Advertisement

UMUR 12 TAHUN DAH BERANI BERKELAKUAN TAK SENONOH PADA GURU

UMUR 12 TAHUN DAH BERANI BERKELAKUAN TAK SENONOH PADA GURU | Zaman makin mencabar dalam membesarkan anak-anak. banyak perkara yang kita tak boleh terlepas pandang dan ambil mudah.

Kalau zaman saya dulu tak kisah bila anak-anak umur 6-12 tahun keluar rumah dan balik seebelum maghrib



Tapi zaman skarang kalau dia nak keluar umah kena soal dari A sampai Z.
Apa yang kita risau kan ialah anak-anak bergaul dengan kawan-kawan dia yang tak senonoh.

Budak-budak ni depan kita memang baik. Selalunya yang lembut lidah,ramah bukan main tu la yang paling kita kena brhati-hati.

Baru-baru ni saya terbaca di twitter tentang seorang guru praktikal diperlakukan  dengan tak elok oleh kanak-kanak usia 12 tahun dirumah keluarga kanak-kanak tu.




Kalau dah jadi macam ni siapa yang patut disalah kan? Mustahil ibu ayahnya mengajar perkara yang bukan-bukan. Tapi sebagai ibu bapa memang kita kena akui yang banyak perkara kita terlepas pandang dalam hal-hal anak ni.

Tak semua benda kita mampu nak kawal. Lagi-lagi kita suami isteri keluar bekerja mesti ada kekesalan kat hati bila ada benda yang kita tak mampu buat atau kurang bagi penekanan pada anak-anak.

Tapi apa pun cuba lah untuk diidk anak sebaiknya agar terjaga moral diaorang. Jangan fokus pada akademik anak-anak saja. Kalau pandai dalam pelajaran tapi jahat macam setan pun tak bagus jugak.




Kita kena akui perkara-perkara macam ni memang berlaku dan banyak dah berlaku. Anak bawah umur  berkelakuan tak senonoh kawan sekelas, buat benda tak baik pada rakan sebaya, ada yang simpan video tak elok dalam telefon bimbit, mencuri dan macam-macam lagi.

Tolong perhatikan anak-anak kita. Memang la kita rasa "PANDAI LA AKU JAGA ANAK AKU SENDIRI..'' tapi masalahnya anak kau jahat, orang lain jadi mangsa. Kalau tak kacau orang lantak kau la...




Catat Komen

4 Ulasan

  1. Allah, seramnya baca
    darjah 6 dh boleh buat mcmtu? kita dulu darjah 6 baru reti nk main cinta2 monyet...
    nampak org yg kita minat pun dh malu2 mcm apa...

    aduhai, ni lah bahaya nya teknologi zmn skrg nih

    BalasPadam
  2. Tenat juga masyarakat kita hari ini. ntah dimana silapnya.

    BalasPadam
  3. takutnya..mtk dijauhi prkara bgini..

    BalasPadam
  4. anak2 jadi gini majoritinya sebab youtube..mak pak suka bagi telefon kat anak2 tapi tak pantau apa yang diorang tengok..dulu takde youtube for kids, now dah ada tolong lah usaha untuk jaga apa yang anak-anak tengok..kadang diorang tak cari pun benda tu tapi youtuber pun sekarang bijak buat kartun tapi lucah..entah apa diorang nak sebenarnya bila buat video-video gitu? tak faham betul..

    marah ni!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)