Skip to main content

INI SEBAB MENGAPA TAK BOLEH GUNA ESEN VANILA UNTUK PENAWAR SAKIT GIGI

Baru- baru ni tersebar di media sosial cara hilangkan sakit gigi yang dikongsikan oleh seorang wanita pengguna facebook menggunakan esen vanila. Ramai yang berkongsi posting dari wanita tersebut sekaligus menunjuk kan ramai yang percaya dengan keberkesanan nya malah tak mustahil ramai yang akan mencuba cara yang dikongsikan .


Posting tersebut telah mendapat perhatian Dr Ib Shah yang menyeru orang ramai agar jangan menyebarkan cara rawatan tersebut kerana dikatakan akan membahayakan nyawa pesakit. Menurut Dr Ib Shah di laman twitter nya cara rawtan tersebut akan menyebabkan infeksi pada gigi boleh merebak ke tulang.

Menurut Dr Ib Shah , selain mempunyai perisa tiruan, bahan kimia di dalam Artificial Vanila flavour tersebut hanya mampu membuatkan saraf menjadi kebas atau pun membunuh sarah tersebutsekaligus ianya menghilangkan rasa sakit pada gigi.

Tetapi jangkitan pada gigi masih ada dan ianya boleh merebak ke dalam tulang kita.



Dr Ib juga menyarankan agar pesakit mencabut gigi atau membuat rawatan kanal iaitu dengan membuang bahagian akar gigi yang sudah dijangkiti tadi dan menggantikan nya dengan tampalan.

5 hours ag

Sakit adalah indikasi kepada masalah yang sedang berlaku. Apabila gigi berlubang pada peringkat awal tidak sakit kerana hanya dibahagian luar. Sakit yang teruk biasanya terjadi apabila lubang pada gigi telah dalam dan sampai kepada saraf gigi.


Jika dibiarkan saraf ini akan mati dan menjadi sumber infeksi yang akan merebak ke bahagian tulang.

Bagaimana cara untuk merawat? Cabut gigi tersebut atau buang saraf yang terinfeksi dengan rawatan kanal akar.



Mengapa letak esen vanila tak membantu? 

Sudahlah  perasa tiruan, Bahan kimia dalam ARTIFICIAL vanilla flavour tersebut hanya kebaskan saraf atau pun membunuh saraf tersebut sekaligus menyebabkan tiada rasa sakit. Tapi! Infeksi pada gigi masih ada dan boleh merebak ke dalam tulang!

Rawatan kanal akar membuang akar yang terinfeksi tadi dan menggantikannya dengan tampalan.

Selain rawatan ini,boleh pilih untuk cabut gigi tersebut bersama saraf yang telah mati itu kerana ia adalah sumber infeksi pada tulang



Rawatan akar lebih baik dari cabutan kerana gigi masih boleh digunakan tapi apa yg penting sumber infeksi WAJIB dibuang untuk mengelakkan infeksi terus kedalam tulang.

Ini sudah menjawab kenapa sapu bahan kimia artificial vanilla sahaja BUKAN penawar sakit gigi.

Infeksi kedalam tulang boleh memburukkan keadaan dan antara komplikasi membiarkan infeksi tersebut adalah ludwig angina yang boleh membawa kematian!

Jadi jangan ambil remeh masalah sakit gigi dan percaya petua yang jumpa di internet dan merisikokan kesihatan diri

sekian..

Comments

  1. Berbahaya betul kak...biasa kita guna esen vanila dalam kek kak..

    ReplyDelete
  2. X tau pula psl viral ni..tp bila bc kesan pd tulang tu..seriau..harap2 diorg x terikut dgn tips tu

    ReplyDelete
  3. Erm.. Ramai doc segera dah sekarang ni kan. Main cuba letak itu ini. Tanpa pikir risiko besar yang bakal diterima. Mekasih share info ni kak diana.

    ReplyDelete
  4. Macam2 ye orang pakai skg ni.. Pelik2 je kadang petua2..

    ReplyDelete
  5. Dlu2 mak cik en suh makan ubat 3 kaki.. tp smnjk dgr sedara kena kanser.. trus tkt.. klu pe2 mmg direct kat klinik gigi

    ReplyDelete
  6. Viral erk, tak tau pulak..nad aklau bedna-benda pelik macam ni memng takkan ikut..kalau yang munasabh sikit okla..ni bab gigi dah sakit baik pergi klinik je..

    ReplyDelete
  7. Bahayanya hingga boleh merebak kepada tulang. Tu sebab kalau sakit sangat saya beli ubat penahan dr farmasi je. BTW, thanks for the info

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …