Skip to main content

BETUL KAH TANDA LEBAM DI PEHA DAN KAKI ADALAH DISEBABKAN JIN JATUH CINTA

Assalamualaikum..



Seingat saya masa sekolah menengah memang pernah ada kesan lebam di peha dan kaki. masa tu mak saya kata hantu gigit. Tertanya-tanya juga betul ke hantu gigit.Kenapa dia gigit je tapi tak tunjuk diri dia depan saya.Hahhah..

Sebenarnya  tanda lebam di peha dan kaki ni ada kaitan nya dengan jin. Walaupun dari segi perubatan moden ianya ada kaitan dengan tekanan darah kita tapi jangan sesekali pandang mudah dengan pandangan dalam perubatan islam.

Saya tahu , ada orang yang tak percaya langsung dengan keujudan jin . Macam baru-baru ni ada seorang doktor yang mempertikaikan kejadian rasuk akibat Jin,Bagi doktoor tersebut hanya orang melayu saja yang asyik di rasuk jin.Orang negara lain tak de pulak masalah di rasuk Jin,



Tapi mungkin doktor tersebut terlalu banyak layan drama dan filem melayu sampai tak ambil tahu tentang negara luar.Hahahah.Kita maafkan je lah dia ni.Yang penting cerita tentang jin dan syaitan ni ada tertulis dalam al-quran.Boleh la google2 dan bertanya pada ahli agama tentang kisah jin dan syaitan dalam al-quran tu ye doktor2 sekalian..hahahah

Kali ni saya kongsikan satu post dari pengguna twitter  yang dikenali sebagai Fatiha berkaitan lebam pada peha dan kaki. Apa yang saya tahu ibu kepada Fatihah ni adalah seorang pengamal perubatan islam.Jom baca perkongsian beliau yang sangat bermanfaat untuk semua.

"Bangun tidur je tiba-tiba korang tengok ada lebam kat bahagian kaki dan peha (especially perempuan) Siapa kat sini kerap ada lebam di anggota badan?

Bila jin/makhluk halus mula JATUH CINTA pada seseorg wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaanya, JIN akan wujudkan kesan lebam pada peha wanita itu. Kalau dibiarkan lebam ni akan melarat ke anggota badan yang  lain.


Lebam digigit oleh jin boleh berlaku apabila seorang wanita itu tidur selepas waktu asar. Biasanya kesan tu korang boleh tengok di bahagian peha kanan atau kiri. Tompok lebam kebiruan.


Dan kalau korang dapat tengok, mesti ada 5 lubang halus pada lebam tu.


Yang lebih malang lagi, bila jin dah mula mengigit dia akan gigit lagi. Jangan biarkan jin jatuh cinta dengan diri korang. 

- Elakkan keluar rumah waktu senja. - Jangan berpakaian yang tidak menutup aurat
- Elakkan duduk di tempat-tempat yang sunyi
- Elakkan juga duduk kat bilik seorang diri waktu petang/senja.
- Elakkan mandi pada waktu maghrib tanpa pakaian(bogel)  gunakanlah kain basahan.

Wanita tidak dapat melihat jin, tapi Jin dapat melihat kekasihnya. Bila kena gigit Jin, itu tanda kasih jin pada korang.

Jangan mengoda jin dengan kecantikkan dirimu, bilamana seekor jin dah jatuh cinta denganseorang wanita  memang buruk padahnya.
Ada yang namakan sihir Jin Asyik ( Jin sedang Angau).


Bila jin dah jatuh cinta pda seorang wanita , ianya dapat menghalang wanita dari mendapat jodoh .Maknanya  susah wanita tersebut nak  cari jodoh. Bila orang datang merisik senyap, orang nak datang meminang juga senyap. Itu disebabkan jin tu sedang mempertahankan cinta mereka di alam yang lain.

Sebab tu bila korang kenal dengan seseorang tu sekejap je,lepas tu putus dan tak tahan lama.

Jin tak bagi orang lain ambil hak dia. Dengan cara tu dia halang seseorg lelaki tu untuk rapat dengan kekasih dia.

Benda ni jangan ambik mudah ye guys, bila korang tengok tanda lebam ni siap ada bekas gigitan halus lebih dari seminggu itu tanda jin dah jatuh cinta dgn korang.


TAPI KORANG KENA INGAT TAK SEMUA LEBAM TU ANGKARA JIN, BOLEH JADI ITU DISEBABKAN TEKANAN DARAH KORANG RENDAH


CARA nak bezakan macam naa gigitan jin dan yang mana lebam akibat tekanan darah ialah korang tengok gigitan pada lebam tu.Kalau ada  5 lubang halus  itu disebabkan GIGITAN CINTA JIN."


Walaupun post dari Fatihah ni mendapat banyak tentangan tapi bagi saya yang bergama islam, orang melayu, orang kampung pulak tu,saya percaya dengan post ni. Lagipun tak salah pun kalau kita berhati-hati.Nasihat yang diaberikan pun adalah nasihat yang baik.



Tapi dalam masa yang sama saya tak menolak pandangan doktor-doktor yang mengatakan lebam ni juga disebabkan penyakit yang tak de kaitan dengan jin.Contohnya macam SLE atau jangkitan virus.. Tak salah pun kalau kita nak gunakan kaedah perubatan islam dan juga perubatan moden.

sekian..


Comments

  1. adoiyai seramnya. kena always doa jauh benda2 macam ni.. tidur kena doa banyak jugak.

    ReplyDelete
  2. Kena sentiasa jaga diri, takut juga walau sekadar baca. Benda yg xnampak ni memang payah org nk percaya.tapi Kita tahu Ada makhluk lain yg hidup di Alam lain.

    ReplyDelete
  3. Saya jika bnyk leka.. Cth solat dihujg waktu trlelap kpenatan di waktu asar memg akn ada lebam trsebut.. Masa ank dara pun kerap kne tindih.. Sya dah kawin Tapi mcm² mslh dlm rmhtgga sya.. Hanya sabar&solat shj ponolong sya utk brtahan.. Doakan sya sntiasa kuat.

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…