejak tak sihat , hilang selera makan dan saya tak makan benda berminyak... Walaupun tak bersenam tapi hari ni saya timbang berat saya 65kg. Alhamdulillah.

Mungkin sebab tu Allah bagi sakit sikit supaya selera makan saya ni disekat..Hahahahah..

Jadi tahu lah saya selama ni saya gemuk sebab banyak makan.. ( eceh!!tu semua orang tahu...)

Bye..




BARU 2 MINGGU BERDIET DARI BERAT 70KG SEKARANG DAH 65KG BARU 2 MINGGU BERDIET DARI BERAT 70KG SEKARANG DAH 65KG Reviewed by Diana Rashid on 14:23:00 Rating: 5

4 comments:

  1. aduhai, tp betul jgk tuh... kadang kita ni beria diet konon jln2 lah petang2 tp turunnya sikit je, tp bila tak sihat tak sampai seminggu tak lalu mkn... berat laju je turun... tak pyh nk paksa2... kadang tgk muka sndiri pun rasa kecut... bila sihat walafiat nk bg turun brt ssh betul hehehhe

    ReplyDelete
  2. MOGA CP T SEMBUH ..DEMAM SAMPAI KURUS KERING BHAYA TU

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sihat sis..

    tercabar rasa dua minggu dah turun 5kg..

    nak menurunkan berat juga ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.