Friday, 1 June 2018

4 MAKANAN INI SEPATUTNYA TIDAK BOLEH DIPANASKAN SEMULA



Bulan puasa ni kurang sikit masa kita untuk memasak di dapur.Dapat la ibu-ibu berehat sikit.Tak macam selalu yang setiap hari kena masak 3 kali.

Tapi bila bulan puasa kita cuma masak 2 kali je. Sekali pada waktu petang untuk berbuka dan sekali lagi untuk bersahur.

Tapi ada juga yang masak sekali je . Dia masak waktu petang tu dan lauk lebihan berbuka tu dipanaskan semula untuk dimakan pada waktu sahur.

Tahu tak sebenarnya ada makanan  yang kita tak patut panaskan semula untuk dimakan ketika bersahur atau waktu lain.

1- Cendawan - Memasak cendawan memerlukan masa yang singkat .Ianya tak boleh dimasak terlalu lama sebab ianya sejenis makanan yang mudah rosak .

Saya sendiri bila memasak, cendawan tu saya masuk kan last sekali.Kacau2 sikit dan mendidih terus angkat dan dihidangkan.

Cendawan juga sebaiknya di habiskan.Jangan simpan untuk esok la, untuk makan malam nanti la sebab kalau kita simpan mungkin itu akan meneybabkan kita alami sakit perut.

Sebab itu cendawan tak boleh dipanaskan semula untuk di makan.

2- Telur - Telur juga apabila dimasak berulangkali akan merosak kan telur tersebut.Bayangkan lah telur yang dipanaskan selepas melalui proses memasak yang lama , dah tentu telur tersebut akan jadi keras dan liat.

Tidak kira telur rebus atau telur goreng, apabila dipanaskan semula rasanya juga sudah tidak sedap. Isinya keras dan kenyal.

Sudah tentu ahli keluarga juga kurang berselera untuk menjamahnya.

3- Bayam - Bayam juga adalah makanan yang di masak dalam waktu yang singkat kerana makanan ini cepat layu dan lembik.

Jika dipanaskan semula kandungan nutrisi di dalamnya akan berubah jianya  membuatkan  bayam bersifat karsinogenik untuk tubuh.

4- - Brokoli - Brokoli memang sangat baik untuk kesihatan.Ianya sering diamalkan oleh mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat.

Tapi sebenarnya brokoli yang sudah dimasak kemudian dipanaskan semula sangat merbahaya untuk kesihatan.

Ianya dapat menyebabkan penyakit kanser jika kerap memanaskan brokoli untuk dimakan berulang kali.

sekian..



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();