Skip to main content

3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL



3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan  melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.

Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.

Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."

Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\





Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.

1- Sunscreen 

Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.

Untuk mereka yang travel, kadang2 kita tak tahu keadaaan satu-satu tempat tu.Tiba-tiba sahaja cuaca boleh berubah.

Masa ni baru kita sedar betapa pentingnya sunscreen. Sunscreeen digunakan untuk melindungi kulit kita dari terjadinya kesan berbelang hitam atau jelaga yang boleh menggaanggu penampilan kita dan boleh menjejaskan kesihatan kulit



2- Extra Bag

Biasala, bila dah berjalan-jalan ni mustahil kita nak  pulang dengan tangan kosong kecuali kita ada prinsip dan bajet yang terhad. Tapi agak rugi bila kita tak membeli beberapa barangan yang boleh menjadi kenang- kenangan.

Lagi best bila tempat yang kita pergi tu barang-barangnya lebih murah dan bila kita terlalu leka membeli sampai terlupa nak balik nanti tak de bag nak isi.

Adalah lebih baik jika kita sediakan 1 bag lebih atau extra bag untuk memudahkan kita nanti membawa pulang barang-barang yang dibeli.





3- Kit Pertolongan Cemas

Kemalangan sukar dijangka. Orang kata malang tak berbau. Sedangkan berada di dalam rumah sendiri pun kita boleh tercedera . Apatah lagi jika sedang travel.

Tak mustahil dalam perjalanan mungkin akan berlaku kemalangan dan anda tercedera. Waktu ini lah kit pertolongan cemas sangat diperlukan. Anda tak perlu membawa kit pertolongan yang besar .

Cukup dengan membawa kain balutan dan pain relieving patch.


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …