Skip to main content

SUASANA DI PERANCIS SELEPAS MENANG PIALA DUNIA - 2 PENYOKONG MATI DAN RUSUHAN BESAR-BESARAN DI PARIS

Berakhirlah sudah demam Piala Dunia apabila Perancis menjulang Piala dunia untuk kali kedua . Kalau di Malaysia ni, malam tadi jalan memang lengang. Tapi di kedai-kedai makan dan restotan  yang ada skrin besar  semuanya penuh dan padat.

Setiap kali gol dijaringkan bergegar suasana di kedai-kedai makan tu.Itu lah penangan Piala Dunia di Malaysia walaupun pasukan kita tak layak pun ke Piala Dunia.Bayangkan kalau Malaysia ke Piala Dunia.Memang meriah..la..kan??

Itu di Malaysia, Tapi di Perancis suasana lebih meriah ,hangat dan dicemari dengan insiden yang menyedihkan hingga meragut nyawa 2 orang penyokong perancis .

Segelintir peminat yang sedang berpesta  melepaskan bom asap dalam warna kebangsaan - biru, putih dan merah -sebagai tanda kemenangan. Jalan-jalan mula dipenuhi orang ramai.

Orang ramai juga mula memanjat papan iklan dan perhentian bas di kawasan itu untuk mengibarkan  bendera sementara lagu kebangsaan Marseillaise dimainkan

 Namun, kemeriahan sambutan menjadi tidak terkawal dan semakin buruk apabila ada segelintir dari mereka mula  memecahkan tingkap premis perniagaan di sepanjang laluan tersebut.

Pasukan polis terpaksa melepaskan  gas pemedih mata kerana banyak premis-premis rosak dan dipecah masuk ketika  hampir  sejuta orang berpesta  di Champs-Élysées . Kemeriahan  berakhir dengan tragedi apabila penyokong mula merusuh dan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri,.

Di bandar Annecy Alpine, seorang pengokong Perancis berusia 50 tahun patah lehernya  selepas melompat ke terusan ketika meraikan babak terakhir kemenangan  Perancis  4-2 .

Kemudian, di Saint-Felix iaitu kawasan yang  berdekatan, terdapat satu lagi kematian apabila seorang lelaki berusia 30-an memandu kereta dan melanggar sebatang pokok  pokok ketika dia meraikan kemenangan.

Terdapat juga masalah yang serius di bandar Lyon di timur, di mana beratus-ratus pemuda terus mengamuk, menyerang dan membakar kereta. Satu video menunjukkan sebuah kedai pakaian Lacoste sedang digeledah pencuri dan kemudian pencuri tersebut memakai baju Perancis kemudian berlari keluar.



















Suasana yang sepatutnya diraikan dengan gembira dan meriah berakhir dengan tragedi disebabkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

sekian..

Comments

  1. menang pun merusuh ker? x sabar tunggu Malaysia layak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …