Skip to main content

RESEPI BROWNIES COOKIES YANG SEDAP DAN RANGUP

Memang dah lama sangat teringin nak buat brownies cookies ni.Tapi sebab saya tak de silicone macaron mat ni jadi rasa takut nak buat.Takut tak jadi.heheh.. Nak buat atas kertas rasa tak yakin je.Alasan banyak sangat ni..kan??ahahha

Tapi baru-baru ni pergi bakery shop nampak la macaron mat ni.Harganya pun tak mahal.Cuma rm12 je  saiz kecil. Lepas beli baru la rasa semangat nak buat brownies cookies.

Last2 nampak satu resepi di twitter dari NanaJerk.. Nampak mudah dan senang faham resepi yang dia ajar.Saya memang suka ambil resepi-resepi dari beliau ni.Semua resepi yang saya ambil dari dia semuanya sedap2 dan menjadi. kalau korang tak nak buat pun korang boleh beli je kek dan biskut kat dia..sedap dan murah ..



Ini brownies cookies yang saya buat menggunakan resepi dari nanajerk. Brownies cookies ni leceh sikit nak membuatnya.Ada pantang larang nya tau.

Yang pertama adunan nya ni tak boleh terdedah kena angin.Maknanya lepas bancuh terus kena piping atas macaron mat dan bakar. kalau ada lebihan dalam piping bag atau bekas lain korang kena tutup rapat supaya angin tak masuk.

kalau tidak tak kan dapat kedutan kat atas brownies cookies ni. Contohnya macam gambar kat atas sekali tu, ianya adalah adunan yang kali kedua di bakar.Bayangkan yang kali ke 3 dan ke 4 cemana rupanya..kan??memang langsung tak de kedut nya dah.

Tapi bakar yang memula sekali jadi cantik kedut nya.Memang sempurna sangat.Bermakna kalau oven korang kecik macam oven saya baik la  korang bancuh sikit2 je.lepas tu bakar.Nak bakar yang kali kedua , korang bancuh lain..Baru la jadi cantik macam gambar kat bawah ni.

Tapi kalau oven korang besar dan boleh pakai macaron mat yang besar sekali bakar dah boleh dapat 100 keping memang cantik la brownies nya.

Ni yang buat tak sabar2 nak beli oven besar ni.Kalau saya beli oven besar nanti boleh la buka order.heheh.

Biskut ni kalau korang nak simpan kena susun cantik2 tau.Jangan terhentak-hentak sebab kedutnya tu mudah tanggal.Tapi rasanya tetap sedap.

Satu lagi yang korang kena ingat , selepas keluarkan dari oven kena sejuk kan dulu brownies cookis ni.jangan gatal2 nak alihkan dia dari macaron mat tu.Biar dia sejuk atas macaron mat tu je.Bila dah sejuk baru lah dia jadi keras dan rangup



Nampak tak betapa cerewetnya brownies cookies ni.jadi korang kalau malas nak buat baik beli je la.hahahha.. Jangan merungut tau dengan harganya yang memang sedikit mahal sebab nak membuatnya pun banyak pantang larang.

Ok lah..cerita panjang2 tapi tak kongsi resepi tak guna jugak.Tapi awal2 nak pesan biskut ni kalau korang nak buat kena pakai mixer. kalau tidak kerasa kejung la tangan nak pukul telur sampai kembang..

Jom kita tengok resepi membuat brownies cookies yang sedap dan rangup.Adunan ni untuk 140 biji brownies cookies. Sukatan kena tepat dan kalau rasa bahan tak cukup jangan buat Ok..tunggu bahan dah ada semua baru buat..

Ok..Jom tengok resepi..Nak buat biskut ni kena buat cepat2 tau..tak boleh lambat-lambat Termenung main fb, ambik gambar masuk insta...Tak boleh..tak boleh..kena cepat. Kita tak nak chocolate tu ada dalam room temperature lama sangat..Kata nana.. 

SO SEBELUM MULA SILA TIMBANG BAHAN-BAHAN DI BAWAH  SIAP-SIAP.


Bahan A 
200g dark chocolate
125g butter

Bahan B
130g tepung gandum
1 sudu kecil Baking powder
3 sudu besar serbuk Coco

Bahan c
2 biji Telur saiz A
150g gula castor
100g brown sugar


Cara-Caranya:

Panaskan Oven dulu.

Ambik satu bekas lain , kita ayak bahan B..ketepikan..

Cairkan bahan A. guna kaedah double boil..

Ambik bekas lain jugak , pukul bahan c selama 5 minit.Jangan kurang jangan lebih.

Cukup 5 minit matikan mixer dan terus masuk kan coklat yang dah cair tadi.kacau sikit bagi sebati..bagi sebati je tau..tak payah guna mixer pun..kacau guna senduk.

Kermudian masuk kan bahan B yang dha dia ayak tadi.kacau sebati guna senduk je.

kemudian cepat2 masuk kan dalam piping bag. dan ikat bahagian atas,supaya angin tak masuk.

Kalau ada lebih dalam mangkuk tu, tutup rapat adunan ni ye.Jangan bagi kena angin.

lepas tu  potong hujung paiping bag dan mula picit adunan atas macaron mat. Picit sampai bulatan kecik tengah tu je.

sebab nanti dia nak mengembang sampai bulatan besar tu.

Kemudian dah habis piping terus bakar selama 15 minit .suhu 170-180. Yang ni aikut oven saya.Oven korang saya tak tahu la.Guna api atas bawah.

Bila dah siap boleh la keluarkan.Tunggu sejuk ye baru alihkan dari macaron mat.

lepas tu masuk kan dalam balang.Dah siap boleh jual.

Kalau ada apa masalah sila tanya.. Saya dah buat banyak kali biskut ni jadi tahu la sikit2 peranagi dia cemana..hahaha.

selamat mencuba...

sekian..











Comments

  1. Favorite nih brownies. Kalau makan ni, dah tak ingat tengah diet ke apa haha

    ReplyDelete
  2. oh! serius belum pernah rasa lagi yg cookies sebab sblm ni biasa makan brownies biasa je kan..hahaha...kira tekstur dia akan sama macam macaroons jugak la kan kak?

    ReplyDelete
  3. Wahhh ada sekut brownies lah..na ti boleh lah try ..mmg suka sekut brownies ni ranggup dan penuh coklat hihi

    ReplyDelete
  4. Pandai akk buat.. Rasa nak belajar jugak buat biskut2 mcm ni..resepi pun simpe dan penyediaan bahan pun senang

    ReplyDelete
  5. Pehh brownies cookies.. Lama gila xmakan.. Sllu mkn yg kek brownies je.. Tp nmpk cm menarik lak buat guna bks macaron..msti comel2 je cookies ni kan..tq bg resepi..nnti de mse nk try la..

    ReplyDelete
  6. Wow looks so sedap its loaded with chocolate and nak cuba la.

    ReplyDelete
  7. Bestnya pandai buat cookies.. ni kalau makan time tengok tv mau licin sebalang.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. tak rasa lagi brownies cookies ni..kalau pandai buat memang best..leh buat banyak2..makan sendiri ..hahaha..jimat..kita tak reti nak buatla walaupun ada resepi..hahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau jumpa brownies memang x bleh nak diet da coz brownies are my fav 👍👍

    ReplyDelete
  10. Cik en suka makan tp x reti buat.. hahahah..lps ni DR boleh bukak cafe sndri la.m hahaha

    ReplyDelete
  11. Cookies coklat memang makanan favourite saya. Boleh saya makan dengan tak henti2.
    Just Unique

    ReplyDelete
  12. sedap ni!
    aida tak pandai buat.
    kakak yg buat ari tu time raya.
    tak sempat nak merasa byk.
    abis di makan oleh anak-anak.
    tetamu pun tak merasa! ha ha ha ha :)

    ReplyDelete
  13. Salam..nak tanya pukul tu kelajuan slow, sederhana atau tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelajuan tinggi..sebab tu kena guna mixer..kalau pukul guna whisk je memang tercabut tangan..kalau guna whisk pukul lama sikit la..baru kembang cantik.

      Delete
  14. Salam sis. Kenapa saya buat tak menjadi ye. Dia berkedut seribu. Tak berkilat mcm sis buat tu. Huhuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …