Monday, 23 July 2018

RESEPI ROTI YANG LEMBUT MUDAH DAN SEDAP- ROTI SOSEJ DAN ROTI AYAM


Assalamualaikum..

Ini entah kali ke berapa buat roti..Tapi last buat roti tahun lepas kot..hahahah.. Punya la lama dah tak buat tapi kali ni tergerak hati nak buat sebab anak tengah suka roti ikan bilis.Hari2 beli roti ikan bilis lama2 ibu pun rasa baik la ibu nya buat,




Mesti anak-anak puas makan.Roti buat sendiir tu lebih bagus sebab kita tak letak bahan pengawet pun.Bukan setakat ikan bilism ikan jaws pun kita boleh letak.hahah

Tapi bila dah siap uli doh anak-anak kata tak mau roti ikan bilis..Nampak sangat dah jemu..kan??Diaorang nak roti letak sosej  atau ayam je..Nak buat macam pizza tu..Katanya tak mau letak inti dalam roti..

Giteeeeww..banyak syarat nya tu.Tapi sebab nak bagi anak makan roti tetap jugak la kita buat.



Dengan kesabaran dan kecekalan yang tinggi kita pun buat la roti macam yang diaorang nak. Buat roti ni , bahagian yang susahnya cuma part menguli je..tapi kalau tak larat uli sikit2 pun tak pe la kalau setakat nak jamu tekak sendiri..

bukan nya senang tau menguli roti  walaupun cara nya nampak mudah dan bahan pun ringkas2 je..
Kalau ada mesin memang untung sangat la..Kita goyang kaki je depan tv roti dah siap diuli..tunggu dibentuk dan di bakar je.

Tapi roti yang saya buat kali ni memang tak uli lama sebab saya ni tak sihat minggu ni.Batuk2 dan sakit kepala meyerang.Uli roti pun tak sampai 5 minit.

Walaupun uli tak lama tali roti tu naik cantik, lembut dan gebu jugak jadinya.Alhamdulillah.. 


Nampak macam pucat je roti ni kan??sebab tak diletak kan kuning telur kat atas nya;;Kalau letak kuning telur jadi cantik la perang2 kaler dia..Yang merah2 tu sos je..Tapi ni dah cukup masak dah..Jom saya ajarkan cara buat roti ni..Pakar-pakar buat roti jangan kecam pulak ye kalau cara kita tak sama..

Saya ni kalau buat apa2 pun cari cara paling mudah je...

Bahan-Bahan


Bahan A
11g Yis
2 sudu susu pekat
1 biji telur
250ml air


Bahan B
450g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar majerin


topping
Sosej di botol bulat2
Isi ayam /bawang di hiris nipis
Aonari seawed
sos cili
Mayonis



Cara-Caranya

1- Campur semua bahan A dalam satu cawan .Biarkan selama 20 minit.

2- Dalam satu bekas besar masuk kan semua bahan B. Gaul guna hujung jari saja sampai jadi serbuk.Tak mau adunan tu berketul tau..

3- Masuk kan bahan A tadi ke dalam tepung ... uli sampai sebati dan jadi doh.Kalau doh melekit sikit tak pe..jangan risau..nanti dia ok je..

4- Uli sampai 10-15 minit..(saya uli 5 minit je..) Kemudian tutup dan biar je dia berehat selama 1 jam .Lagi bagus kalau tak tempat yang tak de angin dan agak panas..Nanti cepat je doh kembang.

5- cukup satu jam , tumbuk2 sikit dok tu supaya angin dia keluar. kemudian uli sikit lagi dalam 5 minit..Bahagi-bahagi kan doh ikut saiz yang  kita nak.

6- Panas kan Oven... - Doh tu dibentuk kan bulat je dan tekan sikit bagi leper.kemudian letak la topping nya.terserah nak letak apa pun..Korang nak buat bentuk lain boleh je..

7-kalau nak letak sosej sebatang dan lilit doh keliling sosej pun boleh.

8- Sapu loyang dengan majerin dan kemudian letak la roti yang dah korang bentuk kan tadi.Biar je roti naik kembang lagi sebelum di bakar.

9- Bila roti dah naik cantik, oven pun dah cukup panas boleh la masuk kan roti dalam oven.Bakar selama 30 minit suhu 200.

10- minit ke 15 keluarkan roti dan sapu dengan kuning telur. Masuk kan semula dalam oven. Bila dah masak boleh terus keluarkan dan makan..




Roti ni sangat sedap kalau di makan panas-panas..sebab tu la bila beli makan sikit je..tapi kalau buat sendiri makan 4,5 biji pun tak sedar..

kalau topping tu macam2 benda lain lagi korang boleh buat..Boleh letak cheese, daging cincang, serunding dan macam2 lagi..Boleh juga buat roti yang ada inti dalam nya.Letak kaya , jem atau sambal .

Buat roti ni korang kena kreatif sebab tak susah pun sebenarnya nak bagi dia sedap..

selamat mencuba..

13 comments:

  1. waa nice sharing. mek pn suka roti macam ni. buat jek malas dan tk pndai

    ReplyDelete
  2. sedap ni , tapi part uli2 roti tue malas sikit

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Ros tak pernah lagi cuba buat roti sendiri. Boleh try la nanti. Terima kasih Kak Diana.

    ReplyDelete
  4. Kalau buat roti part yang paling susah memang part menguli lah kak oi. Lagi lama kifa menguli lahi lembut roti tuh kan..

    ReplyDelete
  5. Zaza tak pernah buat roti tp memang ada keinginan nk belajar.. Tgk resepi akk share mcm senang juga.tang uli tu kena lama kan baru lembut

    ReplyDelete
  6. kak diana ni memang pandai masakkan..bertuah anak2 sentiasa kenyang..bleh try jugak meroti ni..biase klu buat die x kembang n keras

    ReplyDelete
  7. Rajinnya sis..nampak lembut rotinya..macam ni buat sendiri lagi murah dan banyak kita dapat kan..haishh..nak tryla..kita ikut resepi sis ye

    ReplyDelete
  8. Buat sendiri mkn puas dapat banyak kan, malam boleh mkn lagi .Sedapnya

    ReplyDelete
  9. Bahan buat roti mmg simple je tapi Ya Ampun nak menguli tuu...kurus lengan..haha

    ReplyDelete
  10. Kita tak pandai uli roti. Mesti x mnjdi. Tp nmpk sedap sgt rotiii tu..

    ReplyDelete
  11. Wahhh senangnya. Nanti nak try buatlah...

    ReplyDelete
  12. kalau bab baking2 ni kan.. CT paling fail nak buat roti. penah cuba semua tak menjadi. kalo sipi2 jadi pun takdak sapa lalu makan hahaha..

    ReplyDelete
  13. Ni senang i boleh cuba hujung minggu and makan with my family.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();