Tuesday, 25 September 2018

APA PERLU BUAT JIKA ANAK BELASAN TAHUN TERLALU MINAT DENGAN KPOP

Assalamualaikum..



Saya faham sangat perasaan ibu-ibu bila anak dah makin besar dia berminat pada hiburan. Nak tak nak kita tak boleh elak.Biasa la bila budak remaja suka kan hiburan. Kita dulu pun minat dengar lagu-lagu dan ada artis kegemaran jugak..kan?

Cuma masa zaman kita dulu yang keluar kat radio cuma lagu Melayu dan lagu inggeris je. Cuma dengar kat radio. Kat tv jarang-jarang artis-artis tu didedahkan dengan kita kecuali lagunya saja yang kita setiap hari dengar di radio. Kalau yang berkemampuan sikit dapat la beli majalah kat kedai runcit. Bertukar tangan la majalah tu sampai lunyai.

Tapi zaman sekarang artis-artis serata dunia dah ada instagram, ada cenel youtube sendiri dan mereka ni boleh berhubunng dengan peminat peminat di sosial media. Tak kan kita nak sekat semuanya pada anak kita supaya dia cuma boleh balik sekolah dan pergi sekolah saja.

Anak-anak ni lagi kita sekat lagi dia memberontak . Tambah-tambah bila tengok kawan-kawan boleh ada semuanya tapi dia nak dapatkan sedikit kebebasan pun tak bolah.


Berbalik pada isu utama, apa nak buat kalau anak-anak sangat minat dengan artis kpop... Kenapa kita risau anak minat dengan Kpop? 

Itu lah persoalan utama yang kita patut tanya pada diri sendiri.Untuk dapatkan jawapan nya kita sendiri kena tahu artis kpop mana yang anak kita minat? Muzik yang bagaimana artis tersebut bawa? Apa imej artis kpop yang anak kita minat sangat tu.

Sekali sekala google la pasal artis kpop kegemaran anak kita. Ada tak perkara-perkara jahat yang disebarkan artis kpop tu pada peminat dan pengikut mereka. Masuk ke laman web kelab peminat artis kpop kegemaran anak tu.

Kita tak boleh setakat dengar orang kata artis kpop jahat.Selagi kita tak tahu perkara sebenarnya. Kadang-kadang ada netizen yang suka menyebarkan perkara-perkara yang tak betul dengan tujuan nak menakut-nakutkan orang.  Entah la apa tujuan nya .

Pandang la pulak kebaikan nya bila anak-anak minat kpop ni. Diaorang akan mula belajar bahasa asing. tak kan tak bangga bila anak-anak boleh menyanyi dalam bahasa korea dan memahami apa yang mereka nyanyikan. Umur belasan tahun dan boleh sikit2 berbahasa korea.

Kadang-kadang saya tengok pengikut dan peminat ni, mereka berbahasa korea dalam berbalas-balas komen sesama mereka sedangkan mereka dari negara yang berbeza.Diselitkan juga dengan bahasa inggeris. Kan bagus tu...

Ada juga yang sanggup kumpul duit semata-mata nak dapatkan album artis kegemaran. dapat pergi konsert dan macam-macam lagi.Semuanya diaorang usahakan sendiri. Kita tak la risau anak kita kelaur rumah dan bergaul dengan orang-orang yang kita tak kenal latar belakang.Lebih baik mereka duduk rumah melayan lagu kpop dan dengan masa yang sama kita juga pantau mereka dari belakang.

Jangan kerana kpop hubungan kita dengan anak jadi tak mesra. Selami minat anak kalau kita nak rapat dengan anak kita. jangan sekat tanpa menyiasat.

sekian.. 

8 comments:

  1. betul jgk tu kan, ramai remaja2 skrg minat kpop....
    mmg kita mak pak kene pantau jgk zmn2 skrg ni sbb kadang ada baik n buruk nya minat kpop ni...

    sbb kadang tkt jgk ngn segelintir peminat fanatik kpopers nih... terlalu fanatik sampai kadang buat benda yg tak sepatutnya...

    ReplyDelete
  2. Kpop ni best je sebenarnya.. Walaupun zaza kurang minat tp support je.. Dlm byk2 zaza knl rain je.. Lain2 kpop mmg xkenal lgsng.. Cuma zaza suka tgk tarian diorang..

    ReplyDelete
  3. Nak minat tu xslah.. Sbb xsmua kpop or genre music lain teruk.. Tp kne sentiasa pantau la lagu apa yg dorg minat tkut terpuja lagu2 sana. Ibubapa pon kne main peranan la jgn pandnag lepas je..hehe

    ReplyDelete
  4. Dulu dengar biasa-biasa je. Tapi, sekarang Rose dah minat dengan muzik Korea. Hihi dah terjebak... best tau...

    ReplyDelete
  5. Yang penting tidak bertentangan dengan agama, as a mom, i'll support minat anak2.

    ReplyDelete
  6. Anak buah Iday minat Kpop, dia minat kumpulan BTS. Tapi nasib baik boleh control lagi, maksudnya kakak layan je dia punya minat tapi still pantau. siap buat rule, weekday kena tidur awal and fokus school. weekend, kakak akan layan dia punya minat. tengok kpop kat tv la, youtube la. camtu. hehehe

    ReplyDelete
  7. yang point last sekali bukan point utk belasan tahun je kak, sally pun sampai skrg macam tu...gigih menabung nak pi konsert..kahkah! minat tu tak salah, kalau obses tu yg kita kena ambik peduli...bahaya!

    ReplyDelete
  8. Ya betul, jangan kerana kpop hubungan ibu & anak terjejas. Well this is part and parcel of growing up and enjoy the process. Last time I alse gila Backstreet Boys sanggup lapar kerana nak beli CD dia orang.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();