Skip to main content

MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAH HUKUMNYA HARAM DAN BERDOSA

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir semakin ramai golongan muda yang mempersendakan nama Allah secara-terang-terangan di media sosial. Iainya sesuatu yang sangat tidak beradab dan mencemar kesucian agama islam dan menaik kan kemarahan ramai umat islam.




Namun ada yang memandang isu ini sebagi perkara yang remeh dan boleh dimaafkan begitu sahaja.Mufti Wilayah Persekutuan , Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu posting nya di twitter memberi penjelasan berhubungn isu ini.

Bergurau dengan melibatkan nama Allah? Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.


Dan jika engkau bertanya kpd mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanya berbual & bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah & ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok & mengejeknya?"

[Al-Tawbah: 65]


Imam Ibn Kathir meriwayatkan, ayat ini turun kepada seorang lelaki daripada kalangan munafiqin yang mengatakan, “Me­nurut penilaianku, mereka yang menjadi tamu kita (Muhajirin) tiada lain adalah orang-orang yang paling mengabdi kepada perutnya, paling dusta lisannya, dan paling..

pengecut di saat perang berkecamuk.” Lalu hal itu disampaikan kepada Rasulullah SAW, dan lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW yang telah berada di atas untanya dan memacunya untuk berangkat, kemudian lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguh­nya kami hanya bersenda...


gurau dan bermain-main saja.” Maka Allah SWT menjawab melalui firman-Nya: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/171)

Menurut al-Qadhi Ibn al-‘Arabi, perkataan yg disebutkan oleh golongan munafiqin itu tidak..


sunyi daripada dua kemungkinan, sama ada dengan bersungguh atau bergurau. Namun, kedua-duanya tetap membawa kepada kekufuran. Ini kerana, bergurau dengan perkara kufur itu kufur tanpa sebarang khilaf (LihatAhkam al-Qur’an, 2/543).

Wajib mengucap  dua kalimah syahadah dan bertaubat

Isu ini juga mendapat perhatian ramai netizen dan berpendapat  wajib bagi mereka yang memeprsendakan agama untuk mengucap 2 kalimah syahadah dan bertaubat seperti yang dipetik dari post pemilik akaun twitter Serban Putih.

- Mempersendakan agama (istihza') itu boleh membuat aqidah seseorang itu gugur & wajib untuk dia mengucap 2 kali syahadah serta taubat nasuha. 

Baik dia menghina Allah swt, menghina para Nabi, para Malaikat, atau mempermainkan syiar agama ini. Nauzubillah.
Istihza' boleh berlaku dengan lisan dan juga perbuatan. 

Contoh lisan menghina Nabi.

"Aku lebih pandai dari Nabi. Sebab aku pandai baca dan tulis."

Org spt ini telah jadi kafir.
Dengan perbuatan seperti memijak al Quran. 

Kata ulama, bahkan jika dia melakukan zina di atas sejadah boleh jadi kafir. 

Kerana dia telah menghina syiar agama.
Banyak sekali orang suka buat video berlawak dengan solat.

Dia anggap solat itu satu lawak jenaka. Solat lepas tu berjoget. Ada pula solat atas air lepas tu sujud masuk dlm air. Solat rukuk terbalik.

Solat itu satu syiar besar dlm agama dan dia telah mempersendakannya.
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok?”. (At Taubah/9 : 65)
Hukum istihza' bid din ini sangat berat. Jadi berhati-hati cakap pasal Allah dan rasulNya. 

Imam Nawawi sebut dlm kitab nya Raudhatul Tolibin. Org yg minum arak atau zina dgn ucap bismillah. Dgn niat nak melecehkan asma Allah. Dia telah jadi kafir.


Jangan sampai mempersendakan agama.Yang haram itu tetap hara.Kkita semua buat dosa tapi dosa itu tidak pula kita agung agungkan.Tidak juga kita sebar sebarkan.. 

sekian..

Comments

  1. KEMURKAAN ALLAH TIDAK TERTANGGUNG AZABNYA..USAHLAH MENGUNDANG MURKA-NYA WALAU CUMA TERDETAK DI HATI AST AGHFIRULLAH

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …