Thursday, 30 August 2018

SIARAN ASTRO PERCUMA DARI 30 OGOS HINGGA 17 SEPTEMBER




Sempena hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 Astro berbesar hati memberi semua siaran secara percuma kepada pelanggan nya..

Ha..Gitu la yang saya baca apa yang dikongsi rakan-rakan di sosial media. Maka nya hari ni kita pun dapatla tengok siaran 404 . Siaran untuk filem-filem seram.

Dalam penakut2 tu anak-anak pun suka la tengok. Siaran ni kami tak langgan jadi bila ada peluang kita layan habis2...hahah..

Dah memang anak beranak suka tengok tv. Jadi memang siaran percuma ni kami anggap bagus la.. Selalu-selalu la bagi siaran percuma lagi ye Encik Astro..hahah


Setakat ni filem-filem yang kami dah tengok melalui siaran percuma ni cuma dari siaran 404 , lagi yang siaran-siaran Korea tu..(harus la...)

Siaran yang diberikan semua percuma kecuali  astro first dan siaran yang tertentu lah..nanti korang check je la ye..

Siaran Astro ni kalau korang memang langgan semuanya , tak best tengok pun..Sebab dia ulang-ulang filem tu je.. Sebab tu la bagi saya rugi je kalau korang langgan semua siaran tu..Tunggu je dapat siaran Astro free baru seronok layan..

Tapi dalam pada dok layan siaran percuma tu, wajib la tengok siaran sukan jugak..Siaran sukan ni memang kami langgan sebab saya dan suami memang suka tengok sukan. Bersukan je kami malas..hahah

Sekarang kan musim Sukan Asia.. Kena la tahu perkembangan dan prestasi atlit negara kita.. Nak juga tengok diaorang bertanding.. Berlatih sampai keluar negara, nak la tahu apa hebatnya bila berlatih kat sana.

Tapi tu la...Banyak yang kalah je..hahah..

Ok Bye..

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();