Thursday, 3 May 2018

DIHARAMKAN MASUK STADIUM SELAMA SETAHUN LELAKI INI SEWA KREN UNTUK TONTON PERLAWANAN BOLASEPAK




Seorang peminat Kelab bola sepak Denizlispor , Turki baru-baru ini menjadi  tajuk utama media antarabangsa selepas menyewa kren semata-mata untuk menonton pasukan kegemaran nya bermain dalam perlawanan liga  selepas  dia diharamkan dari memasuki stadium selama satu tahun.

Ali Demirkaya yang berusia 37 tahun, aka 'Amigo Ali' terkenal sebagai salah seorang penyokong Denizlispor yang paling fanatik, dan pada hujung minggu lalu  dia membuktikan kesetiaan nya dan sokongan nya  kepada kelab tersebut  dengan menyewa kren agar dia dapat menonton perlawanan diantara Denizlispor menentang Gaziantepspor .




Demirkaya diharamkan memasuki stadium pasukannya selama satu tahun, selepas penglibatan nya dalam satu kejadian semasa perlawanan melibatkan Denizlispor pada tahun 2015. Bagaimanapun, dia menentang keputusan itu dan bersumpah untuk tidak membiar hukuman tersebut menghalangnya dan akhirnya minggu lalu dia memenuhi janjinya.

Amigo Ali berpendapat bahawa hanya kerana dia tidak dapat masuk ke stadium itu tidak bermakna dia tidak dapat menyokong pasukannya, jadi dia menghabiskan beberapa ratus dolar dengan menyewa kren perindustrian.



Dia kemudian  meminta operator kren  mengangkat nya  tinggi di atas stadium dimana dia dapat menonton permainan sambil mengibarkan  bendera hijau dan hitam Denizlispor. Aksi nya itu menjadi tumpuan penonton di dalam stadium tersebut,

Malangnya, Amigo Ali tidak dapat menjadi tumpuan terlalu lama kerana polis  tiba di tempat kejadian dan meminta operator kren menurunkan fanatik bola sepak tersebut. Ia tidak jelas sama ada dia didenda kerana aksi tersebut  tidak, tetapi dia pasti membuktikan bahawa larangan stadium semata-mata tidak akan menghalangnya dari menonton kelab kegemaran nya beraksi.



Menariknya, ini bukan kali pertama Ali Demirkaya menyewa kren untuk menonton perlawanan bolasepak.. Dia melakukan perkara yang sama pada bulan Februari, dan polis terpaksa membawanya ke bawah kerana dia menarik perhatian penonton..

Pada masa itu, dia memberitahu laman web peminat Denizlispor20 bahawa dia juga sedang mempertimbangkan untuk menyewa balon atau paraglider, jadi dia dapat menonton perlawanan pasukannya dari atas tanpa polis merosakkan pengalaman itu.

sekian.

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();