Skip to main content

INI YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA HIDUNG BERDARAH - BARING KETIKA HIDUNG BERDARAH BOLEH MENYEBABKAN DARAH MASUK KE PARU-PARU

Hi semua..

Kali terakhir saya mengalami hidung berdarah pada  1997 kot. Lama giler dah tu.Lepas tu seingat saya tak pernah alami hidung berdarah sampai la sekarang. Masa tu saya pergi Kem Bina Negara. Mungkin cuaca terlalu panas sampai hidung berdarah. Dapat la rilek2 dalam atas katil tak payah join merentas desa. Hhehehe..

Tapi masa tu hidung berdarah saya cuma cuci dengan air., sumbat kapas dah siap..tak de la buat rawatan ke apa..

Hari ni terbaca satu perkongsian dari Dr Mohd Shaiful Nizam iaitu seorang pakaR telinga, hidung dan tekak.Ianya berkaitan masalah hidung tiba-tiba berdarah.



"JANGAN sesekali BARING ketika hidung BERDARAH..!! Ini sangat BERBAHAYA kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah AWAL & BETUL semasa hidung BERDARAH???

Pertama :JANGAN PANIK..!! Pastikan anda dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk kehadapan. Ini bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru anda.


Kedua : Picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan jari ibu dan telunjuk anda sehingga 5 minit. Pada masa ini boleh bernafas melalui mulut untuk seketika.


Ketiga : Ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan didalam plastik atau bungkusan kain dan diletakkan pada dahi anda.


Keempat : sebagai tambahan anda boleh juga kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.


Kelima : Jika ada darah yang mengalir di dalam mulut, JANGAN TELAN..!! Ludah keluar. Kebiasaanya  pendarah akan berhenti selepas beberapa langkah diatas.


Keenam : Jikalau hidung anda masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah diatas, SEGERA ke KECEMASAN HOSPITAL yang terdekat kerana kemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius. KONGSI & SEBARKAN AGAR MEMBERI MANFAAT..!! "



Saluran makanan dan pernafasan adalah berbeza namun kedudukan nya yang sebelah menyebelah menyebabkan ada risiko untuk darah masuk ke paru-paru.

Menurut doktor Shaiful lagi cuaca panas dan terik boleh menjadi punca mengapa hidung boleh berdarah.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..



Comments

  1. wah.. bagus entri ni.. TB tak pernah tahu pasal ni.. ilmu yang penting ni kalau berlaku perkara macam ni dah tahu apa nak buat

    ReplyDelete
  2. Belum pernah alami hidung berdarah tapi ada lah jumpa situasi sebegini pada rakan sekolah dulu.. Biasa sebab panas kan.. Tapi kalau berterusan memang perlu berjumpa doc sbb risau jugak ada masalah lain..

    ReplyDelete
  3. Thanks share info ni..anak el yg ppuan tu sllu kena hidung berdarah. Selalu suruh dia duduk dan sumbat ngan tisu jer ataupun cuci dgn air

    ReplyDelete
  4. samalah..dulu kecik2 kerap hidung berdarah..sekarang takde..oo tak boleh baring ye..dulu rasanya baring je..huhu

    ReplyDelete
  5. Kita penah knr byk kali..sllu buat cre yg dongak ke atas dah tekap ais... Cpt reda yg tu... Tp skrg dh dewasa xpenah kene lg..kne wktu remaja je..hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tak pernah kena lagi hidung berdarah. Nice info dan boleh apply jika alami..

    ReplyDelete
  7. This is really a noted to all. Before this I also think that we should baring when hidung berdarah but actually can cause more complication if I do that.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …