KOMEN PERSENDA NAMA PENYANYI ANTARABANGSA DUA LIPA SANGAT TAK BERADAB DAN MEMALUKAN NAMA MALAYSIA

Sejak dari zaman kita bersekolah waktu kecil-kecil dulu , amalan mempersendakan nama orang ni dah jadi macam satu yang susah nak dibendung dan benda ni berlarutan sampai la  dah besar. Kemudian perangai tak elok ni terbawak-bawak sampai kan orang luar jadi tak selesa dengan kita.

Semalam  penyanyi antarabangsa Dua Lipa melalui satu tweet beliau mengucapkan Terima kasih kepada peminat-peminatnya yang menyaksikan konsert tour penyanyi tersebut Di KL Live pada 3/5 yang lepas.



Namun agak menyecewakan apabila ada beberapa komen dari rakyat Malaysia yang seolah-oleh mempersendakan nama penyanyi tersebut. Ianya dianggap memalukan oleh netizen yang rata-rata agak kecewa dengan apa yang berlaku,






Sepatutnya kita berbangga apabila penyanyi antarabangsa tersebut mengucapkan terima kasih dengan menggunakan bahasa Malaysia. Tindakan beberapa netizen yang meninggalkan komen sebegini bukan sahaja dianggap tidak beradab malah ianya mencemarkan nama baik negara kita.

Sebelum ni pernah netizen mempersendakan bahasa penyanyi tersebut berkaitan satu posting ucapan harijadi nya kepada bapanya.

Cuba bayangkan kalau nama kita di jadikan bahan ejekan.mesti tak best..kan??Didik lah diri kita supaya tak buat sesuatu yang kita sendiri tak suka orang lain buat pada kita.  jangan jadikan benda ni sebagai "biasa la.." .. sebab tu budak2 pun ikut peranagi tak elok ni..

Kita yang dah besar macam ni pun buat benda tak elok, rasa-rasanya anak-anak kecil yang tengok akan ikut atau pun tidak?Mesti lah diaorang ikut..Budak2 memang akan ikut apa oirang dewasa buat.So jadilah cermin yang bersih..Bukan cermin yang kotor dan tak boleh digunakan

sekian.



Post a comment

3 Comments

  1. Bodonya depa ni...Sakit betul hati dengan mentaliti orang mcm ni.

    ReplyDelete
  2. budak2 sangat main ejek ejek nama ni.. entah apa2..

    ReplyDelete
  3. bla perangai dah terbiasa mempersendakan org...gini laa jd nyer...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)