Monday, 15 October 2018

MOTORSIKAL HILANG : NETIZEN KUMPUL DUIT GANTI MOTORSIKAL PENDAKWAH





Untung jadi orang baik. Ramai yang prihatin bila kita didalam kesusahan. Semua orang berlumba-lumba nak bantu kita. Begitu lah yang terjadi pada Ustaz Muda ini. Kehilangan motorsikal yang dialaminya baru-baru ni membuatkan pengguna laman sosial sepakat mengumpul derma untuk menggantikan Motorsikalnya yang hilang.




Pada 18 september lalu Motorsikal milik Ustaz Addien iaitu seorang pendakwah telah hilang di Giant Batu Caves. Motorsikal dengan plat no : CEA 2633 itu baru dibeli 2 bulan lalu.

Atas keprihatinan netizen dan pengikut ustaz Addien di twitter satu tabung di buka oleh Injangnation bagi memudahkan derma disalurkankan.







Kehilangan motorsikal milik ustazAddien ini menyukarkan nya untuk bergerak memandangkan beliau menggunakan motorsikal untuk mengajar dan berdakwah.

Malah beliau pernah dihubungi seseorang yang tidak dikenali agar memasuk kan sejumlah wang jika ingin mendapatkan motorsikalnya kembali.

Ustaz Addien juga pernah beberapa kali menolak untuk menerima sebarang bantuan selepas kehilangan motorsikalnya. Namun netizen tetap prihatin dan tahu kesusahan yang dialami beliau.

Tabung #RM1NJANGNATION adalah satu saluran untuk korang yang nak membantu mereka-mereka yang memerlukan terutamanya pengguna twitter . Tabung ni hanya untuk bantuan dalam malaysia saja.

Yang tahu lebih lanjut tentang tabung #RM1NJANGNATION ni boleh baca thread yang dikongsikan ni.


"RM1 adalah nilai minima yang dicadangkan. Hal ini kerana, RM1 adalah jumlah yang kelihatan tidak membebankan dan proses pemindahan wang boleh dilakukan dengan mudah menerusi sistem perbankan atas talian.

Walaubagaimanapun, sumbangan dalam jumlah yang besar juga amatlah dialu-alukan. Penyumbang yang menyumbang dalam jumlah besar akan diminta untuk memaklumkan nama mereka kepada mana-mana admin #RM1NJANGNATION untuk tujuan perekodan dan audit akaun.

Penerima sumbangan akan dipilih, background dan masalah mereka akan diteliti sebelum kempen ini dimulakan dan hanya akan berakhir apabila dana yang diperlukan cukup untuk menyelesaikan masalah mereka.






Namun begitu kami menerima sumbangan anda dalam apa jua bentuk sekalipun, baik dari segi wang ringgit, nasihat, hebahan ataupun doa agar projek ini berjaya setiap kali ianya berlangsung.

Jumlah kutipan akan diberitahu setiap hari supaya kita aware dengan baki yang masih belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah atau meringankan beban penerima.


Jumlah wang yang perlu dikumpul akan dinyatakan, berserta tujuannya. #RM1NJANGNATION hanya akan aktif apabila sedang mengutip dana dan akan berhenti apabila jumlah wang terkumpul cukup. Kemudian hasil kutipan akan diserahkan pada penerima.

Ianya diharap akan menjadi sebuah projek yang berterusan untuk menghulurkan bantuan dan meringankan beban insan-insan yang terpilih."


2 comments:

  1. Syukur untuk lihat masih ada ramai orang yang berbudi dan baik wujud. Semoga dunia ni selalu berada dalam keadaan yang penuh dengan kasih sayang.
    Eratuku

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();