Skip to main content

RESEPI PULUT KUNING YANG PALING SEDAP SESUAI UNTUK BUAT BERNIAGA

Assalamualaikum..

Raya haji yang lepas mak saya ada buatkan pulut . Cadangnya nak buat pulut kuning tapi terlupa nak rendam pulut tu dengan kunyit. Jadi dia kata buat je la Pulut Aqhon.. Saya pun tak tau nak eja cemana..Tau sebut je la..hahahah..

Perbezaan pulut kuning dan pulut aqhon tu cuma, pulut kuning warna kuning dan berbau kunyit sikit tapi pulut aqhon tu warna putih.Dia cuma di asun dengan santan selepas di kukus. Mungkin orang lain sebut nama yang lain..kan??

Pulut aqhon tu mak saya suruh buat sebab nak raikan harijadi adik dia ..Iaitu makngah saya ni..



Nampak tak pulut dia tu.. Saja je hias macam tu .. siap letak telur dua biji.. Sebab mak saudara saya ni gila2 macam anak-anak saudara nya jugak.. hahah.. Jadi kita hias pun style giler-giler je la..

Oleh sebab hari tu tak dapat buat pulut kuning jadi hari last raya haji tu suami minta buat kan pulut kuning. Saja la dia tu nak makan pulut kuning pulak. Kebetulan pulut pun banyak. Jadi kita buat la lebih sikit untuk sedekah kat jiran sebelah.

Kawan kan pulak dengan gulai daging. Daging korban ada banyak jadi nak bagi jiran pun merasa rezeki yang datang tu , siap je pulut kuning, gulai daging panas-panas terus hantar kat jiran sebelah.

Harap menepati citarasa la .. Ikut kan tekak saya ni, macam dah sedap sangat pulut kuning saya ni tau. Hahahha

Mengukus pulut ni mudah je sebab pulut tu saya rendam semalaman. Bila kukus pun tak ambik masa lama. 15 minit dah siap kukus . cantik pulutnya.. Tidak la kembang sangat sampai lembik dan pulut tu lembut.

Kalau kukus sampai pulut kembang nanti lepas pulut masak kita nak letak santan. Takut dia jadi hancur masa di adun dengan santan .. tak cantik la.kan??



Sebelum ni saya pernah buat pulut kuning dengan cara tanak pulut macam nasi. Tapi rasanya tak berapa sedap dan pulut tak cantik lepas dia adun dengan santan. Nak kena kukus juga baru cantik.

Bagi yang nak belajar buat pulut kuning boleh la ikut resepi saya ni. Nak buat berniaga pun sesuai sangat. Silakan kalau nak buat berniaga. Kos nya juga kecil je.

Kalau tak mau buat gulai daging boleh juga buat gulai ayam, gulai telur atau pun rendang. 
Jom kita tengok resepi Pulut Kuning Sedap dan Mudah.


Bahan-bahan untuk membuat Pulut Kuning:

3 cawan beras pulut - Rendam  semalaman dengan air yang di campur 1 sudu serbuk kunyit

1 cawan santan pekat di campur dengan 1/2 sudu garam halus. - Masak atas api perlahan..kacau sentiasa sampai sampai berasap atau sedikit berbuih. 

1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk membuat gulai daging

1/2 kilo daging

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji ubi kentang (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji cili besar
1 tangkai daun kari

3 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 1 mangkuk air.
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak
1 mangkuk air.

Cara-cara membuat Pulut Kuning

1- Panas kan periuk kukus. (letak 2 mangkuk air dalam periuk kukus)

2- tos beras pulut dan masuk kan beras pulut ke dalam loyang pengukus .. ratakan pulut ..Letak Daun pandan yang dah disimpul ke dalam air pengukus

3- selepas pengukus dah panas, letak bekas loyang pengukus yang ada beras pulut tadi dalam pengukus.

4- Kukus selama 15-25 minit .(sementara tunggu pulut siap boleh mula buat gulai daging -resepi di bawah)

5- selepas pulut masak , terus masuk kan pulut ke dalam bekas yang lebih besar.

6- Tuang santan sedikit demi sedikit ke dalam beras pulut. Sambil tu gunakan belakang senduk untuk meratakan santan pada pulut. buat sampau santan habis dan sebati dengan pulut tu.

Jangan tekan pulut terlalu kuat sebab kita tak nak pulut tu  hancur.

Kemudian letak dalam bekas cantik2 dan tutup.


Resepi Gulai daging

Potong daging kecil-kecil. Bersihkan dan tos..

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak. Masuk kan daun kari,bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Masuk kan bahan kisar..Tumis sampai naik bau.

Masuk kan rempah daging bersama daging dan ubi kentang dan secawan air.

Masak sampai rempah pecah minyak.

Masuk kan santan ..

Masuk kan cili besar dan garam.

sedia untuk dihidangkan.


Mudah saja..kan??Rasanya pun sedap..Ada orang buat pulut kuning guna santan yang tak masak .Tapi kalau tak masak kita takut nanti pulut cepat basi.kalau untuk mkan sendiri ok la guna santan yang tak payah di masak.

Tapi terpulang la pada citarasa masing-masing.Selamat mencuba..





Comments

  1. Adoiiii lapaq pulut kuning plak..kami takut nk buat..takut pulut x jd elok masaknya..nti try resepi ni

    ReplyDelete
  2. Cara buat tu sama dengan cara mak Rose jugak.. sedapnya, lama juga tak makan pulut kuning...

    ReplyDelete
  3. terliur tengok gmbar pulut tu. kena ajak mak CR buat gak ni. terima kasih atas respi tu ye

    ReplyDelete
  4. sedapnya pulut kuning dgn gulai daging

    ReplyDelete
  5. Ktorg kalau nk smbut bufday mst buat pulut kuning cicah kari... pehh sedap yg amat.. tp yg alah pd pulut xsyoklaa..hehehe

    ReplyDelete
  6. Pulut kuning ni Kadang org kawin pun buat, saya suka mkn dgn rendang

    ReplyDelete
  7. Thanks for the recipe, dah lama tak makan pulut kuning. Makan sekali kala with kari ayam memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni tgh dok teringin pulut kuning. Mkn ngn rendang. Masalahnya xnk yng sndiri masak. Nk org masak. Haha
    mcm mna tu..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …