Skip to main content

PEMANDU GRAB WANITA KONGSI PENGALAMAN HAMPIR JADI MANGSA SAMUN DAN BUNUH



Sekarang ni nak keman-mana jadi mudah sebab kita dah ada grab. Applikasi ni memang sangat berguna dan dah ramai yang menggunakan perkhidmatan grab ni.

Tapi sejak akhir-akhir ni macam-macam cerita melibatkan pemandu grab. Kes terbaru seorang pemandu grab di temui mati dibunuh. Pembunuh pun sudah di tangkap dan sedang dalam siasatan.Di harapkan pelaku nya diberikan hukuman yang setimpal.

Baru-baru ni seorang pemandu grab wanita berkongsi pengalaman hampir menjadi mangsa samun dan bunuh . Walaupaun kehadiran polis tepat pada masanya dan waktu itu wanita tersebut belum diapa-apa kan namun dia sangat bersyukur kerana tidak menjadi mangsa .

Ikuti kisah pengalaman JamNaFaziran yang dikongsikan nya untuk pengajaran kita semua terutamanya yang bekerja sebagai  pemandu grab.

"Aku nak share sikit kisah aku bawak grab kene tahan polis bersama 3 orang warga asing yang membawa senjata. 

Arini aku ade open house kt umah mmber, so aku siap² la berbaju kurung bagai nak ke open house..tpi sebelum tu aku bercadang nak buat la grab sementara ada mase kan..then aku pun keluar dari umah, pegi isi minyak then on apps grab..

Then job pertama masuk berdekatan dengan tempat aku tu.. Ak ambik rider aku ni kat Brem Mall ke Mutiara Apatment Jalan Klang Lama.. mase aku sampai tu, aku  tak nampak rider..aku call tak angkat tapi lepas tu dia muncul then suruh aku tunggu jap lagi 2 org kawan dia.. Sorang laki sorang pompuan.. Yang suruh aku tunggu ni laki

Lepas dorang naik aku pun bukak la waze menuju destinasi yang akan memakan masa lebih kurang 26 min.. Tiba² lagi 17 min nak sampai destinasi kete aku ditahan polis.. Polis yang tengah naik moto tu bagi isyarat suruh aku berhentikn kete kat tepi..aku pun dah naik cuak..

Aku cuak sebab takut aku kene tahan sebab bawk laju ke? Setau aku, aku bawak biasa je..lepas aku berhenti dan  turunkan tingkap nak bercakap ngan polis tu then Polis tu tanye aku ' grab ke?' aku pun jawab 'ye' then dorg mintak izin aku nk periksa penumpang.

Aku pun ye kan jela then tunggu dalam kete..mase tu aku rase besa jela...tetibe² polis tu datang kat aku ckp 'dorg ni nak pegi mana?' aku bagitau nak ke mutiara aptment then guess what..polis tunjuk k aku sebilah pisau thenbagitau aku 'tau tak  ape ni cik, ni PISAU!

Aku nzmpk pisau tu terus berderau jantung aku laju.. Polis tu ssmbung lagi  'Bi mesti diaorang cuba nak  samun/bunuh cik ni, pengenalan diri ape pn takde, duit pntak de, ade pisau je, polis jmpa pisau tu kat poket seluar salah sorang dari dorang..ko ghase?

Aku memang dah nak menangis muka mase tu then tangan aku menggeletar..sejuk kaki tangan aku smua..pastu polis tu tanya aku lagi 'cik tak de syak ape² ke? Berapa harga nk kesana? Tau tak tu tempat ape?'
Aku dalam keadaan panik ni, aku bagitau suara aku pun tergetar².. 'Saya tak syak ape² pun, saya tak tau .ikut waze je.'

Then polis suruh aku, follow dia pegi balai untuk buat laporan & ambik steatmen aku.. Mase aku nak follow tu, dorangg yang warga asing tu naik kete polis and aku pulak diiringi moto polis yg lain..m dah mcam ape je




Sampai balai aku pun citer la semua.. Baig la kerjasama kan..semua polis cam tertumpu kt aku..yela, dah la aku pompuan, dengan kes pemandu grab yang dah mati tu lagi..sambil tu diaorang bagi la nasihat kat aku bagai..

Aku tengok muka 3 org tadi tu aku rase cuak..tau tak diaorang bagi  alasan kat polis pisau tu dorang nak potong sayur ,ayam bagai..tapi bentuk pisau tu kalau korang tengok, tak macam  pisau untuk  memasak tau, memang macam  pisau nak bunuh orang..seram je aku rase..

Pastu aku ingt dah habis la kes tu kat situ, belum lgi.. Kene pergi ke Balai Polis Sentul pulak sebab kawasan sentul la ape la.. Then kene tggu pegawai siasatan jenayah dalaman pulak soal siasat aku..

Aku ade tanye kenapa polis tiba -tiba nak tahan  kete aku? Diaorang cakap nampak  ramaidalam kete dan  muka mencurigakan..diaorang saja la nak  periksa. Memang diaorang tengah  buat rondaan pun.

Korang tau, polis bagitau tempat Jalan Klang lama tu dekat dengan hutan dan perdalaman..ko ghase? Mane aku tak cuak weh..

Aku bersyukur sangat aku selamat dari musibah yang akan menimpa aku ni..syukur Allah lindungi aku..serius aku rase kalau tak ada sebab  polis tu tahan aku dengan berbaki lagi beberapa belas minit nk sampai destinasi aku rase aku mgkin tak selamat

Ni aku bukan nak show off ke ape ye.. Tpi aku cuma berpikiran positif je terhadap ganjaran yang Allah bagi..sebelim keluar nak buat grab, aku buat dhuha, doa la supaya aku murah rezeki ke kan..tapi aku bersyukur sebab aku terselamat, diberi nyawa panjang and jauh dari musibah pun rezeki kan?

Lagi 1 aku baru nampak hikmahnya kete aku punya tinted dibukak..fyi sebelum ni kete aku memang ade tinted and tinterd tu cam gelap, so mase kete aku masuk puspakom, puspakom suruh bukak tinted tu..aku cam sedih sikit sebab aku pasang tinted tu dlu rm350 rasenya.

So aku ade sikit la perasaan kecewa and sedih cuma aku pasrah jela..now aku nampak la hikmah tinted tu tak ada..kalau tak mesti polis pun tak nampak sape penumpang yang mencurigakan tu

Disini aku ingin mengucapkan terima kasih sebab telah pun berusaha membenteras jenayah dan menyelamatkan aku.. Ehtiber..siap belanja aku satu tin air lgi. Pastu guide aku kesana sini lagi kan dan semestinya aku juga rasa terima kasih pada Allah sebab dah lindungi aku ni.."

sekian..

Comments

  1. seram giler.. dulu pernah bawak uber je. skang ni rasa malas nak bawa grab.. leceh tambah lagi dgr cerita bukan2..

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  2. huhuhu.... seram jgk baca kisah grab perempuan ni kan... nsb lah kene tahan polis...
    Allah nk bantu dia kan, bahaya jgk lah pemandu grab ni kn... mmg kene ada ciri2 keselamatan lain pd menadu grab ni terutama yg wanita

    ReplyDelete
  3. makaiiii..berderau darah baca..seramnya..husband sekarang ni dh la rajin bawak grab..risau

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …