Skip to main content

"SUSAH LA MAU BUAT 3 KERJA SEKARANG..SUDAH TUA.." - TUHAN HANTAR UNCLE SELVAM

Assalamualaikum...

Sampai sekarang saya masih percaya apa sahaja  yang terjadi pada kita adalah kerana Allah nak tunjuk kan sesuatu pada kita . Sama ada perpisahan dan pertemuan.

Kita mungkin diuji dengan dipertemukan dengan seseorang yang akan mengejar kita tentang erti bersyukur..Tentang pengorbanan dan juga tanggungjawab. Tapi bagaimana cara kita menghadapi dan menerima ujian tersebut.??

Saya kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh saudara Afiq Alim yang bertemu dengan seorang penjual aiskrim bernama uncle Selvam.Semoga kita ni memberi manfaat pada kita.


TUHAN HANTAR UNCLE SELVAM


"Aku belok slow je keluar simpang
Dari jauh aku perasan sorang uncle jual aiskrim
Parking boleh tahan tengah jalan la jugak

Bila dekat baru aku perasan 
Uncle ni terlelap atas motor dia
Enjin masih hidup




Aku faham perasan uncle ni
Dulu masa aku selalu ulang alik KL-JB atas urusan kerja pun,
Kalau dah ngantok
Kau nampak signboard RnR tu macam jumpa Nora Danish

Exit lorong. Parking. Tarik handbreak. 
Duduk tegak macam tu je lelap 1 jam bai.haha


"Uncle, mau beli aiskrim"

Dia terjaga
Merah mata dia

"Ngantok ka uncle? Berhenti tido dulu. Jangan bawak motor"

Dia senyum macam malu aku nampak dia terlelap kot

"Sudah tido la bawak moto. Malam pun kerja. Pagi hantar paper"

"Rest dulu uncle. Bahaya parking sini"
Aku pesan


Aku turun dari kereta
Aku berdiri belakang dia
Berbekal pengalaman selalu pergi thai masat
Aku urut tengkuk dia & belakang badan dia
Kasi segar

"Sana ada busstop tu uncle. U jalan sikit. I massage u kasi boleh bawak motor sampai sana"


Tersengih sengih Uncle Selvam kena urut
Dia hulur aku aiskrim lime vanilla




"Thank you thank you hehe. Sekarang saya sana parking.

Susahla mau buat 3 kerja sekarang. Duit tak cukup. Sudah tua"


Sambil aku karate belakang dia, aku kata
"Ini hari I doa sama Tuhan kasi u sihat & kuat. Kasi duit cukup"

Dia toleh belakang
Pandang muka aku
Senyum. Mata masih merah


Uncle Selvam adalah ingatan Tuhan hantar dekat aku hari ni

The struggle is real
Be nice to everyone 
Because we dont know their struggle "- Afiq Alim

Berbuat baik lah sesama manusia tak kira la walaupun kita ni berbeza warna kulit dan agama. Tak rugi pun buat baik dengan orang ni.Kita tak tahu apa kesusahan yang dialami oleh orang lain. Jadi saling lah menjaga hati dan berbuat baik..

sekian...

Comments

  1. BETUL TU KITA PERLU PRIHATIN MSLH ORG LAIN N SALING MENGAMBIL BERAT TANPA MENGIRA SIAPA

    ReplyDelete
  2. waaa. ingatan yang baik. tk perlu kastakan orang. kita semua sama

    ReplyDelete
  3. Satu kisah yg menarik untuk dijadikan teladan.. Moga uncle selvan sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  4. Semoga di limpahkan rezeki, memang kalau tunggu ni penat tapi customer tak datang sampai kita ngantuk

    ReplyDelete
  5. betul tu..duduk depan laptop pun boleh terlelap..lagila bawak motor pagi petang kan..semoga dipermudahkan urusan kita smua amin

    ReplyDelete
  6. ini kisah benar ke k.diana? Bguslah cmni.matleast kita prihatin terhadap org lain juga walau berlainan bangsa.. Kdg2 ksian tgk warga tua yg msh bekerja mencri sesuap nasi...

    ReplyDelete
  7. Bagus la ..bantu uncle tu ..kalau kita tengok pun kesian..kita pun struggle kerja cari dui

    ReplyDelete
  8. Ya betul, setiap orang yang come into our life has a purpose be it good or bad its all about our experiences in life. Always be kind.

    ReplyDelete
  9. Allah.. Rasa sebak pulak.
    Tiba tiba terpikir. Kalau la mak ayah kita yang sedang bekerja begitu rupa, tak dapat bayangkan kepenatan, keletihannya. Demi mencari rezeki.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …