Wednesday, 28 November 2018

BARU 2 MINGGU BERDIET DARI BERAT 70KG SEKARANG DAH 65KG

Hi semua..


Terima kasih Mikhail sebab ambik gamba ibu tido dengan gaya hensem..hahaha

Last blog ni berupdate pada 23 11 2018. Gara-gara tak sihat . Balik je dari jamuan tabika hari tu terus rasa lain macam. Rupanya batuk. selsema dan demam datang menyerang. Tak tahu la dapat dari siapa virus tu.

Mikhail pun tak sihat juga tapi budak-budak melasak je kerja nya. Walaupun selsema dan batuk dia tak meragam pun. Tak la saya penat sangat nak melayan nya. Agaknya dia pun faham ibu tak sihat ni.

Saya memang tak suka sakit. Lagi2 batuk dan selsema. Demam tak pe lagi, sakit kepala pun boleh tahan lagi tapi bila batuk dan selsema memang saya tak mau dan sedaya upaya nak elak kan.

Sebab tu saya suka bila saya banyak berpeluh, Tak suka kalau cuaca terlalu sejuk .. Sebab biasanya kalau sejuk ni la yang nak buat mudah jadi batuk dan selsema.

Nasib baik la saya ni lahir kat Malaysia. Hahahha..



Alhamdulilllah, ini hari ke 5 dan selsema dan tak de sejak semalam, sakit kepala pun dah hilang, demam pun dah kebag.. Cuma batuk sahaja lagi yang mengganggu saya.

Batuk memang bukan boleh hilang dalam masa yang singkat.Ada orang yang batuk sampai berbulan-bulan.

Sebab tu saya ni kalau batuk akan berpantang makan. Saya tak makan makanan berminyak dan ada kacang.Sikit minyak pun akan saya elak kan.

Gara-gara tak sihat ni jugak berat dah turun sikit.

Kalau yang tahu la, saya memang tengah berdiet. Saya diet sejak 9 11 2018 yang lepas. Masa tu awal berat saya ialah 70kg.




Dekat seminggu juga saya perasan berat tak turun banyak. setakat 1kg je dalam masa seminggu lebih. Frust jugak la. Tapi salah saya juga sebab makan banyak walaupun bersenam tiap hari, tak ambik karbo dan gula. Heheh..

Tapi sejak tak sihat , hilang selera makan dan saya tak makan benda berminyak... Walaupun tak bersenam tapi hari ni saya timbang berat saya 65kg. Alhamdulillah.

Mungkin sebab tu Allah bagi sakit sikit supaya selera makan saya ni disekat..Hahahahah..

Jadi tahu lah saya selama ni saya gemuk sebab banyak makan.. ( eceh!!tu semua orang tahu...)

Bye..




Friday, 23 November 2018

PESANAN UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA BERITA ARTIS TAPI FOLLOW, BACA DAN SIAP SHARE.

Hi korang..



Tadi ada tengok live facebook kumpulan Fortenn dan Izue Islam di konti Suria FM. Nak cerita sikit pasal komen2 dari penonton live tersebut..

Korang yang baca berita hiburan ni, berita pasal artis keluar dari group band diaorang. artis bercinta lepas tu putus, artis layan peminat cam sampah..dan macam-macam lagi..

Korang mungkin rasa berita macam tu tak penting...

Kadang aku baca jugak komen cam ni.. " penting ke untuk kitaorang.."

"perlu ke aku menggelabah.."



Tapi bagi artis tu, benda2 macam tu berkait rapat dengan periuk nasi diaorang. Kena la faham kerjaya diaorang tu memang macam tu. BENDA TU PENTING BAGI DIAORANG .

Wartawan memang kena  keluarkan cerita pasal diaorang ni. Siapa nak tengok drama , filem atau nak dengar lagu penyanyi atau artis yang orang tak kenal, yang setahun sekali keluar suratkabar??

Sedikit cerita  buruk dan baik pasal diaorang akan bagi kesan pada periuk nasi diaorang. Dari situ orang boleh nilai mereka ni baik ke tidak. Elok ke artis ni untuk golongan muda follow..

Korang kerja pun mesti nak bos dan kawan sekerja tahu cerita baik-baik pasal korang..kan?? Bos dan kawan sekerja pun mesti nak tahu korang punya personal life korang macam macam mana. Korang ingat cerita baik dan buruk pasal korang tak bagi kesan pada kerjaya korang ke??

Sama la dengan artis-artis ni.. Bezanya kau bukan artis..Kau keluar tv pun tidak. Paling kuat upload video sendiri kat IG dengan harapan jadi viral.

So pesan aku, bila baca berita2 pasal artis ni jangan la komen macam tak berapa cerdik. Memalukan tau. Kalau tak suka, nampak je berita pasal artis terus unfollow page2 begitu..

Aku bukan nak menyokong artis-artis ni .. Cerita pasal diaorang memang tak menarik pun. Tapi kadang-kadang rasa macam malu bila baca komen yang menunjuk kan kebodohan. Kita ada pilihan untuk tak baca cerita-cerita tentang diaorang.

Korang punya kerja pun orang lain bukan berminat nak ambik tahu. Apa masalah kau kat tempat kerja pun ramai yang malas nak tahu.


Jadi letak kan diri korang kat tempat artis2 tu.. Baru korang akan  faham.

Ni tidak...kata tak suka tapi tengok dan baca jugak. Siap share lagi..

Kalau aku la, tak kuasa nak layan benda yang aku tak minat.

bye.

KEK COKLAT UNTUK JAMUAN PERPISAHAN TABIKA PERPADUAN

Hi..



Oleh sebab tahun ni tahun terakhir Mikhail di tabika perpaduan jadi saya fikir nak masak special sikit untuk majlis perpisahan nya. Fikir punya fikir maka terhasil la kek .. Hahah,,

Sebenarnya setiap kali jamuan saya buat kek.. Tak de special apa pun. Gitu lah kalau orang dah ketandusan idea nak masak, dia nampak masakan yang senang-senang je la..



Yang senang dan orang suka, apa lagi kalau bukan kek. Kalau sebelum-sebelum ni bila jamuan saya buat kek coklat lepas tu siram je ganache kat atas nya. Tapi kali ni saja la ngade-ngada buat krim juga. Padahal bukan reti pun nak menghiasa nya..

Sapu krim lepas tu lertak ganache atas nya.. kena sejuk kan dulu krim tu supaya keras sikit. Kumbang atas kek tu saja buat bagi ada warna lain walaupun nampak macam tak kena je..hahaha.. Tangan tak de seni langsung.

Lepas tu saya goreng Nugget dan sosej..



Sah-sah la saya ni pemaslas..memang cari benda mudah je..hahah..

Tai Alhamdulilllah semua habis licin. Saya buat krim tu memang tak manis sebab tahu dah benda manis-manis sangat ni orang tak nak makan, sekali rasa terus tolak tepi.Hati kita pulak nanti yang sakit.Jadi jalan paling selamat , kurang kan manis dalam kek dan krim nya.

Yang kelakarmya buat kek krim lepas tu dah siap semua baru perasan kotak dah habis. Jenuh fikir cemana nak bawak ke tabika . Nasib baik suami rela hantar naik kereta. Kalau tidak berjalan la saya dengan memegang kek macam nak pergi hantar pengantin..

Sampai je Tabika dah nampak ramai yang dah datang. Macam-macam menu diaorang bawak.Tapi tak sempat la saya nak ambik gambar.Korang bayang kan saje cukup lah ye.

Saya ni kalau dah nampak makanan memang lupa terus nak ambik gambar ke apa.. Laksa paling sedap..Saya makan sampai 2 kali.. Bihun pun sedap.. Allah..semua sedap-sedap la..

Padahal tengah diet tu.. Hehehe..



Ini lah cikgu-cikgu yang dah dua tahun bersama Mikhail. Cikgu Siti dan cikgu Revathy ..Banyak yang Mikhail belajar kat tabika ni.  Mikhail ni kalau kat rumah semua benda dia tak mau buat, tak mau belajar tak mau mengaji tak mau membaca, tak mau mengira ..

Tapi kat sekolah ya Allah, baik nya lahai.. Cikgu nya kata dia pandai itu ini, boleh itu boleh ini.



Ha..Jadi berterimakasih banyak-banyak la kat cikgu sebab buat dia nak belajar.heheh.. Ibu kat rumah ni bila dah tak sabar jadi tarzan je la yang mampu.. tapi tu la, anak-anak pandai ngelat. heheh..

Bye.





Wednesday, 21 November 2018

SAHABAT TAMPIL DEDAH SIKAP SEBENAR EDI REJANG, LELAKI YANG DIKATAKAN MENGHINA PROMOTER CARLSBERG

Hi..



Baru-baru ni tersebar satu video seorang lelaki yang memarahi seorang promoter Carlsberg kerana menawarkan sample minuman keras di bahagian non halal di Pasar Besar Giant. Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman ramai apabila  tindakan nya itu dianggap sebagai memalukan dan "mencari pasal"



Video yang dimuat naik ke sosial media dengan menggunakan akaun bernama Edi Rejang menjadi tular dalam masa 1 hari sahaja. Dia dianggap racist dan sengaja mencetuskan huru hara. Kata-katanya terhadap gadis promoter tersebut juga agak kasar dan tidak sopan.

Selepas mendapat berbagai kecaman dari video yang mengundang kemarahan orang ramai itu Edi Rejang dikatakan telah dibuang kerja akibat tindakan melulunya itu. Seorang sahabat yang tinggal di kawasan flat dimana Edi Rejang tinggal mendedahkan juga sikap sebenar Edi Rejang.




Dipetik dari laman twitter milik @fiqsunny

"Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan. Cuba tak masuk campur. 
Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak.

Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.

Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.

Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta.

Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.

Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia.

Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.

Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi.

Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain.

Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini."





Melalui komen balas ramai yang menggesa Edi Rejang agar membuat permohonan maaf agar dapat menjernihkan suasana dan mungkin dengan cara tersebut orang ramai dapat memaafkan dan melupakan tindakan nya itu.

Amat penting bagi kita agar berhati-hati dalam memuat naik status atau video di sosial media. Tidak semua pendapat kita perlu di hebahkan dan dirasakan betul. Lagi-lagi apabila kita tinggal di negara yang mempunyai berbilang bangsa kaum dan agama seharusnya kita semua saling bertolak ansur dan memahami cara hidup orang lain.

Semoga Edi Rejang dan kita semua menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dimasa hadapan agar sentiasa berhati-hati.





Monday, 19 November 2018

KOMEN DATIN ALYAH CETUS TANDA TANYA TENTANG RUMAHTANGGA DATO RAMLI MS


Selamat Hari Ulangtahun untuk TokRam.. Kabarnya yang ke 61 tahun dah.Tahniah..semoga dipanjang kan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Sempat la saya menonton Video Nabil dan Jihan yang mengucapkan Selamat Hari Jadi dengan cara yang agak kelakar. Video tersebut dikongsikan TokRam di Instagram miliknya,

Namun apa satu komen dari Datin Alyah mengenai Tok Ram membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang situasi rumahtangga Tok ram dan Datin Alyah.






Netizen mula mempertikaikan komen Datin Alyah yang dikatakan sengaja mengaibkan suaminya. Datin Alyah kemudian nya membidas komen yang mempertikaikan tindakan nya dan meminta agar tidak mencampuri urusan nya dan suaminya itu






Datin Alyah juga meluahkan perasaan sedih di IGstory nya dan menggambarkan keadaan rumahtangga nya yang seperti berpura-pura bahagia. 

Apa pun masalah yang dihadapi oleh pasangan ini diharapkan dapat diselesaikan dengan bijak dan matang. 

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh @realaraiskandar itu berkaitan menjaga aib suami. Lagipun peminat sudah sedia maklum dengan keadaan rumahtangga mereka sebelum ini. Jadi ada baiknya tidak perlulah diperbesarkan dan diperhebohkan lagi.

Tambahan pulak Tok Ram dan Datin Alyah adalah 2 nama yang dikenali ramai dan dihormati mereka yang didalam dunia seni hiburan tanahair.

BEGINI LAH NASIB PENAJA. NABIL JIHAN 3 KALI LALU DEPAN SAYA, PANDANG PUN TAK - DATO SERI VIDA

Bila habis je satu-satu majlis anugerah atau  konsert tv pasti ada cerita-cerita kurang enak yang kita dengar dari berbagai pihak.

Semalam selepas berlangsungnya konsert Akhir Gegar Vaganza musim ke 5 berbagai cerita kurang enak berkaitan penaja diluahkan di sosial media.

Dikabarkan Dato Alif Syukri selaku penaja utama konsert GV tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan oleh pihak Astro.

Dia juga dikatakan pulang lebih awal kerana kecewa dan marah.

Turut sama meluahkan rasa kesal ialah Penaja GV terdahulu iaitu Dato Seri Vida yang bukan sahaja kecewa atas apa yang menimpa Dato Alif Syukri, malah dia juga kecewa apabila pengacara Konsert GV , Nabil dan JIhan dikatakan langsung tiak menegur dan memandang kearahnya.



Terkesan dengan caption yang ditulis oleh dato Vida , Nabil melalui satu komen balas menafikan perkara tersebut dan menganggap ianya sebagai satu fitnah.



Dia juga turut meminta Dato Seri Vida melunaskan hutang yang sudah tertunggak sejak 2 tahun lalu.

Netizen mula mempertikaikan sikap kedua-dua personaliti popular ini dan menganggap kedua-duanya sangat tidak matang dan tidak profesional.




Sunday, 18 November 2018

INI YANG AKAN TERJADI PADA ANDA JIKA HANYA MAKAN MEE SEGERA SELAMA 3 MINGGU

Hi..



Korang suka makan mee segera? Mee segera memang sedap sebab ada serbuk perasa ,ada rasa pedas-pedas . Lagi-lagi kalau time sejuk-sejuk hari hujan, waktu yang paling best untuk makan mee segera,

Tapi ramai yang kata tak elok amalkan makan mee segera. Ada orang kalau makan mee segera mesti akan sakit kepala, migrain atau pun cepat muak. Saya sendiri kalau makan mee segera cuma boleh habiskan separuh saja. Tak mampu nak habiskan sebungkus.


Pernah juga terbaca pengalaman seorang gadis penggemar mee segera yang akhirnya menderita akibat cyst. Dikatakan cyst menjadi aktif kerana gadis tersebut kerap makan mee segera.

Betul ke Mee segera ni bahaya??

Berlaku di China seorang gadis yang juga pelajar kolej membuat keputusan makan mee segera selama 3 minggu berturut-turut. Ianya bagi menjimatkan wang bersempena dengan Single day yang jatuh pada setiap 11.11 .


Akibatnya Hong Jia dimasuk kan ke hospital akibat demam yang tinggi. Hong jia mengakui disebabkan itu dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan nya hanya untuk membayar kos perubatan nya di Hospital.





Saturday, 17 November 2018

HARI KONVOKESYEN MIKHAIL - TAHUN TERAKHIR MIKHAIL DI TABIKA PERPADUAN


Sorry..Gambar tak cantik sebab kena zoom je dari tempat duduk. Tak boleh ke depan ambik gambar sebab diaorang ni dah ada jurugambar sendiri. Jurugambar nya saja boleh ke depan sana..





Jadi tak banyak la gambar boleh diambil masa Mikhail kat atas sana terima anugerah. Tak pulak cikgu bagitau nak tengok gambar-gambar lain tu kat mana. Majlis ni berlangsung pada 12 Nov yang lepas.

Meriah jugak lah majlis nya sebab ianya melibatkan Tabika Perpaduan seluruh Seberang Perai Selatan.  Kalau tak salah saya ada 14 tadika atau lebih kot.

Tahun ni Mikhail dapat Anugerah pelajar terbaik. Ada 3 orang dari tadika tempat Mikhail belajar ni yang terpilih.

Awalnya Anugerah Pelajar Cemerlang ni dibuat kat Kubang Menerong. Tak de disekalikan dengan majlis konvokesyen pun. Dalam senarai yang cikgu bagi cuma Nama Mikhail je yang ada. Saya risau jugak sebab Mikhail ni kalau tak de kawan-kawan dia malu sikit. Tapi nasib baik majlis di Kubang Menerong tu di batalkan dan anugerah pelajar terbaik tu dtambah lagi 2 nama. Fuh!!dah la Kubang Menerong tu jauh tau..

Cikgu kata kena ada kat dewan sebelum jam 8:30. Tapi kami sampai 8:35.. Hahah..kalau tak lewat bukan kami la tu..Lewat 5 minit pun jadi lah.. Tapi majlis pun mula lambat.Katanya start jam 9 pagi.tapi melayu punya janji  biasa la... kan?? 9: 30 baru start.

Ada ,macam-macam persembahan dari anak-anak tabika ni.Comel-comel la..yang paling best adalah persembahan angklung ni..




 Majlis ada budak2 ni biasalah suasana nya mesti hingaq gila la. Kan??tambah pulak dengan dewan tu banyak lalat tau. Saya pindah 3 tempat duduk sebab banyak lalat. Last2 dok depan sekali. Tu pun gambaq blur lagi..


Tahniah Mikahil..Dah habis dah belajar kat Tabika Perpaduan ni. Dua-dua anak saya , saya hantar kat tabika Perpaduan je..  Satu sebab nya dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki je pergi ambik.Tapi selalunya ayah dia yang kena pi ambik.heheh.

Cara belajar diaorang pun santai je.. Ok la. Yang penting kat rumah mak ayah jangan lepas tangan. Kena juga ajar anak emmbaca dan mengira. Jangan nak harapkan cikgu je. Mana-mana Tabika pun macam tu jugak. Mak ayah jangan sesekali lepas tangan.


Mikhail dan Chocolate Bouquet nya.. Mula-mula malas nak beli.Tunggu anak minta . Tapi dia tak minta-minta pun chocolate bouquet ni.Tengok anak orang bergambar dengan chocolate bouquets nampak comel je. terus pi berbaris sama nak beli.

Tapi cabaran nak membeli tu sikit punya teruk. Sekejap je licin.. Siap kena booking dulu kalau nak beli. Tap[i demi nafsu dan kehendak yang tak habis-habis ni rela ku tunggu. Hahahh..



Gini lah keadaan di sebelah photo booth tu.. Kalut adik-adik ni siapkan tempahan chocolate bouquet ni. Lain kali buat la banyak-banyak sebelum datang jual. Hahah... nasib baik dapat pelanggan macam akak yang penyabar ni.

Harga chocolate bouquet ni murah je tau. RM12 je..Ada chocolate dan teddy bear..

Sampai rumah Mikhail makan chocolate kakak nya ambik teddy bear.




Inilah barang-barang yang Mikhail dapat masa hari Konvokesyen tu.. Ada sijil , beg sekolah, dan sijil pelajar terbaik.


Tak tahu cemana cermin frame sijil ni boleh retak tiba-tiba. Lepas dapat sijil tu terus ayahnya letak dalam kereta dan masuk balik ke dewan. Agaknya dia panas sangat tu yang retak. 

Nanti ayah nya nak tukar cermin lain tu.Kat sini ada kedai nya.Mudah je tu..


Last..harus lah gambar ibu dia yang jarang2 dapat keluar rumah ni.. Biasalah bila pakai camera Oppo terus muka cam pakai botok. Padahal kedut seribu dah muka tu..hahah..





Tamat lah sudah anak-anak di tadika..Mungkin lepas ni korang tak dapat dah baca pengalaman anak-anak saya kat tadika sebab anak ada dua je.. heheh.,. Tak rasa pun nak tambah.. Sebab saya ni malas sikit nak ajar tulis nama, nak ajar alif ba ta, malas nak ambik anak kat tadika..heheh..


bye..


Friday, 16 November 2018

CARA WANITA KOREA MENJAGA KECANTIKAN KULIT



Produk kecantikan Korea menguasai pasaran sejak 2016. Eksport produk penjagaan kulit Korea, yang juga dikenali sebagai K-Beauty, telah melebihi import di Korea Selatan. Hari ini, pasaran kecantikan Korea menduduki tempat di sepuluh teratas di seluruh dunia, dan lebih ramai orang terus jatuh cinta dengan produk dari negara tersebut

Salah satu perkara yang menjadikan produk penjagaan kulit dari Korea dan rutin kecantikan mereka menjadi ikutan ramai adalah kerana komitmen terhadap formula berkualiti yang meningkatkan dan memperbaiki kulit.



Fokus mereka adalah untuk menjadikan kulit lebih semulajadi , sihat dan tidak bercela. Di samping itu, rutin K-Beauty cenderung dengan pelbagai langkah dan produk yang digunakan pada waktu siang dan malam.

Jika anda ingin memulakan rutin penjagaan kulit Korea, maka pertimbangkan untuk mencuba enam jenis skincare ini.

1.Sunscreen
Produk Korea memberi tumpuan kepada melindungi kulit dari matahari untuk mengelakkan kerosakan, jadi pelindung matahari merupakan bahagian penting dalam rutin kecantikan. Anda perlu memakainya setiap hari. Dari BB krim hingga lah  gel, terdapat banyak pilihan dengan SPF yang tinggi.

2. Cleanser
Rutin penjagaan kulit kebanyakan produk dari Korea termasuk sekurang-kurangnya dua pembersih yang berbeza: satu yang berasaskan minyak  dan satu lagi berasaskan air.

Pertama, anda perlu menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk membuang solekan dan kotoran dari kulit. Kemudian, anda gunakan pembersih berasaskan air untuk membuang sisa kotoran pada kulit.

3. Toner
Toner membantu mengimbangi kulit, dan memudahkan pemakaian serum. Malah ianya juga mengekalkan kelembapan kulit wajah dan melengkapkan rutin penjagaan kulit wajah anda.


4. Essence
Essences melembapkan, mengimbangi, dan menghidrat kulit. Ianya mempunyai formula ringan yang tidak terasa berat pada kulit, tetapi masih memberikan banyak faedah seperti anti-penuaan. Perlu diingat bahawa essence tidak begitu bertindak sebagai serum, jadi anda boleh menggunakannya dengan menepuk cecair essence ke wajah anda dengan tangan anda.


5. Serum
Serum adalah produk  yang direka untuk mensasarkan masalah kulit tertentu seperti kedutan atau hyperpigmentation.



6. Pelembap
Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua pelembap: satu untuk mata anda dan satu untuk seluruh muka. Pelembap mata cenderung lebih lembut dan direka untuk mengurangkan bengkak. Pelembap Korea untuk wajah  terdiri daripada krim dan gel.

Jika anda sudah bersedia untuk beralih ke rutin penjagaan kulit Korea, ini adalah permulaan yang baik. Anda mungkin mahu menambahkan lebih banyak item apabila anda menjadi selesa dengan rutin kecantikan yang saya kongsikan ini.

RESEPI CUCUR TAUHU: MENU DIET YANG SIHAT DAN MUDAH

Hi..

cucur tauhu


Semalam saya puasa ganti. merangkap nak turungkan berat badan jugak. Berat dah nak dekat 70kg dah ni. Risau pulak sebab dah rasa termengah-mengah bila naik tangga dan rasa sakit tumit bila berjalan. Jadi buka puasa semalam saya buat la Cucur Tauhu.



Sebelum melarat jadi penyakit lain baik lah saya usahakan untuk turunkan berat badan ni. Kebetulan puasa pun belum habis ganti jadi molek sangat lah saya sekalikan je kedua-dua misi saya ni . Cucur tauhu yang saya buat ni boleh dikatakan sebagai menu sihat sebab saya tak gunakan tepung.

Biasanya mereka yang amalkan diet atkins akan makan cucur tauhu sebagai salah satu menu diet mereka. Saya tak buat atkins sebab badan dah tak berapa mampu. Sekarang ni saya cuma kawal jumlah pengambilan makanan je.

Kalau sebelum ni makan nasik 3 kali sehari,  saya kurangkan kepada tak ambik langsung..hahah.. Yang ada tepung pun saya kurang kan. Sebab tu saya buat cucur tauhu je sebab cucur tauhu ni tak guna tepung.  

Cucur tauhu ni memang sedap sebab kita campur bahan-bahan yang biasa kita gunakan untuk buat cucur udang.

Jom tengok resepi dan cara membuat nya.

Hidangan untuk 2 orang.

Bahan-Bahan:

2 keping tauhu putih\
1 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji cili padi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
segenggam udang
sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara Mmebuatnya:

Hancurkan tauhu guna tangan atau garfu je.
Kemudian masuk kan telur, bawang , cili, daun sup, daun bawang, udang dan garam.

Panas kan minyak.

Bentuk2 kan tahu jadi bulat.

Bila minyak dah panas, goreng tauhu hingga keperang-perangan.



Kalau korang ada alahan dengan makanan laut korang boleh gantikan udang dengan ayam yang dah dicincang atau pun daging.

Selamat mencuba.

Thursday, 15 November 2018

RESEPI BIHUN SUP AYAM DAN SAMBAL KICAP YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi..

Balik kampung baru-baru ni kakak saya buat Bihun Sup Ayam. Buat satu periuk besar , tak sampai satu hari dah habis licin. Memang kaki makan betul kitaorang ni. Makanan berkuah dan bersup macam ni memang kegemaran kami sekeluarga. Ditambah pulak dengan sambal kicapnya yang menyengat dan buat korang pecah peluh.




Kalau yang kering dan tak berkuah tu kurang layan sikit sebab tak puas makan.


Ni lah bihun sup yang dah siap dimasak. Sedia untuk di makan.. Tapi sayang nya cuma sempat ambik satu gambar ni saja. Bila dah ramai-ramai berkumpul , makan sama-sama kena pantas la mencedok nya.Kalau tidak telan air liur je la nanti..ahahha..

Bihun sup ni tak gunakan minyak langsung tau. Sesuai la bagi sesiapa yang tak suka makanan berminyak. Lagipun kalau berminyak rasa muak nak makan banyak-banyak..kan? Oleh sebab sedap dan mudah dimasak , Bihun Sup Ayam ni haruslah masuk ke blog dianarashid.com.

Untuk resepi ni korang boleh guna 1 ekor ayam. Kalau guna rangka ayam saja , guna 3 ekor. Nak hilangkan hanyir ayam  korang boleh guna tepung gandum. LUmur ayam dengan tepung gandum dan biarkan selama 20 minit.

Kemudian bilas dan bersihkan sampai hilang sisa tepung. Sup ayam tak kan berbau hanyir.

Sesiapa yang nak mencuba resepi ni silakan ..

Resepi Bihun Sup Ayam yang sedap dan Mudah 

Bahan-Bahan

2 bungkus bihun ( celur dengan air panas dan tos kan.)

1 ekor ayam atau 3 ekor rangka ayam (potong ikut saiz yang korang suka dan bersihkan )
1 bungkus sub bunjut
2 inci lengkuas
2 inci halia
1 kuib ayam (tak nak letak pun tak pe)
Daun bawang
Daun sup
1 sudu kecil lada hitam
1sudu besar rempah kurma dibacuh dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

*Bahan kisar
7-8 ulas Bawang putih
10 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
1 batang serai

*Bahan sampingan
Bawang Goreng
Fish ball dan Fish cake yang sudah di rebus dan dihiris nipis (tak nak letak pun tak pe)
Sambal Kicap




Cara-caranya:

Rebus ayam bersama halia dan lengkuas di dalam periuk bersama dengan 3 - 4 mangkuk air. Masuk kan sup bunjut. Agak-agak la kuah sup tu. Sup kena banyak air. Tak boleh kering.

Rebus sampai ayam keluar minyak dan lembut. Kemudian masuk kan bahan yang sudah di kisar halus.

Biarkan sehingga mendidih dan terus masuk kan rempah kurma, lada hitam dan kuib ayam.

masak lagi hingga mendidih dan masuk kan Garam, daun bawang dan daun sup yang sudah dihiris.

Tutup api dan periuk agar kuah sup sebati dengan daun bawang dan daun sup.


Resepi Sambal Kicap sedap

Bahan-bahan
10 tangkai Cili padi
3 ulas Bawang Putih
Garam secukup rasa
2 sudu besar Perahan limau
1 cawan Kicap manis

Cara-Caranya :

Kisar semua bahan hingga halus. Sambak kicap mesti lah pekat. Jangan masuk kan air ke dalam pengisar.

Kalau susah nak kisar tumbuk je bahan kering atau boleh guna manual chopper. Kemudian baru masuk kan air perahan limau dan kicap manis.


Kemudian boleh la dihidang kan.. Letak bihun, bawang goreng, fish ball dan fish cake , sambal kicap dan last sekali cedok kan kuah nya..

Selamat mencuba..





KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEYBOARD AND MOUSE FOR ANDROID

Hi..


Cerita lama dan mungkin dah basi sebab dah berbulan beli android keyboard dan mouse ni ,.. Baru hari ni nak cerita kat blog. Bila tengok kawan-kawan blogger cerita pasal android keyboard yang diaorang beli terus teringat kita punya pengalaman tak cerita pun lagi kat blog. Hahhaha.. Harus la tak boleh ketinggalan..kan?




Padahal dah ambik gambar semua dulu masa baru-baru barang ni sampai..Tapi terperam je dalam phone tu. So hari ni saya nak cerita sikit tentang android keyboard dan mouse ni. Mungkin boleh jadi panduan sebelum korang beli . Sebab ada beberapa perkara tertentu yang korang kena tahu.

Kelebihan  Keyboard and Mouse For Android
Saya beli dua keyboard ni.Satu untuk saya dan satu untuk Maisara. Biasala.. Anak beranak dah jadi blogger harus la beli dua.

Harga nya tak sampai rm30 . Memang murah sebab barang ni dari China. Kalau korang nak beli dari seller tempatan kebanyakan nya harga cecah rm40. Jadi nak jimat beli la dari China. Tapi lambat sikit sampainya. Dalam masa 10 hari barang dah sampai.

Tak de la lama sangat pun. Lagipun bukan terdesak sangat nak pakai.


Beli android keybord ni disertakan dengan mouse juga. Saya beli android keyboard gambar Hello Kitty Pink dan Doraemon,. Yang Doraemon tu dapat mouse putih dan hello kitty mpuse pink. 

Korang boleh letak phone korang secara melintang atau menegak. sebab dia punya holder phone tu boleh dicabut dan di ubah ikut kesesuaian penggunaan phone korang.


Boleh letak menegak macam ni jugak..

Keyboard dia pun lembut je dan tak bising. Tak de pun bunyi 'tap..tap..tap.." bila kita menaip.  Sesuai kalau nak bawak keluar. Tak la mengganggu orang lain bila korang nak hantar email atau nak tulis blog.

Kelemahan Keyboard and Mouse For Android 
Kelemahan  Keyboard dan Mouse Android ni pulak ialah tak support semua phone.Phone anak saya tak sesuai dengan android keyboard ni. Anak saya guna Lenovo Vibe. Mungkin ada beberapa jenis phone lain yang tak support jugak.

Korang boleh tanya seller sendiri tentang ni sama ada phone korang sesuai guna keybord ni atau tak. Nanti dah beli rugi je sebab tak boleh guna.

Kemudian dia nya tak boleh copy and paste, Walaupun ada mouse tapi korang tetap kena guna jari comel korang kalau nak copy and paste.




Yang ketiga nya korang juga kena cabut cabel pada phone kalau berlaku error pada keyboard. Ada masanya bila korang tekan butang Shift , mula la keyboard jadi pening. Kejap keluar nombor, kejap keluar huruf .. Korang cabut dan pasang semula cable pada phone dan ianya boleh berfungsi semula dengan baik.

Tapi bagi saya kelemahan nya ni bukan lah masalah besar sangat pun.

Ianya tetap memudahkan kerja-kerja kita tanpa perlu membawa laptop. Terutamanya untuk draft entry, untuk balas email, update facebook atau pun streaming. Kalau nak buat live kat luar pun bagus juga sebab tak payah nak sendal phone kat botol sos.Hahahh.

Ok.. tu je..Semoga bermanfaat untuk semua.

Bye,



Wednesday, 14 November 2018

ANTARA GRAB DAN MYCAR MANA YANG LEBIH BAGUS



Saya belum ada pengalaman buruk dengan pemandu-pemandu Grab walaupun banyak jugak kes-kes yang saya baca tentang ketidak puasan hati penumpang berkaitan pemandu Grab. Untuk pemandu Mycar sampai sekarang masih belum pernah saya baca atau dengar cerita-cerita buruk pasal pemandu Mycar.




Mungkin sebab tak ramai pemandu Mycar macam pemandu Grab.. Kan??

Hari ni saya nak kongsikan beberapa perbandingan antara pemandu Grab dan Pemandu Mycar. Semua pendapat-pendapat ni saya petik dari perkongsian pengguna 2 perkhidmatan ni iaitu Grab dan Mycar.

Dengan perkongsian ni dapat lah memudahkan korang memilih perkhidmatan mana yang lebih baik untuk korang.

A @ 4mylee_
Dari segi range harga, ya. mycar lebih murah berbanding grab. tapi durasi untuk ketibaan mycar agak sedikit lewat berbanding grab sebab pemandu mycar tak banyak seperti grab.

yang benar,
penumpang tegar grab & mycar.



kiri kiri @FieeTahir
Untuk driver, kalau bawa grab, kau jadi lembu untuk company tu. Sistem bagus tapi operation dia macam sampah. Mycar flexible, tapi sistem kurang dari segi payment. And sekarang dah tak tunjuk rider nak pegi mana kalau tak silap. Dia buat macam uber.

Kalau driver grab minta tolong cancel job tu, cancel jela. Tak payah bergaduh dengan  driver. Ada sebab kenapa minta cancel job. Kadang tak sempat nak tutup auto accept, dah ping masuk. Sekali masuk trip rm5, pukul 8 pagi, jalan tun razak, kena pick up 2km. Gg



yol @ AmirulJr
Driver mycar ni kebanyakannya dari driver grab yang dah kene banned..so kalau dah kene banned tu pepaham jela


chaera @iera_csh
Uber still paling bagus takkan pernah terganti


 جويرية عبداللطيف@juwairiyah92
 Mana yg murah ketika tu, itulah yang terbaik.



lindor @nfrna_
 Mycar is like half price tapi depends tempat senang nak dapat or tak



Gotye @mohd_asyraf10
takkisah janji jangan teksi hshsgshags


şąbby @frhsbrna
technically way wayyyyy cheaper. but very limited in certain area. nasib sangat kalau on the spot dapat.


PU Arif @sugarstorm880
 Grab lagi bagus sebab reputation tu dah ada



 MAS @MrsF0411
Prefer grab


Mohd Afnan Najmi @afnannajmi
Kadang my mycar lagi murah , kadang grab . Better survey dua2 sebelum ambil service


Janda Kelam  😂 @_NajaFarihaaa
 Mycar lagi murah dari Grab tapi dalam hp aku ada Grab je Mycar takda hahaha


@NobiYung
 naik teksi hmm kesian diorang kebanyakkan umur ayah ayah



Lychee-kin @lhai_chee
Check harga dedua apss, kalau harga sama go for grab



tora @myszathirah
 prefer grab sebab populasi dia lebih diyakini berbanding mycar


Adib Afdzal @afdzal_adib
 Prefer grab food


Nufa .@Ainaaa_Fatihah
Mycar ni lagi murah tapi susah dapat hmm






苇雅 @evialynnn
dua dua ada kebaikan dan keburukan actually



heyysiti @sitiamirakamizi
dia bgus time fare grab tgh mahal 😬



Queen  👑 @qiqie52_
Sama je dua2


hæziq @M_haziqazmi
 Teksi lah better hahha


semoga bermanfaat untuk anda..

PEMILIK HOMESTAY DEDAH APA YANG BERLAKU SELEPAS SEWAKAN HOMESTAY PADA PELAJAR IPTS.

Hi..



Seorang pemilik homestay mendedahkan perbuatan sekumpulan pelajar IPTS yang menyewa hosmestay miliknya beberapa hari lalu melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Dalam akaun twitter nya  @FareezSarifudin turut meluahkan kesal kerana ini lah pertama kali dia mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab sepanjang dia mengusahakan homestay tersebut.




Semasa melakukan pembersihan di juga turut menemuk kotak kondom yang memungkin kan ada berlaku perkara yang tidak senonoh di homestay milik nya.









Banyak komen-komen yang berkongsi pendapat agar pengusaha homestay memastikan setiap penyewa mempunyai hubungan yang sah.

Saya pun bersetuju dengan pendapat mereka. Sepatutnya pengusaha homestay kena lebih berhati-hati agar tak tergolong dalam kalangan mereka yang bersubahat. Perkara yang boleh dielak kan  sepatutnya di cegah lebih awal.




Pastikan mereka ada kad atau sijil perkahwinan. Tetapkan juga syarat tertentu melibatkan fasiliti dalam homestay tersebut supaya semuanya dalam keadaan yang selamat, tidak rosak dan perabot berada dalam keadaan asal.



Tuesday, 13 November 2018

TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN,SIAPA YANG SALAH PERLU MINTA MAAF.



Orang perempuan memang terkenal dengan sikap suka merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.Tapi bukan semua la.Kan??

Ada juga yang kata dia  tak suka merajuk. Tak tahu la betul atau sekadar nak up diri sendiri. Tapi saya memang akan merajuk untuk perkara-perkara tertentu sahaja.

Cumanya orang lelaki kena tahu tak semua perempuan patut di pujuk. Ada setengah hal yang orang lelaki tak payah pujuk terutamanya bila perempuan tu buat salah.


Contohnya:

Si perempuan buat salah , kemudian si lelaki tegur dan perempuan tu terus merajuk. Adakah perlu si lelaki tu pujuk dan minta maaf sebab buat kekasihnya merajuk??

Bagi saya tak perlu pujuk walaupun lelaki tu sayang sangat pada kekasihnya.

Cinta ni memang boleh membutaakan mata dan hati sampaikan kekasihnya yang buat salah tapi dia pulak yang minta maaf.



Bagi saya , siapa yang salah dia lah yang kena minta maaf. Lelaki tak perlu berjuang sampai tahap nak menutup mata atas kesalahan wanita yang dia sayang semata-mata sebab cinta dan nak nampak kuat.

Kalau untuk hubungan jangka pendek boleh la buat macam tu. Tapi untuk sehidup dan semati bersama sampai tua rasanya jangan lah amalkan.

Perempuan akan berani buat salah lagi sebab dia tahu si lelaki tu akan mengalah. Sampai bila lelaki tu akan bertahan?? Tak kan nak jadi bodoh selamanya?

Bye.

INI SEBAB MENGAPA ANDA SELALU BERBELANJA LEBIH DARI YANG ANDA RANCANG



Sebelum keluar berbelanja barang dapur dah jadi kewajipan pada kita untuk senaraikan apa barangan yang akan dibeli. Saya sendiri pun macam tu la. Buat list dan simpan dalam phone supaya mudah nak beli barang nanti. Tak de la terlupa beli atau terlajak beli.

Tapi bila dah sampai ke pasaraya tu , macam-macam benda lain yang tak de dalam senarai yang kita nampak menarik dan perlu beli.Sudahnya dari bajet RM300 terus jadi RM500 .

Tapi itu dulu la..Sekarag dah makin bijak berbelanja dan makin faham cara nak kawal diri supaya tak membeli barang yang tidak ada dalam perancangan.

Perbelanjaan terbesar setiap bulan bagi kebanyakan keluarga ialah berlanja untuk groceries. Setiap hari kita kena makan jadi tak de sebab kenapa kita tak perlu beli groceries.

Lain la kalau orang bujang yang memang tak memasak kat rumah. Hari-hari makan di kedai , jadi bajet untuk barangan runcit tak ada. Tapi kalau difikir-fikirkan kos nya tetap sama macam beli barang runcit untuk satu keluarga.

Jadi apa punca sebenar kenapa bajet membeli jadi berlebihan dan bagaimana cara nak mengatasinya?"-




1. KURANG PERANCANGAN
Kita tak boleh masuk satu kedai tanpa membuat perancangan dan membeli dengan hanya mengagarkan saja berapa jumlah yang akan di bayar.

Penting untuk korang senaraikan apa menu yang akan korang masak dalam minggu tersebut. Kemudian mula buat kira-kira dan senarai groceries yang akan dibeli. Tapi tak ramai yang buat macam tu.Kebanyakan dari kita akan pergi ke pasaraya kemudian dia ambil barang-barang yang setiap bulan dia beli.

Contohnya : beras, minyak masak, bawang dan beberapa bahan asas. Lepas tu sampai masa nak masak baru la dapat idea nak masak apa. Bila check barang tengok-tengok ada bahan yang tak de. Terpaksa keluar berbelanja lagi.

Sedangkan belian yang sebelum nya kita dah habiskan sejumlah wang yang kita dah bajetkan untuk perbelanjaan dapur.

Kan dah rugi namanya tu...

So lepas ni kalau nak senaraikan barang dapur yang akan dibeli , kena fikirkan juga apa menu dan hidangan yang akan kita masak.



2. PETI SEJUK YANG BESAR
Bagi wanita yang dah bekeluarga , peti sejuk sangat penting. Kalau boleh nak peti sejuk yang besar dan ada banyak ruang. Boleh letak macam-makan dalam peti sejuk yang besar.

Memang bagus kalau ada peti sejuk r sebab makanan boleh tahan lama dan menjimatkan wang kita. Tak payah kerap makan di luar.

Tapi ada setengah orang tak tahu nak manfaat kan peti sejuk mereka. Mereka membeli semata-mata memikirkan ada banyak ruang kosong di dalam peti sejuk yang perlu di isi.

Bila dah terlalu banyak barang yang dibeli pasti ada bahan masakan yang sudah luput tarikh, sayur yang sudah tidak segar, dan bahan mentah yang sudah tidak boleh dimakan.

Sebaiknya beli barang yang mentah seperti sayuran, ayam, daging, udang atau makanan laut dalam kuantiti yang sedikit. Untuk makanan seperti nuget, kentang , sosej , mayonis dan makanan lain nya perlu lah di teliti tarikh luputnya.

Kalau korang yakin tidak mampu menghabiskan semuanya dalam masa 1-2 minggu, korangperlu menghadkan pembelian nya.

Peti sejuk juga tidak perlu di penuhi dengan barang kerana peti sejuk memerlukan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan. Jika sarat dan terlalu banyak  susah untuk bahan makanan dalamnya menjadi sejuk malah kita juga akan menggunakan lebih banyak elektrik.


3. TERPENGARUH DENGAN MUSIM JUALAN MURAH
Ketika membeli belah pada musim jualan murah kita memang akan mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak penting dan yang kita tidak perlu.

Bila kita tengok harga barangan tu murah , terus kita beli sebab kita fikir "Bukan selalu dapat harga murah macam ni.." padahal barang tu korang tak perlukan pun. Tak guna kalau setakat harga nya murah tapi terbiar je dalam rumah kita tanpa disentuh.




Saya suka keluar membeli barang dapur dengan suami saya sebab bila saya nak ambil sesuatu barang , saya akan minta pendapat dia sama ada perlu atau tidak saya beli benda tu. Saya tanya dia "makan tak benda ni kalau saya masak.."

Anak-anak saya pula memilih makanan jadi kena bijak membeli dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak. Risau kalau dah beli tiba-tiba anak kata tak suka benda tu. membazir .Jadi bila nak beli barang dapur tanya juga pendapat ahli keluarga kita.

Bye..

INI SEBAB MENGAPA ANAK-ANAK ANDA PERLU BEREHAT DI RUMAH KETIKA MEREKA SAKIT






Ketika anak-anak dalam proses untuk membesar, masalah kesihatan mereka sering membuatkan ibu bapa menjadi resah dan merisaukan. Adakalanya ibu bapa keliru sama ada perlu atau tidak anak dibawa ke hospital untuk rawatan. Ataupun perlu atau tidak anak mereka tetap hadir ke sekolah atau hanya berehat di rumah.

Jika anda tidak pasti sama ada OK atau TIDAK untuk menghantar anak anda ke sekolah atau terus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, ada beberapa garis panduan yang boleh anda rujuk untuk lebih memudahkan anda membuat keputusan.






 DEMAM
Apabila kanak-kanak mempunyai demam yang tidak disertai dengan selsema, batuk, muntah, atau cirit-birit adalah lebih baik jika anak anda diberi rehat di rumah

Menurut Washington Pediatrics, terdapat banyak jangkitan virus yang boleh menyebabkan demam tanpa sebarang gejala yang lain. Demam yang dialami oleh kanak-kanak dengan mudah dapat meningkat dan boleh mendadak menurun suhunya .

Oleh sebab itu jika anak anda mempunyai demam dengan suhu badan yang tinggi, berasa lesu dan tidak mahu makan, pastikan anda hubungi pakar pediatrik anda. Mandikan anak dengan lebih kerap untuk menurunkan suihu badan nya

Jangan beri anak anda ubat tanpa merujuk kepada doktor. Namun anda boleh memberikan acetaminophen kepada kanak-kanak untuk sementara waktu untuk menurunkan suhunya


CIRIT-BIRIT
Sering kali, cirit-birit disebabkan oleh virus yang menjangkiti usus anda. Di samping itu, anak anda mungkin mengalami cirit-birit selepas makan sesuatu yang mengganggu sistem pencernaannya. Anda perlu membawa anak anda mendapatkan rawatan doktor jika mereka mengalami cirit-birit lebih daripada dua hari.

Anda juga harus membawa mereka ke doktor jika cirit birit yang dialami disertai dengan deman.  Ubah menu anak anda  dengan memberi mereka pisang, nasi, epal, atau roti bakar. Makanan yang membentuk diet B.R.A.T adalah makanan yang boleh menyebabkan najis menjadi pejalmemejalkan najis



MUNTAH
Apabila anak anda muntah, ada kemungkinan dia mengalami Gastroenteritis atau pun "Stomach Flu".  Gastroenteritis boleh boleh berlaku satu atau dua hari hingga 10 hari. Dan anak anda akan mengalami gajala muntah-muntah

Anda boleh memberi anak anda makan epal, pisang atau bijiran untuk bayi.

Kanak-kanak yang lebih tua (lebih dari 1 tahun) boleh diberi keropok, roti bakar, bijirin campuran, sup, kentang lecek, atau roti putih.


SELSEMA
Selesema sangat mudah berjangkit dan berlarutan sehingga beberapa hari. Ia adalah penyakit pernafasan yang berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti hidung, tekak, dan kadang-kadang paru-paru. Kanak-kanak yang mempunyai simptom selesema perlu dikuarantin di rumah sehingga benar-benar sihat

Anak anda juga akan mengalami sakit kepala, sakit tekak, demam, keletiohan dan susah untuk bernafas  Selsema bermula dengan gejala yang ringan dan menjadi lebih teruk selepas hari ke dua dan ke tiga . Kemudian ianya bernasur-ansur hilang.

Dengan mendapatkan ubat di klinik boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan keletihan.  Vaksin yang diaambil juga dapat membantu mencegah selesema dan membataskan komplikasi.


PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Penyakit tangan, kaki, dan mulut adalah jangkitan yang sangat mudah berjangkit dan boleh tersebar  melalui hubungan langsung. Anak-anak yang mengalami penyakit ini perlu mendapatkan rawatan segera sejurus anda dapat mengesan  gejala-gejala seperti  demam, sakit tekak,  bintik-bintik merah kecil dibahagian dalam dan luar mulut, dan lepuh yang menyakitkan.

Ruam kulit di telapak tangan dan tapak kaki  juga jelas kelihatan selama satu atau dua hari. Bintik-bintik merah dan lepuh muncul sekitar 5 hingga 10 hari.







Menjaga kesihatan anak-anak ketika mereka sakit memang memerlukan pengorbanan dan pasti merisaukan anda. Jika anda berasa risasu dan ragu-ragu dengan tahap kesihatan anak anda segera rujuk kepada doktot.

Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan anak anda dan anak-anak yang lain.

Sunday, 4 November 2018

LAKSA LAGI. LAGI-LAGI LAKSA

Hi



Balik kampung diaorang masak laksa pulak.. Lagi-lagi laksa.. hahha..

berkenduri laksa la kita hari ni..

Tapi laksa kakngah saya ni buat lain sikit dengan yang saya buat. kuahnya lebih pekat dan berbau ikan.

kalau saya buat kuahnya biasa-biasa saja..tak pekat sangat dan tak cair sangat.

Biasanya saya guna ikan kembung je.

dia guna ikan apa tak tau..hahha

Siapa nak laksa resepi saya boleh la guna keyword laksa dianarashid.com

kalau dah cuba nanti bagitau ye..

bye..

Friday, 2 November 2018

TAK MAHU ANAK PEREMPUAN, BAYI KECIL DIBUANG KE TEBING OLEH BAPA KANDUNG


Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tebing jalan  di selatan China dipercayai di baling oleh bapa kandungnya . Namun dia ditemui selamat dari sebarang kecederaan selepas dia terjatuh di kanopi pada sebatang pokok.





Kakitangan di sebuah hospital di perbandaran Magui di wilayah Gaozhou, Guangdong, membuat laporan polis selepas mereka menyedari kehilangan seorang bayi yang baru dilahirkan.

Pegawai polis mula mengesan bapa bayi tersebut yang hanya dikenali sebagai Li. Dia mengaku mengambil bayi itu dari hospital dan memandu ke tempat kejadian.

Dia kemudian nya memasukan bayi tersebut ke dalam beg plastik dan melemparkannya ke tepi tebing, lapor Gaozhou Television.



Polis berkata bapa bayi itu mengakui dia tidak mahu anak perempuan lagi memandangkan dia sudah mempunyai 2 orang anak perempuan.

Li segera ditahan dan polis dan misi mencari dan menyelamat dilancarkan serta merta. Ketika mereka tiba di tempat kejadian, bayi tersebut telah hilang selama 10 jam.

"Masalah utama semasa misi menyelamat dan mencari ialah keadaan tebing yang sangat curam" kata timbalan ketua balai polis Magui, Feng Youshi.

Pada kira-kira jam 1 petang hari Jumaat, para penyelamat mula menemui bayi yang terletak di antara cabang-cabang pohon kira-kira 30 meter (100 kaki) dari tanah. Dia jatuh kira-kira 70 meter dari tempat dia di buang, kata laporan itu.



Walaupun mengalami kesulitan, bayi itu tidak mengalami kecederaan serius dan selepas dirawat di hospital di bawah pemerhatian, dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah bersama ibunya.

Semasa soal sioasat Li memberitahu polis bahawa dia tidak mahu anak perempuan lain kerana dia sudah mempunyai dua orang anak perempuan. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki.





Mengikut tradisi keluarganya mereka akan mengutamakan anak lelak berbanding anak perempuan dan terdapat banyak laporan mengenaibayi-bayi perempuan yang ditinggalkan atau dibunuh.

Pada bulan lalu, media China melaporkan bahawa seorang bayi perempuan yang baru lahir  di sebuah hospital di wilayah tengah China, Hubei telah ditemui di sebuah saluran air. Polis berkata dia mungkin dibuang dari sebuah kereta yang sedang bergerak.