Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 61

SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 61 UNTUK SEMUA PEMBACA DAN RAKYAT MALAYSIA. HARI INI ADALAH ULANGTAHUN KE 61 NEGARA KITA MERDEKA. SETIAP TAHUN DAH TENTU SAMBUTAN NYA MERIAH. SEBAB NAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA INGAT AKAN TARIKH BERSEJARAH NEGARA KITA NI.


TAPI SEMANGAT MERDEKA DAN CINTAKAN NEGARA NI JANGAN LA CUMA DATANG PADA SAAT 31 OGOS SAHAJA TAU. KALAU BOLEH KEKALKAN SEMANGAT TU DAN TERUS ADA RASA CINTAKAN NEGARA.

DALAM MASA YANG SAMA KENANG LA PENGORBANAN MEREKA-MEREKA YANG PERNAH BERJUANG UNTUK NEGARA KITA NI. MUNGKIN PEJUANG-PEJUANG DI ZAMAN AWAL TANAH MELAYU NAK MERDEKA DULU TU AGAK JAUH UNTUK KITA KENANG.

TAPI INGT LAGI TAK KES LAHAT DATU? ITU JUGA SATU SEJARAN YANG PATUT UNTUK KITA INGAT DAN KENANG. KISAH TU AMAT DEKAT JE DENGAN KITA SEBAB MACAM TAK SANGKA DI ZAMAN NEGARA KITA MENUJU KE NEGARA MAJU MASIH ADA LAGI YANG BERANI MENCEROHOH NEGARA KITA .

MASA TU JUGA ADA ANGGATO KESELAMATAN KITA YANG MENJADI KORBAN.

SEKIAN.






TAHNIAH!! GAMBAR COMEL ANAK SHARNAAZ AHMAD DAN NOORNABILA

Tahniah untuk pelakon Sharnaaz Ahmad dan Isteri kerana baru saja menimang cahaya mata lelaki pertama mereka pada 30 Ogos 2018. Bayi yang hanya diberi gelaran BabyJ tu dilahirkan pada 9.01 minit pagi tadi.

Sharnaaz dalam satu post dia akaun instagram nya melahirkan rasa syukur pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isterinya.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya Noornabila kerana melahirkan anaknya itu dan menganggap ianya sebagai hadiah hari lahirnya yang jatuh pada hari yang sama dengan tarikh kelahiran bayi pertama mereka.


Menurtut Sharnaaz  bayi dan isterinya dalam keadaan sihat _________________________________
Comelnya anak diaorang ni..kan??hidung mancung tu nampak sangat dah, Maklum lah , ibu dan ayahnya pun bukan golongan hidung kemek-kemek..hahah..

Beruntung nya Sharnaaz sebab anak nya lahir pun pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran nya. Nanti boleh la sambut harijadi sekali.









Semoga BabyJ membesar sebagai anak ya…

SIARAN ASTRO PERCUMA DARI 30 OGOS HINGGA 17 SEPTEMBER

Sempena hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 Astro berbesar hati memberi semua siaran secara percuma kepada pelanggan nya..

Ha..Gitu la yang saya baca apa yang dikongsi rakan-rakan di sosial media. Maka nya hari ni kita pun dapatla tengok siaran 404 . Siaran untuk filem-filem seram.

Dalam penakut2 tu anak-anak pun suka la tengok. Siaran ni kami tak langgan jadi bila ada peluang kita layan habis2...hahah..

Dah memang anak beranak suka tengok tv. Jadi memang siaran percuma ni kami anggap bagus la.. Selalu-selalu la bagi siaran percuma lagi ye Encik Astro..hahah


Setakat ni filem-filem yang kami dah tengok melalui siaran percuma ni cuma dari siaran 404 , lagi yang siaran-siaran Korea tu..(harus la...)

Siaran yang diberikan semua percuma kecuali  astro first dan siaran yang tertentu lah..nanti korang check je la ye..

Siaran Astro ni kalau korang memang langgan semuanya , tak best tengok pun..Sebab dia ulang-ulang filem tu je.. Sebab tu la bagi saya rugi je kalau korang langgan …

RESEPI PULUT KUNING YANG PALING SEDAP SESUAI UNTUK BUAT BERNIAGA

Assalamualaikum..

Raya haji yang lepas mak saya ada buatkan pulut . Cadangnya nak buat pulut kuning tapi terlupa nak rendam pulut tu dengan kunyit. Jadi dia kata buat je la Pulut Aqhon.. Saya pun tak tau nak eja cemana..Tau sebut je la..hahahah..

Perbezaan pulut kuning dan pulut aqhon tu cuma, pulut kuning warna kuning dan berbau kunyit sikit tapi pulut aqhon tu warna putih.Dia cuma di asun dengan santan selepas di kukus. Mungkin orang lain sebut nama yang lain..kan??

Pulut aqhon tu mak saya suruh buat sebab nak raikan harijadi adik dia ..Iaitu makngah saya ni..



Nampak tak pulut dia tu.. Saja je hias macam tu .. siap letak telur dua biji.. Sebab mak saudara saya ni gila2 macam anak-anak saudara nya jugak.. hahah.. Jadi kita hias pun style giler-giler je la..

Oleh sebab hari tu tak dapat buat pulut kuning jadi hari last raya haji tu suami minta buat kan pulut kuning. Saja la dia tu nak makan pulut kuning pulak. Kebetulan pulut pun banyak. Jadi kita buat la lebih sikit untuk sedekah ka…

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN

Tips Mengelak kan Koyakan Teruk Semasa Bersalin Bersalin Proses melahirkan anak memang sakit. Saya tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata bersalin tu tak sakit. Cuma mungkin tahap kesakitan tu berbeza bagi setiap orang.

Selain rasa sakit, bersalin juga boleh jadi macam-macam risiko.Salah satu yang paling kerap terjadi ialah koyakan pada vagina . Tapi ada ke cara untuk elak kan koyakan teruk pada vagina ketika melahirkan anak?

Jom baca tips yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Eizat untuk para wanita mengelak kan koyakan teruk pada vagina.


1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK



2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung



3. Urutan…

RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP DAN SEDAP

Assalamualaikum... Hye semua..
Musim cempedak dah kembali.Sejak 2,3 minggu ni tak putus-putus cempedak kat rumah ni. Saya ni tak boleh makan cempedak banyak-banyak.Cukup seulas dua je.Kalau makan banyak-banyak memang tak bangun la nanti..Sakit kepala nak pitam semua nya ada.
Bila dah banyak  buah cempedak   tapi tuan rumah tak makan kita pun sedekah je la kat orang.nak sedekah gitu je tak syok pulak. Jadi kita goreng je la dulu. Orang yang nak makan pun tak payah susah-susah nak kupas dan nak kena goreng bagai.
Leceh sikit cempedak ni sebab ada getah jadi kita tak nak susahkan orang kita pun goreng siap-siap dan bagi orang makan. Dah siap masak sedekah lah kat jiran , bagi suami bawak ke tempat kerja dan jemput kawan Maisara datang rumah makan cempedak goreng,
Last-last habis jugak cempedak tu.Saya ni bukan tak suka makan cempedak goreng.Bila sekali makan terus tak mau berhenti mana la tak sakit-sakit..hahha.
Nak buat cemana dah saya masak sedap..Sendiri masak semdiri yang tergoda.ka…

AZREL ISMAIL SUKAR TERIMA KRITIKAN - PANDANG RENDAH PADA ORANG ASLI

Minggu lepas FINAS mendedahkan kutipan Filem Pulang mencecah 1 juta selepas seminggu ditayang kan. Ramai yang beri maklum balas tentang filem ni. Rata-ratanya cukup puas hati dan banyak review di twitter dan Instagram yang turut memuji Filem arahan Kabir Bhatia ni.
Walaupun filem ni mendapat pujian ramai tapi dah tentu lah pasti ada kritikan tentang lakonan setiap pelakon.  Terpulang pada pelakon tersebut sama ada nak terima atau tidak kritikan -kritikan yang dilemparkan.

Tapi apa yang membuatkan ramai marah dan kecewa apabila Azrel Ismail , yang memegang watak Omar membalas kritikan yang mempertikaikan kemampuan nya dalam PULANG dengan kata-kata yang seolah-oleh memandang rendah pada Orang Asli.


"Thank you bro just for ur info this is the negative comment ive received & you relate with my biceps & jambang? ok maybe ur education is from orang asli. Please support more local movie next ya wishing u good luck bhai "

Memang tak sepatutnya Azrel membalas kritikan deng…

ANDA PERLU JATUH UNTUK TUMBUH

Kita sering marah dan kecewa dengan suatu kejadian namun setelah waktu berlalu ternyata “kejadian” tersebut begitu menguntungkan dan membawa hikmah yang sangat besar dan sangat bermanfaat, jauh lebih baik dari apa yang diharapkan sebelumnya.
sekian.

SENARAI 50 UBAT KURUS YANG MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG

Selain melakukan aktiviti fizikal, pengambilan pil menguruskan badan adalah antara yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk menurunkan berat badan dengan cepat meskipun perlu berdepan risiko membahayakan kesihatan dan nyawa.
Sikap segelintir wanita yang begitu terdesak untuk mempunyai bentuk badan langsing menyebabkan lambakan produk perlansingan badan atau ubat kurus dijual sewenang-wenangnya di kedai jamu dan ubat-ubatan.
Terdapat pelbagai jenis pil di pasaran, termasuk yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine, dan kebanyakan produk ini tidak menerangkan secara terperinci kandungan sebenarnya.
Lebih merisaukan lagi apabila ubat-ubat kurus ini dipercayai tidak mempunyai kelulusan dari KKM dan dipercayai mengandungi bahan-bahan terlarang.
Berikyt adalah sebarai 50 ubat kurus yang mempunyai bahan terlarang .




1. 7 Day Slim Capsule - Sibutramine 2.Acai Berry ABC 500mg Soft Gel - Sibutramine 3.Acai Berry Slimming Herbal Soft Gel -Sibutramine 4. Amberine Capsules - Sibutra…

DI TANGKAP SEDANG BERLAKU CURANG , WANITA GIGIT ZA**R SUAMI HINGGA PUTUS

VELLORE , INDIA: Polis Vellore pada Rabu lalu  menahan  seorang wanita berusia 45 tahun
 kerana menggigit  zakar suaminya sehingga putus selepas dia ditangkap berlaku curang  dengan seorang lelaki lain di kampung Thuraimoolai dekat Gudiyatham di daerah Vellore.

Menurut pegawai Polis yang menyiasat kes itu wanita tersebut yang dikenali sebagai  Jayanthi, telah didakwa dengan cubaan membunuh.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi hari Isnin lalu .  Penduduk kampung bergegas membawa suami wanita terbabit yang mengalami pendarahan akibat dari bahagian alat sulitnya yang sudah  terputus ke Hospital Kerajaan Vellore . Dia kemudiannya di rujuk ke Rajiv Gandhi College Medical Hospital dan Hospital di Chennai untuk mendapatkan rawatan segera.

Suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Senthamarai, 55, adalah seorang petani. Pada hari tersebut Jayanthi telah mengambil bahagian dalam festival kuil di kampung



Selepas acara di kuil kira-kira jam 1:30 pagi , Jayanthi beredar dari festival. Selepas …

ENTRY PERTAMA PUN DAH MARAH-MARAH..

TAK DE GAMBAR!!
Dah masuk 6/8/2018 .. Ni entry pertama di bulan Ogos.Dasyat betul saya punya sibuk ni sampaikan nak update blog pun tak sempat. Ha..Gitu la bila dah jadi mak2 ni..Anak nak exam pun dengan mak2 nya sekali kena pegang buku..Hahhaha..

Minggu lepas Maisara ada Ujian UPKK. Minggu ni ujian bertulis.Minggu lepas ujian lisan. Peperiksaan percubaan je..Kalau peperiksaan yang yang betul tu entah lagi sibuk agaknya.

Minggu lepas ujian lisan tu saya tak risau sangat.Minggu ni je risau sebab biasanya kalau Kelas KAFA pemandu Van tu selalu hantar lambat . KAFA start jam 3 tapi jam 3 tu dia sibuk nak ambik anak dia kat tuisyen dulu.

Bayangkan lah kita sebagai mak ni apa perasaan sedangkan patutnya dia hantar la anak kita yang start kelas ni dulu..Bukan nya sibuk nak ambik budak2 yang dah balik sekolah. Budak yang balik sekolah tu boleh tunggu kot. Anak dia tak ambik KAFA jadi apa dia kisah agaknya..kan?

Bila dia buat gitu dah tentu la anak kita ni masuk kelas lambat. Hari ni kalau d…